seo
Tag Archives: twitter

Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers

10 Oct

Facebook dan Twitter memang medium terbaik untuk semua bloggers. Ada blog tapi tak ada akaun Twitter dan Facebook macam tak kena je rasa. hahahaha!!! Orang lain saya tak tahulah, tapi bagi saya 2 akaun ni sangat penting bagi setiap bloggers.

Facebook dan Twitter keduanya penting sebagai medium untuk bloggers dan pembaca blog saling berhubung antara satu sama lain. Setiap kali kita kemas kini blog, kita akan beritahu semua orang dekat kedua akaun ni kan? hehehehe!!! Biasalah tu.

Sama konsepnya dengan setiap kali kita kemas kini blog, kita wajib ping blog kita untuk search engine macam Google contohnya tahu yang kita dah update blog tapi awas eh, jangan sampai kena lempang dengan Google. Kenapa? Baca entry bro Denaihati tu. hahaha!!!

Ok, sambung. Tapi, kita sebagai blogger ni pun kena tahu juga cara penggunaan kedua-dua media sosial dengan betul. Ssaya tak adalah teror sangat nak bagi tips hebat-hebat. Sajalah saya tulis Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers. Mana yang boleh pakai dan logik, terimalah. Kalau tidak, abaikan je.hehehehe!

Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers

1. Urus Akaun Twitter/ Facebook sendiri

Blog korang boleh uruskan sendiri kan? Jadi, pastikan akaun Twitter mahupun Facebook pun korang uruskan sendiri dan bukan kongsi dan minta tolong orang lain yang kemas kini status korang. Ini menunjukkan keprihatinan korang.

2. Sentiasa kemas kini status Twitter/Facebook

Pastikan akaun Twitter dan Facebook korang tu sentiasa ada cerita baru. berbuallah dengan kawan-kawan Facebook/Twitter korang. Sentiasa kemas kini. Kalau malas atau sibuk sangat sekalipun, curi-curi masa sikit untuk kemas kini. Jangan buat akaun korang tu “berhabuk” lama sangat.

3. Gunakan Identiti Sebenar

Kalau boleh, bila buat Facebook/Twitter tu gunalah nama yang menunjukkan identiti blog korang juga. Macam saya, blog saya Lizarazak.com. Jadi, untuk akaun Twitter saya guna lizarazak dan untuk Facebook pula saya kekalkan lizarazakdotcom. Jangan buat pembaca blog susah nak cari korang dalam Twitter mahupun Facebook.

4. Jangan Paksa followers/friends

Blogger dengan trafik memang tak boleh nak pisahkan. Biasalah, semua blogger nak trafik masuk dalam blog dia mencurah-curahkan. Tapi, bila kita dalam Twitter/Facebook ni janganlah amalkan sangat konsep memaksa orang untuk baca entry blog kita. Jangan sampai followers/ friends kita rasa annoying lah dekat kita. huhuhuhuhu!

5. Jangan main tag-tag di Facebook

Oh please lah bloggers, jangan sesekali buat amalan buruk perangai ni. Tag-tag benda yang memang ada kaitan dan penting tak apa ya. Tapi, bila tag-tag perkara yang LANGSUNG TIADA KAITAN dengan seseorang tu ibarat mencari gaduh dalam diam tau.hahahaha!!! Orang akan maki kita :P

6. Layan semua followers/Friends sama rata

Bloggers tak boleh pilih-pilih kawan ya. Merbahaya sangat woo. Layanlah semua orang yang menyapa kita tu seikhlas hati dan sama rata. Memang saya tak nafikan, saya sendiri kadang-kadang terlepas pandang juga. Rasa bersalah bila tak balas mention di Twitter tapi saya tahu saya dah MENCUBA layan semua orang cuma saya tak mampu. Itu lain cerita tapi at least kita dah cuba! Jangan jadi sombong dan memilih kawan tak bertempat!

7. Privasi

Kita ambil contoh di Facebook. Pastikan kita dah set awal-awal level privasi untuk akaun Facebook kita tu. Album gambar terutamanya. Itu penting ya! Kita ni bloggers sebenarnya terdedah dengan kes “tak puas hati antara satu sama lain”. Biasalah. Kadang-kadang blogger sendiri atau bukan bloggers ni bukan semua yang sukakan kita. So, langkah keselamatan dan privasi gambar tu penting!

