free
web stats

10 Barang Tidak Dibenar Bawa ke Kapal Terbang

Kita sering diingati bahawa barang larangan yang tidak dibenarkan dibawa semasa menaiki pesawat. Secara umumnya, kami tahu bahawa air minuman adalah tidak dibenarkan. Akan tetapi, selain daripada itu, apakah barang larangan yang anda tahu?

Hari ini admin akan berkongsi dengan anda semua 10 jenis barang yang tidak dibenarkan untuk membawa bersama semasa menaiki kapal terbang. Perlu diingatkan bahawa ada sesetengah barangan yang bukan sahaja tidak dibenarkan “hand carry”, malah juga tidak diizinkan untuk masuk ke dalam kabin kargo.

selfie stick

1. Peralatan Swafoto/ Selfie Stick

Peralatan bentuk batang yang melebihi 25cm dan diameternya mencecah 1cm, semuanya tidak dibenarkan bawa bersama. Tripod juga tidak dikecualikan, ia wajip diletakkan dalam bagasi kargo.

2. Sumber Kuasa Bergerak/ Bateri Lithium Simpanan

powerbank

Ia membawa risiko kebakaran terhadap kargo, oleh itu bateri atau sumberkuasa bergerak hanya boleh didaftar masuk bersama dengan penumpang dan kargo adalah tidak diizinkan.

3. Air

botol air

Air minuman yang dibawa bersama semasa semakan kastam sememangnya akan dibuang oleh pegawai, oleh itu dicadangkan agar membawa botol kosong. Hal ini kerana perkhidmatan mesin dispensi air lazimnya disediakan oleh pihak pengurusan lapangan terbang. Anda boleh mengisi setelah melepasi pemeriksaan keselamatan. Anda juga boleh meminta pramugari untuk memberi anda air kosong. Pembelian air dalam lapangan terbang adalah tidak digalakkan kerana air yang dijual dalam premis tersebut berharga tinggi umpama berlian.

4. Ubat-ubatan

ubat-ubatan

Pil-pil boleh dibawa ke atas pesawat manakala ubat yang berbentuk cecair akan diuruskan seperti bahan cecair yang lain, di mana anda perlu mengisi dalam botol yang berkapasiti 100ml ataupun terus masuk dalam bagasi kargo. Jika ubat-ubatan tersebut perlu dibawa minum dalam kapal terbang, maka anda perlu sertakan bukti perskripsi yang mempunyai pengesahan doktor.

5. Payung

payung

Lazimnya, payung mempunyai struktur dalaman yang rendah, oleh itu adalah dibenarkan untuk bawa ke kapal terbang. Bagi sesetengah jenis payung yang berbentuk unik seperti pedang samurai, “machine gun” dan sebagainya. Anda dicadangkan agar simpan dan letak bersama dengan bagasi atau dihantar dengan kargo.

6. Cecair yang Melebihi 100ml

cecair

Sebenarnya, peraturan ini telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu.akan tetapi ramai kawan yang tersalah tafsir makna had kapasiti 100ml. Nilai ini bukan menandakan kandungan cecair tetapi saiz botol. Contohnya, jika anda mempunyai shampoo yang mempunyai baki sebanyak 50ml yang diisikan dalam botol yang bersaiz 200 ml, bolehkah anda membawa bersama? Jawapannya adalah tidak !

7. Pisau dan Barangan Tajam

barangan tajam

Diingatkan bahawa benda yang dimaksudkan sini adalah seperti pissau ukir seni, gunting kecil, pemetik kuku dan sebagainya. Jangan lupa keluarkan dari beg “hand carry”!

8. Raket Badminton

raket badminton

Lazimnya, peralatan sukan adalah barang yang diawasi ketat serta dipandang serius oleh pihak pengurusan. Hal ini kerana, barangan seperti batang kriket boleh digunakan sebagai senjata serangan dan seterusnya, larangan ini diteruskan ke atas raket badminton. Mungkin ada yang tertanya, bagaimana pula dengan alatan wushyu atau seni bela diri? Semuanya boleh dipertimbangkan untuk masuk dalam kargo untuk mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berlaku.

9. Pemetik Api

pemetik api

Hanya pemetik api yang biasa sahaja dibenarkan, hal ini kerana pemetik api biru lebih berbahaya, maka ia dilarang sama sekali. Anda tidak mempunyai pilihan selain daripada masuk kargo.

10. Saiz Bagasi yang Besar/Kecil

bagasi besar

Bagasi “hand carry” mempunyai had tidak melebihi 7 kg, saiz secara umumnya 23 x 35 x 55cm. Namun diingatkan bahawa polisi syarikat penerbangan yang berlainan mungkin menjadikan had jisim atau saiz berbeza. Jika ingin dapatkan maklumat yang lebih tepat, anda disarankan agar menghubungi syarikat yang berkaitan.

Oh! Rupa-rupanya begitu banyak benda yang tidak dibenarkan dibawa bersama semasa menaiki kapal terbang!

Baca juga:

Leave a Reply