seo
Tag Archives: wanita

31 ways to make a girl smile!!

27 Jul

31 ways to make a girl smile!! Lelaki-lelaki yang datang singgah ke blog cap ayam daku. Ini hadiah untuk korang. muahaha! Saya baru aja jumpa ni woo. 31 ways to make a girl smile!! Fresh! Tapi, lists ni cuma suka-suka saja ok. Maybe akan ada yang tepat dan ada yang kebetulan saja.

Apa yang kita perlu tahu, setiap manusia ada kurang dan lebihnya. Semua manusia adalah unik! Untuk semua wanita, percayalah! Semua kita dilahirkan ada keistimewaan tersendiri. ok ;) dan pada kaum adam, sayangilah dan ikhlaskan diri korang untuk menyayangi “hadiah” Tuhan untuk korang.  Jangan sesekali mengabaikan kami ;)

Ok, lets check it out!!! 31 ways to make a girl smile!! :-


  • Tell her she is beautiful
  • Hold her hand at any moment … even if its ust for a second.
  • Hug her from behind
  • Leave her voice messages to wake up to.
  • Wrestle with her
  • Don’t go hang out with you ex when she is not with you, you might not relize how badly it hurts her.
  • If youre talking to another girl, when you’re done talking, walk over and hug her and kiss her….let her know she’s yours and they aren’t.
  • Write her notes or call her just to say “hi”
  • Introduce her to your friends … as your girlfriend.
  • Play with her hair.
  • Pick her up (she loves it)
  • Get upset if another guy touches her and she doesn’t like it
  • Make her laugh
  • Let her fall asleep in your arms.
  • If she’s mad at you, kiss her.
  • If you care about her, then TELL HER
  • Every guy should give their girl 3 things: a stuffed animal (she’ll hug it every time she goes to sleep), jewelry (she’ll treasure it forever), and one of her t-shirts (she’ll most likely wear it to bed) or sweatshirts sprayed with her cologne!! and flowers or something occasionally.
  • Treat her the same around your friends as you do when you’re alone.
  • Look her in the eyes and smile.
  • Hang out with her on weekends
  • Kiss her in the rain (girls love this)
  • Kiss her just for the heck of it
  • If your listening to music, let her listen too.
  • Remember her birthday and get her something, even if its’n simple and inexpensive, it came from YOU. it means all the world to HER.
  • When she gives you a present on your birthday, Christmas, or just whenever, take it and tell her you love it, even if you don’t (it’ll make her happy.)
  • Always call her when you say you will, it may not seem like it, but it does hurt her and makes her think you don’t care so call even if you can only talk for a minute. Girls don’t necessarily have to have hour long conversations every night but its nice for us to hear your voice even for a quick hello.
  • Give her wat she wants
  • Recognize the small things … they usually mean the most.
  • Don’t hug her friends or your friends that are girls cause she’ll feel left out.
  • Hang out with her whenever you are free and u should be free to hang wit your girl friend all the time
  • If u care about her…SHOW her!

Credit to : fanpop.com

Lelaki Tak Boleh Simpan Rahsia Orang Perempuan

23 Jul

Lelaki tak boleh menyimpan rahsia orang perempuan. Ok, kawan-kawan. Mari kita kupas tajuk ini dengan jayanya. Hopefully. Ada bakat nak jadi wartawan tak bertauliah tak saya? hahaha. Back to our topic. Lelaki memang tak boleh menyimpan rahsia orang perempuan!

Korang setuju?

Kaum lelaki, saya tak harap sangat akan beri komen yang positif. Kenapa? Of course lah lelaki akan membela kaum sendiri kan? Iya tak kawan-kawan perempuan ku? Sila angguk cepat. hehehe. Oklah. Actually, janganlah salah faham sangat ok. Kita bincang cara dewasa.