8. Perli memerli sesama bloggers

Jangan jadi macam budak-budak. Bergaduh di Facebook dan Twitter. Kalau ada apa-apa masalah, jangan perli memerli (kadang-kadang saya terbuat juga). Sebenarnya ianya akan mengeruhkan keadaan je! Bincanglah cara orang dewasa ;)

9. Tolong menolong untuk promote entry

Apalah salahnya amalkan untuk tolong kawan-kawan blogger kita ni promote entry blog diorang kan? Tapi,jangan harapkan orang je RT/Share entry blog kita tapi kita ni sikit pun tak nak tolong kawan kita tu. Sama-samalah. Ini tidak, rajin suruh orang promote entry dia tapi dia adalah manusia paling kedekut tenaga nak RT/Share entry orang lain. Tak baiklah kan macam tu.

Ada lagi tak nak tambah tentang Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers ni? Saya tetiba dah kehabisan stok idea pulak. hahahaha!!! Oh ya, kalau sudi tolong saya jadi Top Referral dan menang RM5000 sempena contest Dealmates, korang bolehlah register dekat sini. FREE je ;)

Page Tribute To Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor

4 Sep

Noramfaizul Mohd Nor, jurugambar BERNAMA yang terkorban di Somalia. Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor merupakan wira bagi rakyat Malaysia. Noramfaizul Mohd Nor meninggalkan kita semua dalam keadaan yang cukup pantas sekali.

Rezeki mati Jihad buat Allahyarham pastinya. kan? InsyaAllah. Kalau betul niat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor ke Somalia atas dasar kemanusian dan dengan niat menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang Muslim, memang hadiah Mati Syahid.


Masa dapat cerita tentang kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor ni, saya masih berada di Brunei. Kutip duit raya lah katakan. Sumpah, saya tak faham cerita apa masa baca timeline Twitter saya waktu tu. Tapi, lama-lama lepas menonton berita..pergh!! berderau darah.

Saya terkejut. Mulanya saya risaukan kenalan alam maya saya iaitu Papa Gomo yang turut serta dalam misi bantuan ke Somalia ni. Itu yang bila dapat berita tentang kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor tu rasa macam berderau darah sekejap. huhuhu. Alhamdulilah beliau selamat.

Rasanya, nak cerita panjang pun semua dah tahu kan tentang Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor ni. Cuma, mungkin ada yang belum tahu lagi tentang page Tribute To Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor. Jadi, siapa-siapa yang ingin meyampaikan salam takziah buat keluarga Allahyarham bolehlah like dan tinggalkan komen di situ.

In case ada yang masih tak tahu dan ingin tahu lebih lanjut berkenaan pemergian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor dalam misi bantuan Somalia ni , bolehlah korang baca di blog Papa Gomo ni. InsyaAllah akan bantu korang. (Teringat pada Allahyarham Din Beramboi.huhuhu)

Bawah ni, saya letakkan sedikit info yang saya jumpa berkenaan Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor untuk korang. Serba sedikit info tentang kematian Allahyarham. Tiada apa yang kita semua boleh berikan sekarang ni kecuali doa. Al-Fatihah.

Wartawan dan jurukamera Bernama TV arwah Noramfaizul Mohd Nor yang maut kerana tembakan curi di Somalia pernah terselamat dari nahas helikopter 13 tahun lepas. Kisahnya, beliau telah digantikan dengan jurukamera lain.

Dalam kejadian yang belaku pada tahun 1997, 2 orang jurukamera Filem Negara dan seorang juruterbang telah terbunuh apabila pesawat Cessna 172 milik MOfaz Air yang bertugas membuat tinjauan udara untuk kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi 1997 terhempas di kawasan belukar berpaya di Kampung Bakau Langkawi.

Rakan baik arwah Noramfaizul, Mazalan Rafji menceritakan kisah yang tak dapat dilupakan semasa mereka ditugaskan bersama sebagai jurukamera Filem Negara. Mereka pada mulanya diarahkan membuat liputan tetapi ada 2 orang jurukamera yang menawarkan diri untuk menggantikan tempat secara sukarela.

Pesawat itu disewa khas oleh Filem Negara untuk membawa kedua-dua jurukamera membuat rakaman perlumbaan basikal peringkat akhir Le Tour de Langkawi 1997.

