free
web stats

10 Tips Raya: Bagaimana Raya Anda Kali Ini Lebih Bermanfaat

Sekarang mungkin semua orang sedang sibuk shopping baju raya. Macam-macam fashion nak dicubanya. Kalau bagi mak saya, dia tak suka beli baju kurung. Biasalah, sebab mak saya dia seorang tukang jahit. Jadi dia tak suka tengok jahitan orang lain sanagat sebab rasa tak kemas seperti apa yang dia jahit.

Saya memang setuju dengan mak sebab mak saya memang dapat jahit baju kurung dengan baik. Mungkin lepas ni saya kena belajar buat baju kurung dengan mak.

hari raya
hari raya

Ada baju kurung baru setiap kali hari raya memang bermanfaat tapi sebenarnya ada banyak lagi perkara yang jauh lebih bermanfaat kita boleh buat. Kalau anda tak tahu, tak apa sebab hari ini saya rajin sikit nak kongsi. Sambil-sambil ambil order Al-Quran Pelangi dekat Facebook.

10 Tips Hari Raya Yang Boleh Anda Amalkan

1. Apa yang paling bermanfaat bagi kita semua lakukan di subuh hari raya ialah, pergi solat Subuh berjemaah dekat surau dan sama-sama melaungkan takbir. Ini adalah satu perkara yang sangat bermanfaatkan, bukankah anda ingat?

Semasa orang lain masih tidur lena atas katil, kita sudah sibuk kunjung ke rumah Allah. Memang besar pahala. Kalau tahun-tahun lepas anda tidak pernah membuat demikian, boleh anda cubalah untuk tahun ni dan anda akan rasa amat bagus sebab anda buat macam ni.

2. “Paksa” ahli keluarga anda semua untuk bersolat sunat hari raya Aidilfitri di surau yang berdekatan. Kenapa saya gunakan ayat “paksa”?

Sebab, ada sesetengah ahli keluarga kita ni memang tak terbuka hati sikit nak ke surau tapi untuk hari raya ini, anda cuba”paksa” mereka.

Belum cuba belum tahu. Macam saya dulu pun sama, saya tak suka solat sunat pada hari raya dan boleh kata saya amat benci untuk lakukannya.

Dulu pada saya, sunat tu memang tak ada apa-apa dan saya tidak lalu nak layankannya langsung. Tapi, sekarang sudah saya tahu bahawa ini memang satu silap bagi saya. Solat sunat Aidilfitri lain adalah sangat bermanfaat. Dengan solat sunat saya boleh bermaaf-maafan dengan jemaah!

3. Ziarah ke tanah perkuburan. Saya tahu bahawa ada sesetengah keluarga tidak amalkan sangat acara ziarah kubur di pagi raya ni. Mungkin mereka tidak nampak kepentingannya atau mereka ingat boleh lakukannya pada hari yang lain dan bukan hari raya.

Hmm, jika anda juga mempunyai fikiran seperti ini, adalah bail untuk anda tukar sikit fikiran dan tahun ini cubalah anda pergi ziarah ke kubur.

Kalau ibu dan ayah anda masih ada, boleh juga anda pergilah ziarah ke kubur saudara mara. Anda akan rasa dengan baik bahawa anda lakukan sedemikian. Percaya saya, anda akan suka dengan keadaan “kawasan kubur yang hidup” di pagi hari raya. Boleh anda ambil kesempatan untuk sedekahkan Al-Fatihah buat si mati. PAHALA.

4. Bertukar juadah dengan jiran-jiran walaupun jiran anda mempunyai agama lain dan bukan beragama Islam. Tapi, perlu anda ingat juga bahawa orang India tidak makan daging. Jadi jangan aniaya diri sendiri dengan beri daging kepada jiran India anda.

5. Ringankan tulang di dapur. Lagi-lagi kalau anda perempuan ya. Jangan tengok TV semata-mata. Pergi tolong di dapur dan anda mungkin boleh belajar untuk menghidangkan beberapa lauk-lauk yang enak.

6. Pakai baju baru yang tidak terlalu “over”. Hari raya bukan pesta pertunjukkan fesyen ya. Jangan jadikan diri anda seperti clown dengan memakai pakaian yang menjolok mata sangat. Tak bermanfaat langsung sebab pakai pakaian yang terlalu jolok mata sangat tidak sesuai. Malah, anda akan dijadikan bahan gosip di dapur oleh makcik-makcik yang mungkin cakap anda kurang ajar.

7. Sesi maaf-bermaafan dan bukan selalu buka mulut tutup mulut cuma tanya “mana ang pow”. Kita perlu pentingkan kekayaan minda dan bukan material.

8. Pergi buka pintu rumah luas-luas. Pada hari raya boleh anda cuba untuk kumpul pahala banyak sikit dengan izinkan orang datang rumah anda. Siapa yang biasanya tutup pintu rumah, langsir dengan harapan tak nak bagi kanak-kanak datang beraya tu, perlulah ubah sikap anda. Buatlah sesuatu yang bermanfaat di hari raya ini. Bersedekahlah dengan hati terbuka. Tetamu kan datang bawa rahmat!

9. Start enjin kereta anda dan bawalah keluarga anda beraya ke rumah saudara mara & kawan-kawan dan bukan ke shopping mall ya. Jangan cuma tidur terlentang di dalam rumah. Langsung tak bermanfaat! Keluarlah, jalinkan silaturrahim.

10. Bila masuk waktu solat, jangan berpura-pura dan buat-buat tak dengar. Jangan sibuk makan kuih. Pergilah segerakan hak-hak Allah.

Sekian, semoga 10 Tips Raya: Bagaimana Raya Anda Kali Ini Lebih Bermanfaat ini tidak membantu anda. Haah, tidak membantu sangat. hahahaha!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *