Berbeza Pendapat? Eh, Jangan Bertekak!
13 Oct
Berbeza Pendapat? Eh, Jangan Bertekak! Fitrah manusia lah kan? Masing-masing kalau boleh nak suara dan pendapatnya diterima bulat-bulat. Kalau boleh, bila dia kata, A B C. Macam tu jugaklah yang dia nak semua orang terima. Tidak boleh tertinggal walau 1 pun huruf. Itu sebenarnya lumrah kejadian dan pemikiran manusia.
Manusia mana yang nak kalah kan? Semuanya nak menang, KALAU diberi pilihan samada mahu menang atau kalah!hahahaha. Me too *jujur*
Tapi, kita hidup dalam dunia realiti. Bukan dalam cerita dongeng fantasi kan? Kena sedarlah, manusia ni ada macam-macam perangai. Ada macam-macam “colour” hati. Paling best, ada macam-macam hasad dengki. Opssss! Tapi, betul kan???
Bila sampai 1 masa, kita perlu buat 1 keputusan dan keputusan tu pulak kita kena dapatkan persetujuan majoriti. Heh, Waktu ni, masing-masing nak jadi leader kan? Bertegang urat macam nak rak. Kalau boleh, pendapat dia saja yang orang lain WAJIB terima dan guna pakai. Hampeh!
Serious, jujur saya katakan. Saya cukup tak berkenan dengan orang yang guna kuasa veto ni. Ibarat bangsa Israel tau! hehehe. Excuse me, pandang-pandanglah dekat orang lain. Dengar-dengarlah jugak pendapat orang lain. Orang bawahan sekalipun, kalau pendapat yang dia beri boleh diterima logik akal. Apa salahnya kan?
Mentaliti orang kita memang macam ni. Kebanyakkannya lah, bukan semua ok!
Tapi, saya bukan nak timbulkan isu orang atasan versus orang bawahan ek. Itu bukak topik lain. hahaha! Saya cuma nak ajak borak hal hormat perbezaan pendapat orang lain! Kita perlu set dalam kepala. Lain orang, lain cara dia berfikir!
Sebenarnya, perkara-perkara macam ni hal kecik je. Setuju tak? Kalau korang angguk kepala, kita serumpun. muahahaha!!! Im sure, ada yang tak setuju. Yep! Memang manusia totally berbeza sebenarnya. Saya percaya, menda macam ni depends on individu jugak.
Mungkin, pada saya remeh sebab saya memang jenis tak kisah. Kalau dalam bahasa pasar “lantak kau lah, janji kau happy!”. Ada pros and cons ok kalau perangai macam saya ni. Maybe yang bagusnya, orang akan cakap. Senang nak deal dengan orang macam ni, Boleh bertolak ansur. *puji diri sendiri ni, sila muntah sekarang -_- * Tapi, ada mulut lain akan cakap, orang macam ni tak boleh diajak berdiskusi sebab macam tak ada pegangan, tak ada semangat nak MENANG!
Wei, sedap je eh saya bukak pekung sendiri. Tak apa kot. Korang boleh terima kan? hahahahaha!!!
Saya jenis tak suka bertekak. Saya tak suka bergaduh. Saya tak suka cari musuh semata-mata nak puaskan hati sendiri. Ah, tak kuasa! hehehe. Eh, sila jangan amik saya bekerja dengan korang eh -_- For me, masalah takkan selesai kalau masing-masing nak memang. Macam budak-budak kot.KOT lah!
Yang penting, selagi saya rasa pendapat orang “perasan ada kuasa veto” tu masih waras, still logik even peratusannya tak sampai pun 70%, as long as tak akan menjatuhkan orang lain and paling penting as orang Islam, tidak akan keluar daripada landasan agama kita, Oh silakan!!!! hehehehe
Take it easy lah. Bertekak sesama sendiri bukan menyelesaikan masalah pun. Kan? Why not, kita beri dia peluang. Saya percaya, manusia ni akan lebih menghargai orang dengan pengalaman yang dia sendiri minta untuk jalani dengan keputusan dia sendiri! Biarkan saja. Baik buruk dia tahu lah nanti.hehehehe
Lagi 1, for me kita perlu hormati perbezaan pendapat orang keliling kita sebab mana tahu, pendapat dia tu betul dan pendapat kita yang ditolak mentah-mentah tu salah. Kan? Mana lah tahu kan? Nanti kita pulak yang menyesal.hahaha! Lapangkan dada jelah, senyum jelah pada partner kita tu. Doakan saja mudah-mudahan pendapat dia BETUL!!!!
Last. Apa yang saya nak beritahu dekat sini, silalah jadi manusia baik hati yang boleh bertolak ansur. Apa salahnya berlakon macam korang suka je dengan pendapat orang kuasa veto tu.hahahaha!!! At least, dapat jugak pahala menggembirakan orang.muahahahaha!! *gelak syaitonirrajim*
p/s: Kalau mintak pendapat saya, saya akan berikan. Tapi, kalau rasa terima, silakan. Kalau rasa macam merepek, janganlah jadi rude pulak. Tak baik aww buat orang marah -_-






