free web stats

10 Tips Pergaulan Yang Hebat Sesama Manusia

Salam, lama rasanya saya tidak membebel kan dekat blog sendiri. Tak apa, rasanya selepas ini mungkin saya perlu mendisiplinkan diri semula untuk terus berkarya dalam dunia blogging ini. Jadi, ini adalah artikel suam-suam kuku daripada saya. hehehehe!

Tips pergaulan ini saya kongsikan bersama, sebab rasanya perlu. Kenapa? Semua manusia boleh hidup, semua manusia mampu bergaul tetap bukan semua antara kita boleh menjadi orang yang hebat dalam pergaulan.

pergaulanSumber foto: Psychologies.co.uk

Orang bijak pandai, mungkin pandai dalam segi pelajaran mereka. Tetapi, belum tentu lagi mereka juga bijak dalam soal pergaulan sesama masyarakat sekeliling. Tak payah masyarakat sangatlah kan, kadang-kadang dengan kawan-kawan sekerja pun ada yang gagal bergaul dengan baik. Terasa? Maaf, sengaja.

Ok, tak perlulah kan nak bebel mukaddimah panjang-panjang sangat berkenaan TIPS PERGAULAN YANG HEBAT SESAMA MANUSIA ni. Buat korang bosan je nanti. hahahaha!!! Ok, dekat bawah ini saya sertakan antara tips yang insyaAllah bersesuaian untuk kita semua. Moga bermanfaat.

1) Sentiasa menjaga perintah Allah S.W.T (bagi yang muslim)iaitu SOLAT dan peliharalah ibadah-ibadah yang menjadi kewajipan kita.

2) Bila bergaul dengan orang lain, tidak kira siapapun dia. Sentiasalah bersangka baik terhadap diri orang itu. (walaupun pada mata kasarnya, mereka jelik tetapi tetaplah bersangka baik)

3) Waktu bergaul dengan sesiapa sahaja, sentiasa tersenyum. Ya, memang bukan semua manusia mampu senyum memanjang. Tapi, mulai hari ini BELAJARLAH!!! senyuman itu sedekah paling mudah.

4) 1 rahsia untuk merapatkan hubungan dengan sesiapa sahaja (dengan cara yang betul mengikut Islam ya), adalah dengan BERSEDEKAH. Sedekah ni bukanlah dalam bentuk duit je ok. Korang boleh juga sedekah dengan beri bantuan tenaga kalau diperlukan atau mungkin sedekahlah dengan DOA yang berterusan. Doa tak kena duit kot. kan???

5) Kalau boleh, sentiasa tunjukkan muka yang ceria walaupun dalam kepala korang ada 1001 masalah. muahahaha!!! Apa salahnya berlakon sikit untuk pastikan orang yang bersama kita tu tidak kena tempias masalah kita kan? Belajar cara “control” emosi kita. Biar orang sekeliling kita rasa seronok melihat muka ceria kita!

6) Jadilah pendengar yang setia. Ini perlu ke saya nak huraikan? Tak kan?

7) “Alert” dengan perubahan orang sekeliling kita. Kalau perlu, bertanya pada mereka. Mana tahu mereka ada masalah kan?

8 ) Sentiasa tunjuk sikap korang yang positif-positif sahaja. Belajarlah kawal peribadi korang yang agak kurang sopan sikit tu bila tengah bergaul dengan orang lain. Jangan sampai orang keliling korang tu rasa “annoying” pula. Bahaya!

9) Ini tips paling mudah. Mengikut ustaz, lakukan Solat Tahajjud secara istiqamah (MUDAH KE???? hehehehe). Kenapa? Tahu tak, solat malam ini mampu MENAIKKAN DARJAT KITA. Secara logiknya, memang orang lain akan SELESA DAN SUKA bergaul dengan kita.

10) Akhir sekali, klise tapi ini penting ya. SABAR!!!! hahahahah. Bergaul dengan orang, kena banyak bersabar. Manusia ada macam-macam karenah. Teruskan bersabar.

