Tips blog memang banyak kalau nak kongsi. Tips blog ini adalah mengikut pengalaman sendiri, Mungkin untuk bloggers yang dah lama, senarai ni tak ada apa-apa. Tapi, perlu diingat ok. Saya sekadar berkongsi mana yang saya tahu untuk tolong newbie bloggers.
Harap membantu. Mungkin tips blog ini tak lah hebat mana. Sebenarnya, simple je. Mana yang korang rasa dah pernah buat, bolehlah abaikan. hahahahaha!! just mana yang mungkin belum pernah dengar atau terfikir jelah korang pakai ya.
Dekat bawah ni saya senaraikan tips blog mengikut pengalaman saya yang baru 4 tahun dalam dunia blogging ni. Apa yang saya buat masa mula-mula berblog untuk hasilkan entry untuk blog saya ni, macam mana saya usaha untuk dapatkan sedikit trafik daripada enjin carian, dan bagaimana saya gunakan blog untuk hasilkan sedikit pendapatan pasif.
21 Tips Blog Yang Mudah
1. Ada niat nak menulis sesuatu dan berkongsi dengan dunia? Ok, boleh mulakan hari ini. Jangan tunggu lagi!
2. Kalau nak serious dalam berblog, terus beli hosting dan domain name. Saya cadangkan, korang pilih ServerFreak sebab customer service adalah terbaik setakat ini. Saya dah cuba yang lain, tapi ServerFreak juga paling pantas respons.
3. Tips untuk pilih nama domain adalah dengan memilih nama yang pendek dan mudah diingat oleh readers.
4. Pilih theme yang mudah untuk dikendalikan dan bukan sebab cantik semata-mata (cantik tapi susah nak guna pun tak guna)
5. Pilih plugin yang diperlukan dan rasa sesuai untuk blog korang. Paling penting plugin SEO. Mudah korang nak setting nanti!
6. Jangan “public” kan dulu blog korang kalau masih berterabur. First impression tu penting. Kadang-kadang saya selalu terbuka blog yang berterabur habis dengan zero entry, theme tak betul lagi dan macam-macam. Terus hilang mood nak buka blog tu lagi. hahahaha!
7. Tulis 1 entry pengenalan dan beritahu serba sikit pasal blog baru korang tu. hehehe!
8. Next, lengkapkan page “about” untuk mengelakkan readers rasa korang ni alien.
9. Pastikan paling pemalas pun, tulislah sekurang-kurangnya 5 entry seminggu (kalau malas sangat, 3 pun dah ok)
10. Sebelum publish entry, baca sekali lalu entry korang. Bila dah publish, baca sekali lagi untuk check typo error.
11. Kalau ada pembaca yang komen, jangan sombong sangat nak reply. Kene jaga hati pembaca. Tunjukkan penghargaan korang dekat mereka lah kan.
12. Jangan jawab komen dengan emo. Cuba kawal lah sikit rasa marah/menyampah ke apa. hahaha!!
13. Rajinkan diri “balas budi” pembaca blog dengan jenguk blog diorang balik dan jangan malas dan sombong nak komen entry diorang. (ramai bloggers malas buat ni!!!)
14. Variasikan entry korang.
15. Jangan tulis entry tanpa perenggan. Biar banyak perenggan, tak apa. Mudah sikit pembaca nak baca woo
16. Belajar dan kumpul tips dengan membaca blog-blog berkaitan tips untuk improvekan blog korang. Belajar!!
17. Untuk dapatkan trafik dari search engine, pastikan setiap kali korang publish entry tu PING kan blog korang. Tujuannya untuk beritahu search engine lah yang blog korang dah dikemaskini. Setiap entry ok!
18. Kalau nak dapatkan trafik organik daripada search engine pulak, korang kenalah belajar SEO sikit. Saya bukan pakar sangat. So, tak boleh nak ajar beriya lah. Mungkin korang boleh belajar di blog Firdaus. Saya suka jadikan blog beliau untuk belajar SEO!
19. Nak buat duit dengan blog? Boleh, tapi jangan tamak sangat. hahaha!! Kena tahu ukur blog korang berada pada level mana. Silapnya blogger yang saya perasan, ghairah sangat nak buat duit dengan blog tapi letak harga servis melampau dan tak masuk akal.
20. Mulakan dengan perkhidmatan pengiklanan banner diblog korang. Macam diblog saya, untuk banner 125×125, dulu letak harga RM20 untuk sebulan. Murah, jadi memang ada client yang tempah untuk tempoh 5-6 bulan terus. Sekarang, trafik dah naik sikit. Baru boleh letak harga tinggi skit. Tapi, still tak banyak RM30 sebulan. Buat duit dengan blog boleh, tapi macam saya katakan tadi mulakan dari bawah. Sikit-sikit.
21. Bila dah ok dan dah biasa dengan bisnes buat banner, korang boleh maju setapak lagi. Perkhidmatan Advertorial di blog korang. Tapi, yang ini make sure korang jujurlah dan buat betul-betul. Kalau kena review produk, tanya dulu produk apa dan minta details. Kita bukan hebat semuanya. Iye kan? Untuk blog saya, harga servis ni biasanya berubah-ubah ikut perbincangan dengan client. Ada yang nak SEO artikel (mahal sikit). Ada yang mahukan review biasa semata-mata(murah sikit). Depends lah. Tapi, saya sarankan untuk buat perkhidmatan ni..korang belajar sikit cara menulis. Banyak kot info dekat internet ni!!!
Alamak, panjang lah pulak. Kalau nak ikutkan banyak lagi tips blog nak share dengan korang tapi nantilah. Tunggu saya rajin nak sambung buat part 2 pula. hehehe!! Kalau ada yang nak bertanya terus, tanya je dekat ruang komen. Mana yang saya boleh jawab, saya jawab lah