Mazalan yang kini bertugas sebagai jurukamera di RTM Ipoh berkata, beliau bersama-sama Allahyarham kemudiannya bertukar kerja ke syarikat produksi MetroVision.

“Tidak lama selepas syarikat itu ditutup, kami berdua menyertai Bernama TV dan saya kemudiannya bertukar ke RTM sejak 11 tahun lalu,” katanya.

BERNAMA

Lain-lain entry berkenaan perginya pejuang negara kita, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor boleh korang baca di blog Nurizspace

Page Tribute to Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor di sini

Program Amal Twtupkaseh Dapat Liputan Harian Metro

16 Jun

Program Amal Twtupkaseh akhirnya dapat liputan Harian Metro! Alhamdulilah, Twtupkaseh ni salah 1 program dengan niat yang baik. Mudah-mudahan berjayalah untuk Aidasue and gang lain menjayakan Twtupkaseh ni. Good luck korang!!! All the best. hehehehe!

Ramadhan pun dah nak sampai. Rasanya bagus program Amal Twtupkaseh ni, sesuai dengan bulan yang mulia ni meh? Daripada sibuk-sibuk pasal Kumpulan Pengodam Anonymous yang katanya Ingin Menyerang Halaman Portal Kerajaan tu, ada faedah sikit kita fikirkan something yang macam ni. agagagaga!!

Silap siapa pun saya tak tahu. Asalnya daripada KRU studios kan? Bila Kerajaan Malaysia dah masuk campur, habislah. hahahaha!! Website “lubuk” nak download filem-filem kena blocked, memanglah ramai yang mengamuk. Haih, tapi susah nak cakap sebab diri sendiri pun download jugak!! wakakaka!!

Eh, lari topik ek?? ok ok. Jom baca apa yang wartwawan tulis untuk program Amal Twtupkaseh dalam harian metro ;)

“Acara kebajikan kami seterus–nya ialah lawatan amal ke Rumah Kasih Amal Bestari, sebuah rumah anak yatim di Kampung Melayu Subang, Selangor.

“Seramai 45 rakan Twitter berganding bahu menjayakan lawatan amal ini. Tujuan lawatan dan acara ini adalah untuk mengutip derma dalam bentuk kewangan mahupun barang keperluan dengan harapan dapat meringankan beban kanak-kanak kurang bernasib baik di situ,” katanya.

Lawatan ke rumah anak yatim akan diadakan pada 2 Julai 2011 dari jam 9 hingga 6 petang, tetapi sebelum itu satu pertemuan khas akan berlangsung untuk mengutip derma dan menerima barangan pada 17 Jun di Rasta, Taman Tun Dr Ismail bermula pada jam 9 malam hingga 11 malam.

“Orang ramai boleh memberi sumbangan kewangan mahupun dalam bentuk seperti buku, pakaian dan bahan membuat kuih raya (ini akan dibuat pengetua rumah ini supaya hasilnya dapat menampung perbelanjaan dan sewa rumah anak yatim) sepanjang tempoh ini sehingga 2 Julai nanti,” katanya.

Perkembangan Program Amal Twtupkaseh setakat ini. Wah, RM 10,000 bukan angka yang kecil ok!!! Alhamdulilah.


Cerita Aida yang berkerjaya jurutera, sambutan setakat ini amat menggalakkan.
“Selepas dua minggu program Twtupkaseh diumumkan, kami menerima sumbangan kewangan daripada pengguna Twitter sebanyak RM10,000, itu satu jumlah yang amat membanggakan.

“Kebanyakan sukarelawan yang terbabit dalam projek ini terdiri daripada golongan profesional seperti jurutera, pereka grafik, doktor, guru, pengurus syarikat selain

pelajar. Rata-rata kami bekerja pada waktu siang dan waktu terluang seperti waktu rehat dan hujung minggu, kami mengatur rancangan dan mengumpul dana untuk acara Twtupkaseh ini,” katanya. Untuk pertanyaan lanjut mengenai projek amal ini, Aida boleh dihubungi menerusi e-mel aidasue25@gmail.com.

Atas ni saya just letak keratan-kerata daripada artikel berkenaan Twtupkaseh ni. Baca artikel penuh di sini

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.