seo
Tag Archives: TV9

OST Drama Vanilla Coklat TV3

11 Jan

OST Drama Vanilla Coklat TV3, Tapi bagaimana nyanyian Spider untuk Drama Vanilla Coklat TV3 yang nampaknya dapat sambutan. OST Drama Vanilla Coklat TV3 ini saya jumpa di Youtube dan nampaknya banyak juga jumlah viewers ye.

OST Drama Vanilla Coklat TV3 ni saya sertakan sekali dengan lirik. So, kalau korang nak karaoke ke nak berangan macam Spider ke ape, silakan. Saya tak nampak pun korang menyanyi tu. hahahaha!!! Saya tak dapat tengoklah drama ni semalam sebab khayal tengok Episod akhir drama karma. hehehe!!!

LIRIK TAPI BAGAIMANA (OST Drama Vanilla Coklat TV3) – SPIDER

Kau buat ku teruja
Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembnyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan kekasih yang hangat bercinta

Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Dia bukan tak cantik
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Di sudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu

Tiada yang nak gaduh
Tiada yang nak tentang
Hingga rasa menjadi kering kontang

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa

Bagaimana harus ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Ok, semoga terhibur dengan OST Drama Vanilla Coklat TV3 ni. Kalau nak menyanyi dan rasa-rasa suara macam tak berapa nak best silakan slowkan sedikit suara tu. hehehehe!!!! Korang tengok tak drama ni hah? Best tak? Pada saya, drama ni best! Cuma, jalan cerita ada macam ala-ala sinetron cinta Indonesia sikit kot. Sekian! Heh!

Episod Akhir Drama Karma Malam Ini Katanya Penuh Kejutan!

10 Jan

Episod Akhir Drama Karma Malam Ini Katanya Penuh Kejutan! Episod Akhir Drama Karma TV9 ni agaknya macam mana? Dalam entry Drama Karma TV9 Lakonan Aaron Aziz dan Fouziah Gous sebelum ni, saya ada kongsi video promo kan? Malam ni nak habis dah? Kejapnya!

Dalam Sinar Harian, ada 1 artikel yang menulis berkenaan episod akhir drama karma malam ini. Tak sabar juga nak tunggu drama ni sebab dah ikut sejak episod 1. Memang kalau tak emo, tak sah!! hahahaha!!! Watak Ziela Jalil sebagai Waheeda dalam drama adalah sangat menjengkelkan sungguh. Berikut adalah artikel yang disiarkan.

Drama tragis Karma yang bersiaran di TV9 sejak November lalu, hampir ke penamatnya. Jangan lepaskan peluang menyaksikan episod akhir drama lakonan hebat Fouziah Gous, Ziela Jalil, Aaron Aziz dan Datuk Ahmad Tarmimi pada Isnin dan Selasa ini.

Karma mengisahkan kehidupan Karmila (Fouziah Gous), setelah berkahwin dengan ahli perniagaan, Tan Sri Fahrul Sani (Ahmad Tarmimi), yang jauh lebih tua darinya. Walaupun berbeza usia, namun Karmila sangat mencintai Fahrul. Pelbagai dugaan dan musibah telah dilaluinya, lebih-lebih lagi apabila madunya, Puan Sri Waheeda (Ziela Jalil), sering menganiayainya.

Pada masa sama, anak Fahrul iaitu Qayyum (Aaron Aziz) turut menaruh perasaan terhadap Karmila. Qayyum selesa dengan kehadiran Karmila dalam keluarganya dan tersentuh dengan kelembutan dan kesopanan Karmila.
Konflik bermula apabila suami Karmila meninggal dunia selepas dia melahirkan anak mereka. Ini membuatkan Karmila hilang upaya untuk berfikiran dengan waras lantas dimasukkan ke pusat pemulihan.

Sebahagian harta yang seharusnya diwarisi anaknya turut disekat madunya yang tidak mahu mereka mendapat sesen pun harta suaminya.

Dalam kekusutan itu, muncul Ustaz Haikal (Fizz Fairuz), adik kandung Fahrul yang mengambil berat mengenai Karmila.

Sementara, Waheeda pula terus hanyut dengan dosanya bersama lelaki muda. Tidak kurang juga anak perempuannya, Wafida (Sharifah Aleya), yang semakin berani membawa teman lelaki ke rumah dan tidak segan minum arak di khalayak ramai.

Buta dengan keseronokan duniawi, Waheeda ditangkap berkhalwat dengan kekasihnya. Apakah dia berubah dan bolehkah Qayyum dan Ustaz Haikal membantu keluarga ke jalan benar? Bagaimana pula dengan Karmila?

Jadi, macam mana? Agak-agak ada tak kejutan dalam Episod akhir drama karma malam ini? Saya nak sangat Karmila berkahwin dengan Qayyum. hahahaha!!! Apa kata main teka teka. Saya nak teka Qayyum bukan anak kandung Tan Sri Fahrul. Jadi, dia boleh berkahwin dengan Karmila. hahaha!!!!! Jangan lupa 8:30 malam di tv9!! Ok, bye :P

Video Promo Drama Karma TV9 Lakonan Aaron Aziz dan Fouziah Gous

23 Nov

Drama Karma TV9 Lakonan Aaron Aziz dan Fouziah Gous akan bermula 28 November ini. Drama Karma TV9 membariskan pelakon-pelakon lama dan baru. Drama Karma menampilkan Fouziah Gous, Ziela Jalil, Dato’ Ahmad Tarmimi dan Aaron Aziz sebagai pelakon-pelakon utamanya.

Tajuk Drama Karma ini agak membantu saya rasa untuk tarik penonton tapi tak tahulah jalan ceritanya macam mana nanti. Rasanya, baru sahaja Aaron Aziz dengan Fouziah Gous digandingkan dalam drama kekasih awal dan akhir tempoh hari kan? Dalam drama ni pun mereka digandingkan sekali lagi. Woo, nice! Kena tengok!

Youtube Trailer Drama Karma TV9

Sinopsis Drama Karma

Drama menarik ini mengisahkan tentang pertemuan singkat antara Karmila (23 tahun), seorang pelakon popular dan Tan Sri Fahrul Sani (64 tahun), seorang ahli politik, telah membuahkan cinta yang tidak lagi boleh dipisahkan lantaran Tan Sri Fahrul mahu menghalalkan hubungan mereka dengan menikahi Karmila meskipun dia tahu keputusan ini akan menghancurkan hati Waheeda, isteri pertamanya.

Perempuan mana yang sanggup hidup bermadu? Karmila membuat pengumuman yang menggemparkan seluruh Malaysia bahawa keputusan dia ini adalah atas dasar cinta bukan kerana harta. Karmila mahu mengakhiri kariernya sebagai seorang pelakon. Apakah nasib Karmila sebagai seorang isteri kedua? credit to Budiey

Jangan lupa saksikan Drama Karma tv9 setiap hari Isnin dah Selasa mulai 28 November 2011 pada jam 8:30 malam ok. Harap gabungan pelakon-pelakon lama dan baru dapat membantu untuk menarik ramai penonton kali ini. TV9 ni tak ramai yang tengok sangat tapi mungkin sebelah malam, oklah kot!

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.