seo
Tag Archives: wordpress

Permohonan MRSM 2012 Secara Online (Tingkatan 4)

27 Sep

Permohonan MRSM 2012 akan dibuka tidak lama lagi dan permohonan MRSM 2012 ini boleh dilakukan secara online. Permohonan MRSM 2012 adalah untuk pelajar-pelajar yang akan naik ke Tingkatan 4 sahaja.

Kalau korang dah berumur tu, tak payahlah sibuk-sibuk pulak nak join permohonan MRSM 2012 ni. Kena ketuk kang. wahahaha!! Seronok je kan sekarang ni. Semua perkara dah boleh buat secara online je. Bukan macam kita semua dulu, kena ambil borang dekat pejabat pos, isi kemain dengan pen hati-hati.hahahaha!!!

So, kepada adik-adik yang akan menduduki PMR tak lama lagi. Silalah belajar sungguh-sungguh. koleksi soalan percubaan PMR 2011 saya dah sediakan dekat sini. Dekat blog Cerita Sensasi pun saya ada kongsikan juga. Silalah ulangkaji ok. Untuk maklumat berkenaan Jadual Peperiksaan PMR 2011 pun boleh boleh check lagi sekali. Dekat bawah ni, saya kongsikan maklumat berkenaan permohonan MRSM 2012 yang saya dapat dari website eputra. Untuk maklumat lebih lengkap, boleh terus ke website EPutra ok.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2011.

Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2011.

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

  • Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  • Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  • Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  • Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 28 November hingga 2 Disember 2011.
  • Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara atas talian (online).

Pemilihan

  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  • Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan

Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2012. (dibuka mulai 3 Oktober 2011)
Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:

Permohonan Ke Tingkatan 4, Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah, Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 3 Oktober 2011 secara percuma.
Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2011 yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin. Bawa juga angka giliran PMR pemohon.

Tarikh Tutup

Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2012 akan ditutup pada 20 Oktober 2011.
Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2011.
Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012.
Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Good luck untuk adik-adik!!!! Harap maklumat berkenaan permohonan MRSM 2012 ini membantu sedikit sebanyak.

    Blogger Hebat Takkan Mudah Rasa Diri Mereka Bagus.Setuju?

    6 Apr

    Kalau dulu, berblog macam satu perkara yang susah gila kan? Mungkin, bila kita tanya pada 50 orang individu. Cuma 10 orang saja yang punya blog. Ah, itu zaman tok kaduk beb. Sekarang ni zaman ekspress. Semua benda nak ekspress. Kahwin ekspress. Dunia blogging pun maju macam ekspress now.

    Hari ini, jangan kan kata yang sudah berumur. Budak sekolah rendah pun terhegeh-hegeh nak berblog juga. Punyalah ekspress budak-budak zaman sekarang ni naa? Maju gila! hahaha.

    Tanya orang sebelah sini, sudah ada blog. Tanya pula pada orang sebelah sana sudah ada 5 blog. Kalau yang dah otai, siap ada 10 blog. Pergh! Dunia Plastik makin lama makin menarik. Masing-masing berlumba nak dapat title Blogger tegar seantero dunia, kepingan nak masuk senarai antara blogger kelas atasan dan antara aktiviti harian mereka pulak dok check Page Rank dan Alexa masing-masing. Perkara ni bukan omong kosong. Ini kenyataan dunia blogging kita.

    Kadang-kadang, saya terfikir. Blogger ni sebenarnya berblog untuk kepuasan diri atau mahukan populariti?

    Saya tidak mahu kupas lagi tentang isu kepuasan atau populariti di sini. Saya sudah kupaskan dengan cukup panjang lebar dalam blog Pengupas Jalanan sebagai pengupas jemputan. Klik sini jika ada hati nak baca penulisan saya yang tidak seberapa tu. Sila-sila :P

    Sejujurnya, pendapat peribadi saya sangat positif.  Saya happy sangat bila dunia blogging ni makin lama makin galak.

    Tidak kisahlah apa orang nak kata tentang blog kita. Kita tidak boleh nak paksa-paksa orang untuk baca apa yang kita coretkan. Itu bukan hak kita. Sudah-sudah lah dengan cara kurang bijak. You follow i, i follow you. Ya Allah, janganlah buat dekat sini.

    Serious, saya tak suka cuma tak cakap aja selama ni. Konon nak jaga hati semua pihak. So, lepas ni if rasa suka nak baca blog cap ayam saya ni. Silakan. Jika tak suka pun saya tak kisah. Saya tak suka nak buat orang lain kecil hati bila saya balas macam-macam tentang isu follow memfollow ni. hehehehe. Faham-fahamlah lepas ni ek ;)

    Macam-macam isu dalam dunia blogging ni.

    Memang seronok kadang-kadang bila setiap entri yang kita tulis, mendapat respon. Jangan bohonglah kalau kata korang tak happy kan? Cuma, kita perlu tahu satu perkara. Sehebat mana pun kita, kalau mudah sangat lupa diri..agungkan sangat dengan pujian orang…takkan kemana lah kita.

    Lambat laun, kita akan jatuh juga nanti. Saya tidak hebat pun. Tapi, saya berpegang pada perkara yang 1 ni. Bila ada yang menghina, kita terima kritikan tu dengan hati yang terbuka. Hati mana yang tak sakit, tapi kalau itu saja daya kita. Macam mana kan? Bila ada yang memuji, kita terima sebagai satu hadiah. Tapi, jangan pula pujian tu buat kita jadi sombong!

