Dunia Blogging Kini: Blogger Popular Dah Macam Artis?
1 Mar
Blogger Popular Dah Macam Artis? Rasanya dah ramai blogger yang menulis tentang isu ni. Saya bukan tidak mahu menulis soal isu Blogger Popular Dah Macam Artis ni tapi mulanya malas nak timbulkan soalan macam ni. Risau gak kalau-kalau ada yang terguris hati kan? Well, blogger pun manusia biasa jugak.
Kental mat rock macam mana pun, kalau dah kata manusia tu..tetap ada perasaan dan reti jugak nak terguris mak ris hati ni.hahahahaha!! So, kena berhati-hati kalau nak menulis hal blogger popular dah macam artis ni. Saya tak mahu mencari masalah dengan blogger mana-mana.
So, sebelum semua nak meroyan. Biar saya minta maaf dulu awal-awal ar before start goreng entry ni. kikikikiki.
Macam ni. Perasan tak dunia blogging sekarang dah tak macam dulu? Blogger bukan lagi someone yang rutin harian dia menulis blog, bercerita pengalaman hidup di dalam blog, dan menyebarkan informasi dengan orang ramai melalui blog.
Itu dunia blogging yang dulu. Dahulu ok. Sekarang ni, dah tak praktikal sangat dah kalau nak cakap yang blogger ni sekadar penulis blog. Mereka lebih daripada itu. Blogger dah macam artis hokey. Saya pun tak tahu macam mana “fenomena blogger jadi artis” ni bermula.
Setahu saya, blogger yang saya kenal and cukup popular mula-mula dulu cuma kak RedMummy je. hahahaha!! Tapi, makin lama makin hebat pulak ”fenomena blogger jadi artis” ni. Rezeki masing-masing babe. Tak payah nak sibuk-sibuk sangat rezeki orang.
Pada saya, benda-benda macam ni terpulang pada diri blogger tu masing-masing. Terpulanglah samada blogger tu selesa dia digelar artis blogger ke atau apa saja. Rasanya tak pelik pun kalau blogger boleh same level macam artis. Bukan dari segi kerjaya sebagai pelakon or penyanyi tapi maksud saya level POPULAR macam artis.
Blogger yang dikenali orang ramai.
Kalau dulu, blogger blog hiburan macam Zon Artis, Beautiful Nara, Rotikaya, Oh Artis dan banyak lagi je yang boleh popular. Iyalah, Blogger blog hiburan ni diorang handle blog berkaitan seni hiburan tanah air kan? Sah-sah semua orang nak terjah. hehehehe!!!
Blogger blog hiburan ni memang tak payah nak heran lah kalau diorang popular. Fikir logiklah. Diorang memang patut popular sebab blog sentiasa beri informasi tentang benda yang orang suka nak amik tahu. Kan?
Sekarang ni. Tak payah nak jadi blogger blog hiburan pun boleh popular kalau korang mahu. KALAU MAHU ok. Saya tak mahu. Ok tipu kalau tak mahu langsung. bahahahaha!!! Macam ni. Honestly, saya menulis blog pada mulanya suka-suka. Tak terfikir pun nak ada blog dengan domain dah hosting sendiri macam sekarang.
Bertatih daripada bawah. Hampir 4 tahun dalam dunia blogging ni. Saya buy hosting dan domain bukan sebab apa, tapi sebab waktu tu baru saya sedar hebatnya dunia blogging. Even tak sampai RM10K yang saya dapat, tapi dalam RM2K hingga RM3K ada dah saya jana daripada blog ni. Ada blog, ada domain sendiri, ada hosting sendiri..bolehlah dapat income lebih sikit.
Berblog sebab nak dikenali ramai? Tak pun. Saya menulis isu yang saya rasa perlu je dalam blog ni. Saya suka berdiskusi. Kalau di Twitter, saya agak santai. Tapi, di blog ni saya lebih serious bila menulis. Memang itu style saya cuz for me readers akan menilai kita daripada cara kita menulis.
Soal popular ke tak. Belakang kira babe. Saya selesa macam sekarang. Rasanya, saya jarang letak gambar sendiri dalam blog. Maybe sebab as student yang dah biasa didedahkan dengan isu privasi dan security dalam alam maya ni..saya perlu berhati-hati. (Faham-faham sendiri).
Tapi, alhamdulilah. Ada jugak yang memuji penulisan saya yang cap ayamas ni. Terharu kadang-kadang, terharu ok bukan bangga!!!bahahahaha!!! Alhamdulilah, tak banyak sikit pun jadilah bila readers ada yang dapat “something” daripada apa yang saya share di sini. Thanks a lot sebab baca!!!! weee *tutup muka -..-
Saya tak nak popular. Cukuplah kawan-kawan artis saya je yang popular. kikikiki. Saya nak menulis syok sendiri je here. bahahahaha!!!
p/s: Sekarang ni, saya dah jatuh hati dengan penulisan Hami Asraff. Blog macam ni memang saya suka. Sekian.










