free
web stats

4 Cara Dapat Maklumat CTOS Jika Dalam Pemohonan Pinjaman Senarai Hitam

CTOS merupakan sebuah syarikat yang berfungsi dalam pembekalan maklumat peminjam dan syarikat ini mengutamakan hal ehwal perdagangan.

Jika seseorang didakwa dan muflis, nama individu tersebut akan tersenarai dalam senarai CTOS, panel bank, pejabat guaman, atau institusi legislatif yang lain, syarikat insuran dan peniaga turut akan merujuk kepada data yang diberikan oleh syarikat tersebut sebelum membuat kelulusan ke atas pinjaman ataupun pemohonan kewangan yang lain. Jika pemohon telah disenaraikan dalam senarai hitam, maka pihak bank akan menolak pemohonan pinjaman tersebut.

loan application

Jika anda pernah berhutang bil telefon, internet/jalur lebar, bil air/utiliti, kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman perumahan, maka anda perlu mengambil perhatian di sini. Hal ini kerana, anda mungkin tersenarai dalam senarai hitam. Terdapat 4 cara di mana anda boleh mendapatkan maklumat CTOS anda. Anda boleh menggunakan aplikasi telefon pintar, melalui internet, sms dan hadirkan diri ke pejabat CTOS.

ctos

Anda perlu membuka satu akaun pengguna dan menjana satu ID pengguna jika anda ingin semak melalui aplikasi, internet mahupun sms.

Caranya sangat mudah:

Langkah 1:
https://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new/SimpleRegister

Langkah 2:
Isikan nombor kad pengenalan, tekan “Next”.

Langkah 3:
Isikan maklumat persendirian
(emel, nombor telefon, kata laluan akaun dan sebagainya)

Langkah 4:
Tekan “Submit”, tunggu balasan dan dapatkan “User ID” atau ID pengguna.

Cara pertama: Aplikasi Telefon

ctos app

Langkah 1:
Guna telefon pintar untuk muat turun aplikasi CTOS

Langkah 2:
Fon Android menerusi Google Play, jalinan tred muat turun: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.ctos.android

Langkah 3:
Pengguna i-phone (iOS) menerusi carian iTunes, kata kunci: CTOS
.
Langkah 4:
Setelah aplikasi berjaya dimuat-turun, tekan kekunci “Services” diikuti dengan “Self-Check

Langkah 5:
Hasil terpamer di atas skrin.

Cara kedua: Semakan Online

my ctos score

Langkah 1:
Layari http://www.ctos.com.my

Langkah 2:
Daftar masuk akaun CTOS dengan “User ID”dan kata laluanDaftar masuk akaun CTOS dengan “User ID”dan kata laluan.

Langkah 3:
Isikan alamat emel yang memerlukan laporan.

Langkah 4:
Laporan akan dihantar ke peti emel anda.

Cara ketiga: Mesej Ringkas/SMS

ctos sms

Langkah 1:
Buka aplikasi sms, tekan SELFCHECK[Nombor Kad Pengenalan]< JARAK> dan hantar ke 36396. Contoh format: SELFCHECK 801011527876

Langkah 2:
Setiap mesej yang diterima akan dikenakan caj sebanyak RM10! Ya, memang tidak salah, RM 10!

Langkah 3:
Laporan akan dihantar ke peti emel anda.

Cara keempat: Hadirkan diri ke Pusat Perkhidmatan CTOS

ctos kiosk

Langkah 1:
Hadirkan diri ke Pusat Perkhidmatan CTOS dengan salinan asal kad pengenalan.

Langkah 2:
Staf yang berkenaan akan membantu anda.

Butiran Syarikat:
CTOS Data Systems Sdn Bhd (247651H)
Unit A-9-6, 9th Floor Megan Avenue 1, No. 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2722 8833 Faks: 03-2722 8822

Adakah ahli keluarga atau kawan anda gagal dalam permohonan pinjaman? Viralkan untuk pengetahuan mereka.

One Response

  1. Ibu Mifzal July 24, 2018

Leave a Reply