free
web stats

3 Blog Pilihan Terbaik

Setiap orang mempunyai blog pilihan terbaik. Di sini, saya ingin kongsikan 3 blog pilihan terbaik yang saya sering lawati dan mendapat ilmu daripada mereka. Oleh itu, saya nasihatkan para pembaca semua berkunjung ke blog terbaik ini bagi mendapat tunjuk ajar daripada mereka dalam pelbagai bidang.

Saya terbaca tentang pertandingan ini daripada Blogger Bertuah ini dan terus berminat untuk menyertainya. Semoga ianya memberikan pelajaran kepada saya tentang SEO dan cara mengaturnya.

Menang ataupun kalah itu tidak penting, yang lebih penting adalah belajar dan belajar untuk menjadi lebih baik. Selamat berjaya semua!

Ciri-Ciri Blog Terbaik

Setiap orang mempunyai pandangan dan cita rasa masing-masing dalam memilih blog yang terbaik. Namun, banyak perkara kita bersepakat dalam menentukan blog yang terbaik seperti kualiti isi kandungan, kekemasan blog serta penggunaan plugin yang memberikan win-win situation bagi pengunjung seperti comment luv, link blog bagi pengomen yang terhangat dll.

Berdasarkan ciri-ciri di atas, saya lebih mengutamakan isi kandungan yang terbaik serta design blog yang sedap mata memandang. Dua ciri ini sangat mempengaruhi saya dalam terus mengikuti sesuatu blog. Namun, yang menyedihkan, tidak ramai blogger Melayu yang memenuhi kriteria seperti ini terutamanya isi kandungan yang padat dan penuh berinformasi. Semoga, lebih banyak perubahan yang positif yang dilakukan oleh blogger Melayu pada masa akan datang.

Sebenarnya, dalam membuat pemilihan ini, saya menghadapi kesukaran bagi memilih 3 blog terbaik ini. Oleh itu, saya hanya memilih blog ini setelah membaca beberapa artikelnya dan berpuas hati dengan kualiti yang diberikan. Saya memilih satu blog bagi setiap kategori iaitu kategori blog panduan bagi blogger, kategori blog pendidikan dan kategori blog pengetahuan.

Blog Panduan Bagi Blogger

quicksprout

Blog: quicksprout.com

Pemilik Blog: Neil Patel

Siapa yang tidak kenal dengan Neil Patel? Seorang blogger terkenal dan jutawan internet. Beliau memulakan kariernya sebagai blogger pada usia muda dan mempunyai beberapa blog yang membantu para blogger dalam masalah mereka.

Blog yang menjadi pilihan saya ini mempunyai kelebihan yang jarang ada pada blog-blog peribadi yang lain. Maklumatnya yang terperinci serta bebas daripada iklan-iklan telah menjadikan blog ini tersendiri dan sedap mata memandang.

Banyak info yang sangat membantu terdapat pada blog ini. Semuanya diterangkan satu per satu. Saya telah menjadikan blog ini sebagai panduan saya dalam penulisan blog. Semoga saya mampu mengikut jejak langkahnya!

Blog Pendidikan

Ustaz Hasrizal

( Ustaz Cinta @ Ustaz Hasrizal )

Blog: saifulislam.com

Pemilik Blog: Ustaz Hasrizal Bin Abdul Jamil

Selaku bakal pendidik, Ustaz Hasrizal merupakan idola saya dalam bidang pendidikan. Gaya penyampaiannya serta penulisannya menjadi impian saya untuk dicapai. Kata-katanya sungguh ringkas dan padat serta berhikmah.

Saya telah mengikuti perkembangan blognya sejak sekian lama. Sebelum saya menulis di blog lagi, saya sudah mengikuti perkembangannya. Beliau juga antara blogger terawal yang menceburi bidang ini di Malaysia dan berjaya dalam menyampaikan ideanya kepada rakyat Malaysia. Penulisannya ini sangat berpengaruh dan jelas kelihatan dalam isu-isu hangat di Malaysia.

Dalam penulisannya, beliau banyak menggunakan bahasa yang padat maknanya dan cantik susunannya. Kadang-kadang, artikelnya pendek tetapi memberi makna yang mendalam.

Blog Pengetahuan

wikihow

Blog: wikihow.com

Pemilik Blog: Jack Herrick dan Josh Hannah

Blog ini mula bertapak pada 28 April 2006. Sehingga bulan Ogos, 2018, blog ini mempunyai 211000 artikel yang menerangkan tentang idea bagi sesuatu perkara. Apa yang penting, blog ini menyampaikannya secara terperinci dan jelas tanpa melibatkan unsur-unsur iklan daripada penaja. Oleh itu, penulisannya agak bebas dan terbuka.

Kenapa Perlu Menjadi Yang Terbaik?

Kita selalu diremehtemehkan oleh orang lain apabila bercerita tentang kejayaan mereka serta keinginan kita untuk mengikuti mereka. Maka, adalah suara sumbang yang berkata: “Kenapa perlu ikut mereka?” “Tak perlulah mencari populariti ni, buat je kerja dengan ikhlas” dll. Ungkapan ini pasti melemahkan semangat kita untuk berjaya dalam apa jua bidang.

Saya nasihatkan supaya abaikan sahaja kata-kata pelemah semangat seperti itu. Kita perlu menjadi terbaik kerana kita mahu terus belajar dan belajar. Menjadi yang terbaik bukan sehari dua tetapi sepanjang hayat kita. Kelebihannya ialah kita akan sentiasa belajar tanpa henti. Ini yang membezakan orang melakukan kerja yang terbaik dengan mereka yang melakukan kerja dengan kualiti biasa-biasa sahaja.

Selain daripada faedah material, kita juga mendapat kepuasan daripada usaha yang terbaik. Perkara ini menjadi timbangan amal yang berat di akhirat kelak. Islam juga mengajak umat Islam dan manusia secara keseluruhannya bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Peribahasa Melayu ada menyebutkan: “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”. Buat kerja biar betul-betul, bukan main-main.

Baca juga:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *