Kalau dah kahwin, wanita yang dulunya bertudung dah boleh togel ek?
3 Mar
Kalau dah kahwin, wanita yang dulunya bertudung dah boleh togel ek? Suami suruh ke apa? Sebelum ni bertudung tujuan asalnya untuk apa? Takutkan Allah atau takutkan tohmahan orang? Sorry, entry kali ini saya berani kata akan buat kawan-kawan saya meluat dengan saya.
Peduli apa. Siapa berani buat, beranilah tanggung rasa malu. yummy!
Saya suka memerhati perangai orang sekeliling saya. Kalau saya berdiam, bukan bermakna saya ada masalah. Tapi, saya diam kerana sedang memerhati! Itu sebenarnya. Perangai manusia memang unik. Saya sedar hal itu. Makin lama, makin saya boleh terima.
Kalau dulu, saya selalu sembur tidak tentu pasal. Kononnya, nak puaskan nafsu sendiri! Nak balas dendam. Ah, itu dulu. Zaman budak hingusan. Publisiti murahan.muahaha
berbalik pada topik saya. Kalau dah kahwin, wanita yang dulunya bertudung dah boleh togel ek? Saya sengaja mahu menyentuh hal ini bukan kerana mahu membalas dendam. Tidak sama sekali. Itu hak mereka untuk mengherdik saya. Itu kisah lama. Mungkin inilah karma saya. Mereka sekarang yang sebenarnya patut diherdik.
Maaf kalau melebih, tapi pada saya. Mereka layak dicaci dan lebih hina sebenarnya. Maaf sekali lagi.
Saya pelik. Semua tahu dengan teknologi Facebook sekarang kan? Masing-masing nak tunjuk gambar-gambar badan terlentok sana sini. Oh itu bukan urusan saya. Badan kamu, buatlah apa saja. Cuma, saya agak mengucap panjang bila terpandang koleksi gambar-gambar “sahabat” lama.
Kalau sebelum ini (sebelum berkahwin), tudung tidak pernah lepas. Melekat. Bukan calang-calang orang, dengan bangganya mereka mengaku yang mereka bersekolah di sekolah agama. Kalau dulu, kemain mempersoalkan kenapa saya tidak mahu bertudung? Tak malu ker? Tak takut dosa? Mak bapak tak marah ke?
Sekarang, saya pula mahu soal pada mereka (im sure tak ada yang sanggup jawab).
Mana tudung atas kepala? Dulu kan paka tudung labuh jugak? Kenapa lepas kahwin boleh buka tudung masa tepi pantai? Kenapa pakai seluar pendek macam anak cina? Tak malu dengan mak mertua? tak malu dengan mak bapak? Eh, suami izinkan yek? Kalau suami dah izinkan, Tuhan pun izinkan jugak?
Jawablah kalau berani. I dont mind if ada nak melaser pun. Silakan.
Saya malas nak panjangkan cerita. Cuma, kesimpulannya. Saya malu bagi pihak mereka. Sorry, tapi saya rasa samada iman mereka masih tidak cukup kuat atau asas agama mereka yang sangat teruk buat mereka jadi sebegitu. Saya tidak pernah berkecil hati dengan herdikan mereka suatu masa dulu. Saya tahu siapa saya, saya sedar dimana silap saya, saya tahu dosa saya, saya tahu itu semua.
Cuma, saya syukur gila sebab tak mulut bangkai macam mereka. Saya berterima kasih sebab Tuhan berikan saya hati yang tidak sesuci mana dek dosa saya sendiri tapi sekurang-kurangnya tidak sebusuk mereka ini. Pada saya, sebelum nak menyusahkan diri menilai buruk baik orang lain..baiklah fikirkan dulu iman sendiri tu dulu.
Chow bebeh. Oh, menarik sungguh hukum karma ni. I like!






