seo
Tag Archives: tips

5 Teknik Belajar Cara Songsang Lizarazak

2 Mar

At last, saya kembali menulis dalam blog cap ayam yang daku kasihi ini. Hehehe. Saya tidak kemana-mana, Cuma agak sibuk 3 hari ni. Alhamdulilah, proposal Master’s saya sudah 70% siap. So,mungkin hari ini saya akan habiskan masa jawab komen-komen korang naa. Hehehe.

I will read your blog too. Sorry, lambat sikit tapi macam biasa. InsyaAllah, saya akan tetap lawat blog korang. Cuma lambat atau cepatnya saja yang berubah.

Hari ini saya nak share something yang agak important untuk saya as student dan juga manusia biasa. Kalau korang mahu ambil dan setuju dengan tips saya, boleh guna. Kalau rasa merapu, nak komen pun boleh. I dunt mind pun. Ahaks!

Saya akui, saya bukan pelajar yang boleh korang contohi. Saya bukan spesies pelajar skema. Pelajar terbaik, lagilah jauh. Saya ada cara saya yang tersendiri bila belajar. Saya tidak suka meniru gaya kawan-kawan. Macam mana mereka belajar pun  saya tak suka nak ambil tau. Pada saya. Setiap orang ada cara tersendiri. Dan ini cara saya;-

1-      Bila diberikan tugasan, saya biasanya akan tumpukan perhatian pada instruction pensyarah dalam kelas. Even 90%  saya tidak tumpukan perhatian apa yang pensyarah merapu dalam kelas tentang topic, tapi biasanya hal assignment saya WAJIBKAN dengar dengan teliti. Alasannya, sebab saya tidak suka dengar daripada mulut kawan-kawan lain. Senonoh ke tak ek???hahaha

2-      Saya manusia “last minute” punya spesies. Saya akui fakta tuh. Bukan tuduhan.hahaha. Tapi, tak bermaksud saya tak ambil tahu kerja saya langsung dan macam cool sangat nak buat semuanya last minute. Biasanya, once saya dapat tugasan. Saya akan fahamkan objecktif tugasan tu. Next, sambil saya merapu mengarut dalam blog Lizarazak.com ni atau bercengkarama dengan Facebook atau belajar tentang hal blogging di blog bro Rohaizad..saya akan cari point-point penting untuk tugasan saya! Tak perlu skema, tapi perlu bijak sket kot naa.hehehe

3-     Alert dengan due date tugasan!! Bak kata mak, kalau nak belajar buat cara nak belajar. Jadi “slow” sesekali is ok tapi kalau hal-hal penting macam ni pun tak boleh nak catch up..susah jugak kan? Even saya macam pemalas (kehkehkeh), tapi saya tak fully sengal. Saya akan make sure semua date-date penting untuk tugasan saya ni, saya setkan reminder dalam handphone ok! Seriously, sangat membantu. Tapi, kalau saya kaya sikit..im sure will use PDA. Wakakaka

4-      Jangan kedekut ilmu. Jangan kedekut  dengan saya. Saya akan layan kawan-kawan saya sama rata. Tapi, ada juga antara kawan-kawan saya sangat-sangat kedekut hal belajar. Saya pelik. Pada saya, hal ilmu, tak perlu nak disorok. Tak perlu risau. Korang takkan rugi apa-apa kalau share each others. Hidup ni kena ada give and take actually. Mana mungkin saya tolong “kamu” kalau waktu saya perlukan your help, kamu mendiamkan diri. Kan? Saya TAKKAN kedekut pada orang yang tidak berkira dengan saya. Kalau ada, maksudnya “kamu” sudah kedekut dengan saya sebelum ini.  simple!

5-      Jangan fikir manusia “last minute” ni teruk sangat. Saya memang suka buat kerja last minute, tapi biasanya saya akan dapat apa yang saya nak untuk tugasan tu. Hormone saya macam berada pada tahap gila-gila bila kerja last minute.hahahaha. Kadang-kadang, kualiti kerja last minute saya ni lagi bagus kalau dibandingkan dengan kawan-kawan yang beriya sakan buat kerja awal. Nak tunjuk skema, tapi hasilnya…hmm. Next time, jangan sibuk-sibuk kutuk cara orang lain belajar yek!

Entry ini sengaja saya tulis sebab ada manusia yang SIBUK sungguh mengutuk cara saya belajar ye. Haiya. Gua tak kacau cara lu kan??? Im ok aje, tak ada lah tak siap kerja yang lecturer beri. Gelabah ayam sungguh :P

Stressed? 7 Ways to Keep Your Cool

23 Feb

Setiap manusia akan ada masa-masa stress melampau tahap cipan. Stress dengan kawan-kawan, stress dengan karenah parents yang tak habis-habis nak suruh buat itu ini, stress melayan bos yang berlagak macam tenuk, ada juga yang stress dengan diri sendiri. hahahaha.