Sebenarnya, saya terfikir untuk bincang hal lelaki tak boleh menyimpan rahsia ni pun sebab teringatkan statement jujur beberapa orang kenalan lelaki saya. Most of them, lelaki yang agak close dengan saya. Baik dari zaman sekolah or zaman universiti.

“Kalau kau nak tau, lelaki ni tak akan boleh simpan rahsia perempuan lama-lama ok. Baik kau jangan cerita semuanya kat lelaki even dia boyfriend kau”, si polan dan polan beri saya peringatan terbaik. Akan ku kenang sampai bila-bila. hahaha

Bukan cuma 2 polan saja yang beri statement jujur lurus bin bendul macam ni ok. Agak ramai jugak sebenarnya. Bila saya tanya, kenapa pulak boleh jadi macam tu, wah beri jawapan yang memang tak boleh nak bidas sangatlah.

“Tak tahulah. Tapi, memang macam tulah sebenarnya. Jadi, kau jangan baik sangat nak share-share dengan lelaki kecuali lelaki tu bisu.”. Sorry, ada ayat kurang sedap.hahaha!

Bila saya tanya, memang perangai semua lelaki macam tu ke dan katakan yang tak baiklah kan kalau lelaki buat awek sendiri macam tu. Ada yang jawab “lelaki ni, tak macam perempuan. Suka main secret-secret. Kalau lelaki dah duduk bersembang dalam group memang bahayalah. Semua cerita awek masing-masing diorang boleh bukak”.

Scary kan? Ish, waktu dengar mula-mula..dalam hati sempat jugaklah bermonolog “nasib baik aku tak suke cerita hal merepek”. hahaha! Sumpah menakutkan ok.

Tapi, pendapat personal saya ya. Mungkin tak adil kalau nak cakap semua lelaki berperangai kepochi mak ayam ni. Tak boleh jugak kan? Mungkin ada betulnya jugak apa yang kawan-kawa lelaki saya cakap tu tetapi kena tahu jugaklah macam mana “perangai” kawan-kawan lelaki saya ni. Apa? Fikir sendiri ye.

For me, perkara macam ni depends on pembawakan diri orang tu jugak. Kalau dah dasar kepochi, baik lelaki or perempuan. Alah, memang kepochi jugaklah kan. Tak ada istilah lelaki tak boleh simpan rahsia perempuan or perempuan yang tak boleh nak simpan rahsile lelaki.

Sama saja. Cara susun ayat tu saja yang lain. wakaka!

Tapi, nak nafikan 100% pun rasa macam rugi aja ek? Mana tau betul kot apa yang kawan lelaki saya cakap. Hmm, nak tahu jawapan, kenalah tunggu komen-komen jujur, telus, mulus bloggers lelaki kat sini. muahaha! Ada tak yang nak volunteer beri komen tentang hal ni?

Silakan!

Pinjamkan Telinga Kita Untuk Dengar Masalah Orang.Susah Ke?

20 Jul

Salam semua! Apa cerita korang semua ek? Ada baik kah? Ok, dah macam India bila bercakap. Tak apa, sesekali apa salahnya. Kita kan 1 Malaysia. Tetiba sangat nak 1 Malaysia saya ni kan? hahaha! Lupakan. Kali ni nak ajak sembang isu apa ek? Hmm. Ok. Got it!

Kali ni, apa kata kita sembang pasak tajuk ala-ala kepochi. Nak tak? Apa pendapat korang berkenaan “Pinjamkan telinga kita untuk dengar masalah orang”. Oh ye, ini tajuknya. Apa kata korang? Korang ada rasa terbeban? Ada rasa memualkan bila jadi tempat mengadu? Ada rasa nak larikan diri tak? Ada?

Ok. Saya tak kesah! hahahaha. Aiman tak kisah.

Betul, sejujurnya saya tak kisah pun kalau korang nak share problem korang dengan saya. Kenapa? Ini bukan soal nak rasa diri saya baik, sempurna dan nak rasa macam kena puji-pujian daripada teman-teman. Baik offline, baik online.

