seo
Tag Archives: tv3

Vanilla Coklat vs Bicara Hati. Drama Mana Lebih Hebat?

26 Jan

Vanilla Coklat dan Bicara Hati, keduanya drama hebat. Vanilla Coklat ditayangkan hari Selasa, Bicara Hati pun sama. Vanilla Coklat versus Bicara Hati. Soalnya, Drama Mana Lebih Hebat?

Saya berkesempatan untuk menonton kedua-dua cerita, baik Vanilla Coklat begitu juga dengan Bicara Hati. Pada saya, kedua-dua drama ini ada aura tersendiri. Tapi, ada perbezaan. Pada sayalah. Saya tidak tahu korang macam mana. hahaha!

Vanilla Coklat, pada saya kekuatannya adalah pada “kecomelan” dan populariti pelakon-pelakon. Izzara Aisyah kan memang tengah panas sekarang selepas lakonan hebat dia dalam drama Soffiya kan? Iqram Dinzly pula memang cukup popular dalam dunia Twitter beliau. Penangan!!

Kalau Bicara Hati pula, pada saya kekuatannya 70% pada jalan cerita. Saya tidak pernah baca pun novel tapi saya suka dengan jalan cerita drama ni kot. Pelakon-pelakon tak adalah popular mana tapi saya suka dengan jalan cerita drama ni.

Jadi, antara drama Vanilla Coklat TV3 dengan drama Bicara Hati. Saya lebih suka dan minat nak tonton Bicara Hati. hehehe!! Cuma minggu ni saya terlupa sebab syok sangat bercuti sampai lupa hari Selasa!!!! Arghhhh. stress ok stress. hahahaha!!!

Hmm, ini pendapat saya. Kalau korang pula macam mana? Mana 1 drama yang korang rasa lebih hebat? Vanilla Coklat atau Bicara Hati ya? Saya saja tulis artikel ini sebab saya tengok kemain dekat Twitter sembang pasal kedua-dua drama hebat ni!!!

Kalau korang nak layan OST Vanilla Coklat, bolehlah layan. Saya ada masukkan sekali video dan lirik. Senang sikit korang nak berkaroake. hehehehe!!! Selamat membuat pilihan!! Eh, korang jangan lupa vote blog Denaihati ok. Denaihati nak jadi top 5 World bloggers Award!!! Saya dah vote, korang bila pula?

OST Drama Vanilla Coklat TV3

11 Jan

OST Drama Vanilla Coklat TV3, Tapi bagaimana nyanyian Spider untuk Drama Vanilla Coklat TV3 yang nampaknya dapat sambutan. OST Drama Vanilla Coklat TV3 ini saya jumpa di Youtube dan nampaknya banyak juga jumlah viewers ye.

OST Drama Vanilla Coklat TV3 ni saya sertakan sekali dengan lirik. So, kalau korang nak karaoke ke nak berangan macam Spider ke ape, silakan. Saya tak nampak pun korang menyanyi tu. hahahaha!!! Saya tak dapat tengoklah drama ni semalam sebab khayal tengok Episod akhir drama karma. hehehe!!!

LIRIK TAPI BAGAIMANA (OST Drama Vanilla Coklat TV3) – SPIDER

Kau buat ku teruja
Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembnyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan kekasih yang hangat bercinta

Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Dia bukan tak cantik
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Di sudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu

Tiada yang nak gaduh
Tiada yang nak tentang
Hingga rasa menjadi kering kontang

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa

Bagaimana harus ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Ok, semoga terhibur dengan OST Drama Vanilla Coklat TV3 ni. Kalau nak menyanyi dan rasa-rasa suara macam tak berapa nak best silakan slowkan sedikit suara tu. hehehehe!!!! Korang tengok tak drama ni hah? Best tak? Pada saya, drama ni best! Cuma, jalan cerita ada macam ala-ala sinetron cinta Indonesia sikit kot. Sekian! Heh!

Drama Vanilla Coklat Episod 1 (Review)

28 Dec

drama vanilla coklat episod

Drama Vanilla Coklat Episod 1 dah ditayangkan semalam di TV3. Drama Vanilla Coklat ini menggantikan drama Cinta Elysa tapi Drama Vanilla Coklat nampaknya lebih menarik pada saya.

Kenapa saya kata Drama Vanilla Coklat lebih menarik? Haruslah, ok macam ni biasanya first impression ni sangat penting ok dan semalam merupakan episod 1 drama ini di slot Lestary TV3. Episod 1 dan saya dah boleh puji drama ni. Sangat comel jalan ceritanya dan agak santailah juga.

Tambahan pula, drama Vanilla Coklat ini dilakonkan dengan pelakon-pelakon hebat masa kini. Alah, korang mesti masih ingat dengan Izzara Aishah dalam drama Soffiya kan? Ok, lagi dalam drama ni ada Aiman Mentor, Iqram Dinzly dan semestinya pelakon-pelakon hebat yang lain lah kan. Tak akan saya tulis semua nama dalam ni. hehehe!

Drama Vanilla Coklat ni pada saya ada ala-ala drama negara jiran sikitlah. Cara comel-comel ni ada macam sinetron-sinetron Indonesia tapi tak lah sehebat Sinetron Melody kot. hehehe!!! Apa-apa pun, kena tunggu episod 2 pula minggu hadapan. Sementara tu, korang yang masih tak tahu lagi jalan cerita ni, bolehlah baca sinopsis dulu ok.

Sinopsis Drama Vanilla Coklat Slot Lestary TV3

Drama Vanila Coklat mengisahkan tentang kisah pelajar lelaki dan perempuan yang saling membenci antara satu sama lain. Namun atas permintaan keluarga, mereka dipaksa berkahwin tanpa rela. Akan tetapi sebelum perkahwinan berlangsung, mereka telah menetapkan satu perjanjian selepas enam bulan berkahwin, mereka akan bercerai dan mengikut haluan masing².

Selepas itu, apakah yang akan berlaku ? Adakah mereka akan jatuh cinta ataupun terus membenci diantara satu sama lain dan seterusnya memutuskan untuk bercerai ? Jadi sekiranya anda ingin menetahui kebenarannya. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama ini yang akan dipaparkan bermula pada setiap hari selasa pukul 9 malam bermula 20 December ini.

Credit to : Anastasyea

Selamat menonton Drama Vanilla Coklat ini bersama keluarga!!! Saya tak pasti drama ni adaptasi daripada mana-mana novel atau bukan sebab rasanya semalam macam ada orang yang tweet kata cerita ni macam pernah dibaca dalam novel. Saya kurang pasti pulak.

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.