Ada sesetengah orang, memang teror sangat untuk handle diri diorang bila tengah stress kan. Saya? Oh, saya berada ditengah-tengah. Saya jarang terlalu emosional kalau tengah stress. Rasanya tak dapat apa pun nak emo-emo kan? Tak ada guna pun kalau nak marah-marah orang lain.

Kalau korang jenis tak tahu nak handle stress ni, boleh jadi parah. Mana tak nya, diri sendiri yang stress…orang keliling pulak jadi mangsa kan? Banyak cantik woo. hohohoho. So, disebabkan saya macam tak larat dah nak sambung proposal ni..jadi rasanya lebih baik saya share tip-tip sengal yang saya guna bila tengah stress tingkat 8. Sengal-sengal pun tetap cool babe.ahaks!

1) conteng kertas

Entah lah ek. Habit saya ni memang dari kecik lagi. Asal saya stress belajar aje, saya akan cepat-cepat cari pen or pensel. Once dah dapat tuh, saya akan biarkan aje tangan saya bergerak n tulis apa saja. Kalau time insaf, tangan saya akan tiba-tiba aja conteng dalam tulisan jawi. muahahaha. Kalau mood syaitonirajim, jenis tulisan yang sukar difahami oleh saya sendiri. hahahaha. But, its works tau! Kiranya, kertas tu macam virtual friend lah. Tempah curahan perasaan.wakakaka!

2)  Tulis diari

Orang kata, siapa yang menulis diari maksudnya dia tu jenis manusia yang sentimental. Saya tak setuju sama sekali. Saya rasa, saya suka juga tulis diari tapi saya bukan sentimental tapi ada masa, saya mental kalau dah stress sangat. ahahaha. Cuma, saya tak suka menulis diari dalam buku diari. Rasa macam kanak-kanak ribena (pendapat saya saja). Saya biasanya akan tulis diari dalam komputer saya. Paling best, tajuk file saya tu tidak akan sama dengan perasaan saya. Saya tak main tulis nama fail “hati terluka 1″ tetapi saya agak kreatif dengan memberi nama fail “Surah Al-Imran”. Ini soal psikologi. Tak ramai rasanya kawan-kawan saya akan sibuk-sibuk nak buka fail dengan nama ni kan?????? cheer :P

3)  Makan buah limau

Ini antara tips paling cool pada saya. Nak tahu kenapa? Sebabnya, setiap kali saya makan limau tuh..saya akan buat aksi macam penuh suka ria. Saya akan kupas buah limau tu dan kemudian saya akan makan satu persatu ulas limau tu dengan memuncungkan mulut depan sesiapa saja depan saya. Mereka akan nampak saya macam saya tengah cool giler, hakikatnya saya tengah cuba melupakan masalah-masalah “stupid” keliling yang bikin saya stress!

4)  Buat kajian pada handphone

Cara ni pun best jugak pada saya. Maybe sebab saya ni orang teknologi barangkali. wakakaka! Biasanya, bila saya tengah stress belajar atau bergaduh dengan kawan-kawan..saya akan tekan-tekan punat handphone saya. Setiap menu yang ada, saya kaji. Lama-lama tumpuan saya beralih pada masalah handphone dan bukannya hal-hal lain. wakakaka! Ini strategi untuk melupakan masalah dengan cari masalah baru. kahkahkah

5)  Bercakap-cakap dengan kucing

Alah, maybe korang pun tahu kan? Saya peminat kucing. In fact, semua binatang sebenarnya saya suka. So, apalah gunanya ada kucing sampai 8 ekor kat dalam rumah kan? Daripada dok stress, dok marah-marah tak tentu pasal..ada baiknya saya becakap dengan kucing. hahaha. Nampak macam perbuatan stupid, tapi saya percaya kucing tu kekasih nabi. Ada something dalam diri kucing yang boleh buat saya tenang giler woo…. huhuhuhuhu

6) Makan coklat!!!!

Takut gemuk? Alah, lupakan sekejap soal diet apa salahnya. Sesekali makan coklat best woo. Rasanya, semua dah tahu yang coklat ni penawar stress. Kalau saya stress time belajar, saya akan cari kitkat. ahaks! Maybe sebab saya tergoda dengan iklan kat TV kot naa? rehat sebentar bersama KITKAT :p

7) Buat to-do list.