Sorry, tidak sama sekali. Im not that type of person lah.

Pada saya, tidak ada susahnya setakat nak pinjamkan telinga dan dengar masalah kawan-kawan. Senang saja, cuba bayangkan kawan-kawan korang yang tengah ada masalah ni adalah diri korang sendiri. Ok, now bayang yek!

Apa yang korang harapkan? Masalah tu selesai kan? Tapi, masalah tu belum tentu selesai. Maybe perlukan “tempoh” masa. kan? Jadi, sekarang apa yang korang perlukan? Come on guys! Apa lagi, sah-sah lah someone yang boleh jadi pendengar setiap masalah korang!!!! Kan???

Jujur saja, dan buang rasa ego! Hebat mana pun kita, bila masalah datang. Kita perlukan someone jugak untuk “teman” kita. Bukan 100% tapi 1 % pun sudah lebih daripada cukup. Itu pada pandangan sayalah. Saya manusia biasa jugak. Bila waktu suka-suki, saya happy. Bila ada masalah, tiada yang bertanya, sedih datang jugak!

Dalam hati ada taman beb.hahaha!

Oh ya, saya share ni bukan sebab nak bangga diri dah “macam baik” jadi pendengar masalah orang yek. Nope! Tapi, saya share dan harap sangat ada yang “terasa” sendiri, maybe selama ni kita agak selfish barangkali. Bila ada masalah, kita cari teman  untuk luahkan semuanya. Kawan kita dengar dengan tekun. Tapi, bila sampai masa teman kita pulak yang ditimpa musibah. Hmm.

Jangan pelik sangatlah. Dah banyak kes macam ni. Jangan kata orang lain, saya sendiri pun selalu kena. Rasa sakit hati jugak tapi pengalaman mendewasakan kita. kan? Kalau dulu, setiap kali saya “meminjamkan” telinga saya untuk dengar masalah orang, dalah hati, saya selalu berdoa. Minta-minta nanti waktu saya, adalah yang sudi mendengar.

In fact, Tak payah dengar pun tak apa. Cukup sekadar bertanya. Bukan susah pun nak tahu orang tu sedang ada masalah ke tidak. Kan?

Guys, kita ni manusia. Apalah salahnya tolong manusia lain jugak. Macam saya, duit berjuta memang tak adalah. Tapi, kalau setakat nak share masalah korang dengan saya, no problemo. Siapa diri korang, saya tak pernah tanya pun. Saya bukan polis. hahahaha!

Saya happy boleh jadi pendengar sebenarnya. Oh ya, mak saya pernah cakap. Kalau kita ada musuh, jangan kita lawan balik. Tapi kita duduk diam-diam. Bila si musuh ada masalah, kita tanya kenapa dengan dia. Ada rezeki kita, si musuh tu boleh jadi kawan kita! ;)

Ya, saya tak kuasa nak tambah dosa. Dosa lama banyak lagi tunggu turn nak terhapus. So, silakan nak bermusuh dengan saya. Saya tak kisah pun. Saya bukan pendendam, Saya marah pun 2 jam je biasanya. Lepas tidur, saya bukak mata. Kadang-kadang saya boleh tersasul ajak orang yang mengutuk saya tu makan. hahaha!

So, akhir kata. Hidup biar tambahkan kawan, jangan tambahkan musuh. Bila dah ada kawan, jaga kawan sebaik mungkin. Tolerate lah sikit. Bila dia susah, kita tolong. Tak boleh dengan material, cukuplah dengar luahan hati dia. Tapi, tak payah harapkan balasan!!! Jangan, nanti boleh rasa kecewa.hehehehe

p/s: Do contact me if korang nak share problem. I tak kisah! hehehe. email, Direct Message di Twitter or even YM pun ku layan saja. Hav a nice day korang!

p/s/s:Yang ada dah share problem dengan saya tu, thanks sebab trust me and tak payah nak sebut kat sini yek.Simpan between us sudeh wei.hahaha

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.