    Saya tak kata semua. Tapi, ada jugalah segelintir blogger yang pada awalnya saya ikut blog mereka. Cuma, entahlah. Dimana silapnya, bila ramai yang memuji mereka ni..mulalah berlagak sombong. Berlagak otai, ilmu yang dia tahu selama ini dijadikan bahan untuk minta pujian ramai.

    Alah, boringlah. Manusia ni memang mudah lupa kan?

    Alangkah bestnye dunia blogging kalau semua bloggers ada sikap humble macam Denaihati, Bang Nara, Rohaizad dan blogger lain yang tak mudah lupa diri :P Oh, saya sangat kagum dengan mereka ni. Mereka punya sebab untuk berlagak, mendabik dada dan mengaku mereka otai tetapi hakikatnya. Mereka TETAP HUMBLE!!!

    Doakan saya untuk menjadi seperti mereka satu hari nanti. hehehe. Saya memang mahukan yang terbaik di dala dunia blogging ni. Saya mahu jadi mereka sebagai contoh. Berjaya tetapi tidak mudah diri. Pray for me guys. I wish, korang pun sama ok! Love all

    p/s:Sorry, memang 3 blog ni akan selalu ada dalam entry blog ni cuz gua memang layan gila blog diorang.wahahaha *jangan mare :P

    Tips Penting Untuk Pengguna WordPress

    1 Feb

    Tips penting untuk pengguna WordPress. Pengguna WordPress, sila belajar daripada kesilapan saya. Tips penting untuk pengguna WordPress ini saya berikan atas rasa tanggungjawab sendiri. Tiada yang memaksa. Korang semua perlu baca entry ini kalau tidak mahu kisah sedih yang berlaku pada blog saya lately. ahaks *sengal, still nak gelak

    Tips penting untuk pengguna WordPress. Sila bertindak sekarang pada sesiapa yang masih baru dengan dunia blogging ni.

    Begini, mungkin ada bloggers yang sudah tahu apa terjadi dengan blog Lizarazak.com sehari dua lepas bukan? Ada someone yang sudah pun hacked blog cap ayam saya ni dan hahahaha habis semuanya hancur lebur. (ok, cerita yang ditokok tambah semata-mata)

    Saya tak sure siapa punya kerja. Mungkin juga sebab kelalaian saya dan saya pasti, itu salah satu puncanya.

    Saya lalai untuk mantapkan security blog saya sendiri. Saya tidak kisahkan dengan security FTP saya. Saya senangkan diri saya sendiri dengan memberi password yang paling senang untuk saya ingat, kononnya nak elakkan daripada masalah lupa password macam selalu terjadi untuk blog percuma saya :P

    Awas ya. Jangan ulang kesilapan yang telah saya lakukan. Korang yang guna wordpress, sila ambil berat apa yang saya tulis di dalam entry ini. Even blog Lizarazak.com sekadar blog cap ayam, tapi untuk kali ini please take it serious kalau korang sayangkan blog korang woo. ahahahaha.

    Antara tips:


    1- Pada sesiapa yang still menggunakan password macam ni “sayangkamu”, “love123″ atau “123456″ segeralah bertaubat. wahahaha. Sila tukarkan dengan segera password WordPress korang ok. Tukarkan dengan password yang boleh buat hackers rasa nak pengsan kalau mereka ada niat nak godam blog korang sekalipun. Ini ada kaitannya dengan serangan Brute Force. sepertimana yang diajarkan oleh saudara Fikri Fadzil. Tolong tukar pada password yang begini contohnya “#@FSWFT%^”. Dapatkan info tentang ini di sini .

    2- Biasanya, waktu korang setup blog WordPress korang akan ada default user “admin” kan? Dan korang akan create 1 lagi user lain untuk diri korang sendiri. Kan? Ok, sila buangkan user “admin” ni dan tinggalkan hanya user untuk korang as administrator login. Kenapa? Ok, macam penyelamat saya katakan. pengodam boleh cuba meneka password korang untuk user admin ni sampai diorang rasa nak muntah. Username diorang dah tahu, tinggal nak teka password aje beb

    3- Bukan takat username dan password WordPress saja yang perlu korang ambil berat ok, saudara Fikri Fadzil juga ada menyarankan saya untuk menukarkan password cpanel jugak. Jangan sesekali guna password yang sama dengan password WordPress korang!! Sekali pengodam dah berjaya masuk dashboard WordPress korang, tak mustahil diorang akan cuba serang dengan password yang sama untuk cpanel pulak!!

    Ok, itu antara 3 tips yang saya tahu daripada saudara Fikri. Sila ke blog beliau dan baca sampai habis entry Bagaimana WordPress Anda Boleh Di Godam?

    Semuanya terletak pada tangan korang semua now. Kalau tidak mahu nasib yang sama berlaku pada korang pulak, silalah bertindak segera ok. Walau saya sedikit kecewa bila ada bloggers yang  Tweet sana sini, kononnya seolah macam saya sengaja yang menyebarkan virus ke blog mereka. Ah, persetankan saja.

    Bukan niat saya. Mana mungkin saya melakukan perkara tak bermoral itu kan? Tapi, biarlah. Mulut manusia, kalau bulut kucing boleh jugak saya tutup. hohoho. Sorry kalau ada yang dah terkena virus yang tak disengajakan tu yek. Gua pun kena beb :)

    Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.