Tips ni saya dapat daripada seorang kenalan baru. Beliau kata, salah satu punca kenapa kita selalu stress ni adalah disebabkan tiada perancangan! Yeah, saya setuju da saya akui silap saya tuh. In fact, saya selalu buat kerja last minute. Buruk gila perangai tapi dah itu cara saya. Bila stress, buat-buatlah macam cool ka?wakakaka!!! So, sebaiknya korang senaraikan kerja mana yang perlu korang lakukan dulu. Mana yang penting, letakkan di atas dan fokuskan untuk buat yang itu dulu. Barulah tak stress dengan dateline kan?????? gegegege

Hmm, oklah cukup 7 saja kot tips sengal daripada saya. Kalau korang nak ikut, silalah mengerti yang apa-apa kemungkinan selepas itu adalah tanggungjawab sendiri yek. kehkekeh. Cheers!

p/s: Saya masih berhutang dengan saudara Denaihati untuk menulis tentang keputusan contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Alhamdulilah, blog Lizarazak.com dapat tersenarai sebagai salah seorang pemenang. Oh rezeki..huhuhuhu

Masalah Hanya Episod Drama Tentang Kita

11 Feb

Kita adalah seperti apa yang kita lihat dan bagaimana kita fikir. Kalau positif yang kita mahukan, kita akan usaha untuk sampai ke situ. Kalau negative yang kita bayangkan, begitulah sudahnya. Tiada siapa yang dapat merubah diri kita, selain kita sendiri.

Empunya hati.

Sejujurnya, saya manusia yang tidak pernah fikirkan apa pandangan orang lain tentang diri saya. Mungkin agak “selfish” di situ tentang saya. Bak kata mak, setiap manusia ada perangai semulajadi. Rejamlah dengan apa sekalipun, memang begitulah sifatnya. Ahaks.

Cara saya cukup simple. Saya akan jadi diri saya sendiri, kecuali perkara itu melibatkan keluarga. Apa yang korang fikir tentang saya selepas itu, terpulang. Kalau selesa dengan cara saya, silakan berkawan. Kalau sebaliknya, pergilah cepat-cepat.

Agak terkejut bila dalam diam, karakter saya diperhatikan.

Saya seorang pendengar. Saya akan mendengar masalah teman-teman jika mereka mahu. Saya tidak akan bertanya apa masalah mereka selagi mereka sendiri yang tidak mulakan. Bukan semua suka berkongsi masalah. Karakter inilah  yang teman saya pertikaikan. Hahaha.

Selepas selesai sesi curhat, (curahan hati in indonesian) teman saya beri soalan cepu emas. “ kenapa kau macam tak ada masalah je? Tengah bahagia ke?”

Saya sekadar gelak syaitonnirajim ketika itu :P

Dipendekkan cerita yang agak panjang. Teman saya mahu tahu rahsia. Rahsia yang bukan rahsia sebenarnya. Ini hanya soal bagaimana saya handle masalah dalam life yang tidak mungkin sempurna.

Simple.  Tidak susah mana kalau kita semua ingat dan berpegang bahawa masalah kan datangnya dari Allah.

Untuk muslim, kita diajar tentang qada’ dan qadar Tuhan. Kita tak boleh lari. Hidup ibarat roda, sekejap di atas kemudian kita akan ke bawah semula dan begitulah saban hari hingga roda itu .

Hidup kita pun macam tu. Semua manusia ada masalah. Selagi kita bernyawa, selagi itu kita akan mendapat masalah. Cool kan? Hahaha.

Kita boleh mengeluh kalau ditimpa masalah. Itu normal dan kita bukanlah nabi woo. Cuma, jangan sesekali patah semangat. Kita boleh bersedih, tapi jangan bawa kesedihan tu sampai merosakkan hidup kita. Kalau kita rasa kehilangan, cepat-cepat kita ingat yang kita  masih ada Allah. Tuhan takkan pernah tinggalkan kita kan?

Saya pernah hilang ayah tersayang. Saya pernah ditinggalkan lelaki, saya pernah ditikam oleh kawan baik saya sendiri, saya pernah rasa diri macam sampah. Tapi, saya cepat-cepat buka mata hati.

Mata hati dan bukan mata saja ye. Ahahahaha.

Hidup kita cara kita. Kalau mahu bahagia, cari cara untuk ke situ. Saya sentiasa mahu bahagia. Saya punya keluarga, walau tidak selengkap keluarga orang lain yang punya ayah. Saya terlalu bahagia walau tidak punya kakak untuk berkongsi masalah.

Ah, masalah itu hanya episode cerita. Habis satu  episode, akan datang episode baru. Cheers!

p/s: Entry ini saya tujukan khas untk diri sendiri dan untuk teman yang selalu memuji saya kononnya saya tidak punya masalah. Hahahaha. Gua ada masalah juga woo tapi  selalu buat bodoh. gegegege

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.