Nilai Seseorang Manusia Ada di Mana?

Namanya? Pangkat? Jumlah hartanya mungkin? Korang rasa nilai seseorang manusia, letaknya di mana? Hmm, mungkin kita masing-masing ada pendapat berbeza kan? Biasalah, kita pun ada citarasa berlainan. Tak mungkin ada 2 manusia yang serupa di bumi Allah ini

Ok, berbalik pada soalan saya tadi, nilai manusia ada di mana?

nilai manusia
nilai manusia

Ada orang akan bangga bila dapat berkenalan dengan orang berpengaruh, punya nama. Saya beri contoh mudah, ramai yang suka dan bangga bila kenal rapat dengan artis atau ahli politik contohnya. Bila dapat jumpa artis atau ahli politik, habis dicanangnya 1 Malaya. Terasa? Tak apa, itu biasa. Kenapa ada perasaan bangga? Sebab manusia yang kita kenal itu punya nama. Dapatlah kita menumpang popular? Terpulang.

Pada saya, nama tidak membawa apa-apa. Mungkin, di dunia orang sayang kita kerana kita punya nama. Tapi, nama kita tidak boleh menempah tiket untuk duduk di baris hadapan sewaktu berkumpul di Padang Mahsyar. Jadi, nilai nama pada manusia tidak bermakna. Saya berkawan dengan artis dah lama sejak zaman belajar lagi, tapi saya tak pernah anggap mereka artis yang punya nama. Saya makan guna tangan, mereka pun sama. Saya makan di gerai biasa, saya ajak bersama. Layanan tetap sama dengan kawan-kawan yang lain. Lebih selesa.

Ada orang pula akan berbangga bila punya pangkat yang tinggi. Habis kecoh 1 kampung, dia punya itu ini. Mahu tandatangan yang di laku? Boleh jumpa dia. Oooo, bahaya kalau punya pangkat tapi disalahgunakan. Pada saya, pangkat kita tinggi mana pun tidak akan berguna diakhirat kelak kalau kita terlalu bermegah-megah waktu di dunia. Saya tidak pandang pangkat seseorang untuk berkenalan, itu tidak penting bagi saya. Nilai pangkat hanya perlu pada sesetengah tempat sahaja. Jadi, tidak penting juga ya nilai pangkat ni 😉

Nilai seseorang manusia dipandang pada harta, mungkin? Hmm, keadaan keliling kita sekarang memang beginilah. Bila kita punya harta, orang akan hormat. Kalau kita kurang berharta, orang pandang rendah pada kita. Kenapa ek jadi macam tu? Besar sangat ya impak harta seseorang pada dirinya?hmmm

Kalau kita menilai manusia pada harta mereka sahaja parahlah dunia. Orang yang berharta, kita agungkan. Orang yang tidak punya harta, terabai. Aduh, sedihlah kalau ada diskriminasi macam ni. Jadi, nilai seseorang manusia tidak boleh diukur daripada segi jumlah hartanya.

Jadi, apa?

Kalau nilai seseorang manusia tidak boleh dinilai dengan nama, pangkat dan harta..jadi apa?

Islam itukan indah. Siapa pencipta Dunia ini? Allah. Siapa yang menjadikan kita? Allah. Siapa yang memegang roh kita?Allah. Siapa pemberi rezeki? Allah. Siapa yang beri kita nikmat Agama Islam? Allah.

Jadi, kalau ditanya pada saya nilai seseorang manusia itu ada di mana? Saya dengan yakinnya akan jawab. Manusia hanya bernilai sekiranya punya IMAN di dalam hatinya. Iya, IMAN lebih bernilai daripada segala-galanya. Manusia tiada nilai sebenarnya jika kerana manusia hanya HAMBA ALLAH yang tidak memiliki apa-apa pun. Nama, pangkat dan harta yang kita miliki kepunyaan Allah. Hanya nikmat IMAN sahaja yang mempunyai nilai dan mulia di sisi Allah nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *