seo
Tag Archives: tips

Perlu Ke Nak Tahu Sama Ada Orang Keliling Kita Sayang Pada Kita Atau Tak?

28 Jun

Perlu ke kita nak tahu samada orang keliling kita sayang pada kita ke tak? Apa pendapat korang ek? Semua orang, im sure nak and akan happy kalau orang keliling suka, selesa and sayang pada diri mereka. Mesti rasa macam dihargai. Kan? Tapi, kadang-kadang saya fikir, perlu sangat ke nak suruh orang yang kita sayang tu balas sayang kita balik pada kita. Hmm.

Kalau saya perlu jawab isu ini, saya akan jawab -tak perlu.

Itu jawapan saya. Jawapan jujur saya. Kenapa? Tak percaya? Suka hati . Terpulanglah. Cuma, pada saya tak perlu nak harapkan kasih sayang orang sangat. Kecuali, Allah dan kedua ibu bapa. hehehe. Insan-insan lain, bukan saya kata tidak perlukan kasih sayang mereka.

Cuma, kurang perlu sebab sejauh mana sayang mereka tu pun saya tidak tahu. Kalau kasih sayang Allah dan parent tu sah-sahlah kekal kan?

Sebab itu, saya kata. Saya tak perlu tahu samada orang keliling saya ni sayang pada saya ke tidak. Buang masa dan tak kuasa saya nak perasan. Saya pegang 1 prinsip tentang kasih sayang ni. Bila kita sayangkan someone tu seiklhlas hati, sebenarnya kita tak perlu nak harapkan orang itu untuk sayangkan diri kita balik.

Mak saya kata, kasih sayang macam ini baru ada keberkatan. Mak saya katalah tapi yang ini saya pegang dan saya percaya.

Itu pendapat sayalah dan pegangan saya. Lain orang, lain cara. Lain pendapat saya, lain jugalah pendapat korang masing-masing. Kita kan berbeza-beza. kan? Mungkin, antara korang yang tak sependapat dengan saya tentang isu ini. Well, bukan perkara baru pun.hehehehe.

Mungkin, ada antara korang yang cakap gila apa kalau kita sayang orang mati-matian tapi dapat tahu orang tu tak sayang kita pun sebenarnya! Memang gila dan orang gila saja yang tak akan geram kalau jadi macam ni kat diri sendiri. Im sure, semua akan kecewa kan kalau dalam situasi macam ni.

Atas alasan itulah, saya menyarankan korang tak payah nak mengada-ngada mengharapkan sangat kasih sayang orang lain kat diri korang. Boleh saya paksa macam tu tak? wakakaka! Oklah, sebenarnya. Apa yang saya nak cakap is kita ni hidup tak payah nak menyusahkan diri sendiri.

Jalani hidup dengan tenang. Jangan cari masalah. Biar masalah datang sendiri. muahaha!

Ok. Serious balik. For me, the reason why saya tak berminat nak tahu samada orang yang saya sayang tu sayangkan diri saya atau tidak adalah kerana tidak mahu terlalu berharap dengan orang itu. Itu aja alasan saya.Simple. Iya lah, kita fikir secara logik akal.

Memang sakit kalau ada insan yang kita sayang, kita ikhlas dengan dia, kita ada niat nak jaga dia dan bersama-sama dia waktu susah senang, tiba-tiba bila kita tanya face to face pada dia sendiri samada sayang kita atau tidak dan reaksinya NEGATIF. Jangan fikir hati manusia ni semua sama dengan hati kita ye kawan-kawan ;)

Erk. kalau manusia normal, im sure hati macam kena gilis dengan keretapi kan?

Kecewa beb. So, tak payah lah nak ask sangat hal kasih sayang ni. Lagi satu, tak perlu nak buat strategi merepek macam kawan-kawan saya. Sibuk sangat nak tahu sejauh mana pasangan diorang sayang kat diorang, sampai sanggup menyamar jadi orang lain dah try mengurat. Huwaa!

I called them manusia psiko! Serious ar wei.

Tak perlulah nak buat kerja bodoh tu. Eh, sorry ek kalau ada yang terasa. Saya terpaksa guna ayat bodoh neh. Terpaksa sebab tak ada ayat lain yang lebih sesuai. weee. Tapi betul kan? Menyusahkan diri sendiri. If positif, then oklah. Bayangkan kalau negatif, wallawwe! Menangis air mata lumpur jawabnya.

So, tak payahla nak amik tahu sangat kot orang sayang kita ke tidak.

Kalau saya. Cukup saya tahu, siapa insan yang saya sayang. Bila saya kata insan, bukan bermaksud bakal suami saya saja ya. Insan tu manusia-manusia yang saya yakin Tuhan dah berikan dia as “special present” for me dalam dunia neh. Jadi, i will love them seikhlas hati. Soal mereka sayang atau tidak pada saya, bukan urusan saya.

Itu kata saya. Apa kata anda?

Ini Caranya Kalau Perlu Deal Dengan Spesies Rude People. Cool Babe!

15 Apr

Dalam dunia ni, ada 1001 macam perangai manusia. In fact, 1001 tu hanya omong kosong. Padahal, lebih daripada tu perangai manusia ni. Cuma, nasib-nasiblah kan nasib kita nak kena deal dengan manusia yang macam mana. Kalau kena yang ok, then syukurlah. Tapi, kalau kena yang buruk perangai. Pergh, menyirap beb!

Kali ni, saya cuma nak fokus pada 1 aja perangai jelek manusia ni. Itu pun sebab saya baru je deal ngan spesies manusia macam ni. Teng teng teng, ok perangai jelek terpilik kali ini adalah manusia yang berperangai sungguh RUDE. Hmmm. Psiko lah ada kawan macam ni. Boring sungguh. Nasib badan.

Tapi tak apa, setiap masalah ada cara nak deal with kan? Dah alang-alang saya kena dan tahulah serba sikit camna cara nak deal dengan manusia spesies mangkuk ayun ni, meh lah saya share sikit dengan you all naa. Mau ka? Tak nak tak apa, tapi saya nak bagi jugak! wahahaha. Dan inilah tips yang saya guna selama ini bila berdepan dengan manusia spesies RUDE;- dipersembahkan. hahaha

1- Sabar dan buat muka cool  sentiasa

Mak saya pernah pesan, kalau orang buat apa-apa dekat kita kecuali nak bunuh kita (yang ni jangan buat sengal pulak kan.hehehe) tips penting adalah dengan tunjuk muka kita yang tenang-tenang ayam. Ayam kalau nak qada’ hajat kan muka dia tenang kan? hah, macam tu lah. Buat muka cool sentiasa. hahahaha. Tricks kat sini adalah untuk untuk psiko orang yang RUDE tu. Biar dia rasa macam usaha dia gagal nak buat hati kita sakit (walau pun dalam hati dah macam batu bata retak 101 bahagian)

2- Biarkan dia bercakap sampai kering tekak

Biasanya, orang yang RUDE ni takkan nak bercakap dengan nada yang lemah gemalai. In fact, takkan lembut punya lah. Mereka ni, terdiri daripada manusia yang suka cari publisiti murahan macam dekat pasar malam tuh. Lagi kuat suara, lagi hebatlah kononnya mereka ni. So, biarkan saja mereka membebel dan memaki hamun kita. Mustahil lah diorang nak tahan sampai 24 jam kan? Paling lama pun, 1 jam. So, apa nak kisah. Kerja kita cuma duduk depan mereka dan angguk kan kepala mahu. If rasa nak perdajal sikit. amik surah yasin. Tengok reaksi diorang macam mana.  Tapi, saya kerek sikit. Kurang baik lah katakan. Saya biasa amik komik Ujang or apa-apa komik aja. kehkehkeh

3- Jangan membidas apa dia cakap. Tunggu dulu!

Orang RUDE ni pelik sikit. Dah nama pun RUDE. Memang kurang asam jawa sikit. Diaorang ni suka nak tunjuk mereka hebat membidas. Jadi, lebih elok kalau kita jangan layan pada waktu yang sama. Simpan dulu apa yang kita nak jawab nanti dalam kepala otak. Kalau nak sadis sikit, bukak buka 555 depan diorang dan catit points yang diorang sembur kat korang tu dalam buku tuh. Im sure manusia RUDE ni rasa nak gelak guling-guling dalam hempedu cuma kena control macho. wahahahaha

4- Tenung mata dia

Hehehehe. Tricks ni adalah untuk buat manusia RUDE ni rasa macam hilang rasa konpiden nak berkurang ajar dengan kadar lebih lama. wahahaha. Tips ni best kalau korang teror buat renungan mata yang menusuk kalbu. sure orang tu macam tak tentu arah. Orang RUDE ni taklah berani pun. Tenung lama-lama mata dia sambil buat kerut-kerut pada dahi seirama dengan itonasi RUDE dia. hehehe.

5- Tunjukkan kematangan kita dan serlahkan kesengalan (kebodohan senang cerita) mereka

Beb, orang kata. Untuk kelihatan bijak tidak semestinya dengan petah berkata-kata. Ada masa, diam tu lebih baik dan boleh tunjukkan betapa matangnya diri kita. Bukan matang untuk dapat lesen kahwin muda ye. ahaks! Orang RUDE ni sebenarnya kurang bijak dan kurang matang. Mereka bercakap membabi buta. Jadi, kalau kita sama-sama nak lawan macam mereka..maka samalah kita macam mereka!

6- Penutupan adegan, basuh habis-habisan

Sorry. Tips yang last ni saya tak encourage korang buat naa. Buat kalau rasa perlu aja. wahahaha. Ok, tips last adalah dengan bila selesai part si RUDE tu punya turn dengan habis semua makian dan caian dia beri pada kita, dah habis dia beri ceramah macam bagus depan kita, dan bila dia dah rasa penat. Maka, boleh lah kita pulak balasan dengan jawab semua tuduhan-tuduhan macam bagus dia pada kita tadi pulak. Sebelum tu, make sure cakap “dah habis cakap dah? Turn aku lak”. dan balasa dengan PENUH ADAB SOPAN. Ok? hehehehe

p/s: Maybe apa yang saya berikan ni looks so simple lah. Korang akan rasa macam boleh ke buat macam ni…Entah, tapi yang pastinya saya buat aja! Ada rezeki, menjadi. If tak, saya try lain kali. wahahaha. Cool babeb ;)

Page Rank dan Alexa. Blog Korang Di Takuk Mana?

4 Apr

Page Rank sudah updated. Alhamdulilah, blog cap ayam ni naik 1 tangga daripada Page Rank 2 kepada Page Rank 3. Lawak jugak, tak sia-sia baca dan jadi pengikut setia bro Rohaizad. Adalah jugak perubahan dalam dunia blogging yang main lama makin mabeles ni.hehehe

Oh, syukurlah even baru PR3.hahaha

Dapat info pasal Page Rank yang dah di”updated” ni pun daripada blog Rohaizad. Berapa Page Rank Rohaizad tu? Hok olah, blogger tegar tu sure lah lagi ligat woo. Rasanya blog Rohaizad.com tu bukan satu-satunya blog beliau.hehehe. Im sure ada blog lain yang Page Rank dia jauh meninggalkan daku.wahahaha. Tepuk tangan sama-sama.

Rasa seronok juga bila Page Rank untuk blog cap ayam ni naik setapak. Betul orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Rajin usaha, adalah hasilnya nanti. Saya tak kisah, biarpun Page Rank tak sebehat blog-blog kelas atasan pilihan saya pun tak apa.

Masing-masing ada rezeki sendiri. Lebih usasah, lebihlah hasilnya.hehehe

Dengar cerita, blog Nazrien.com pun sudah naik setapak lagi. Kalau dulu, dengan Page Rank 3. Pagi tadi saya terbaca status twitter beliau dan nampak gembira sangat dia. Beb, website dia dah Page Rank 4 woo. Tahniah! * Kau rajin dan sangat kreatif dalam setiap penulisan kau. Good luck ye!

Entri terbaru bro Rohaizad ada mentioned jugak tentang tips untuk sesi kejar-mengejar dalam Alexa. hehehehe. Saya teruja baca entri tersebut. Jauh sungguh blog saya ketinggalan dengan blog Rohaizad.wakakaka. Kalau tak percaya, boleh baca entri tersebut di sini.

Saya kuatkan juga hati nak check  Alexa blog cap ayam ni. Tak kisahlah. Kita kena terima kenyataan dalam hidup.muahaha. Inilah hasil usaha saya selama ni. Gwe redha jugaklah.

p/s: Saya teringin nak ada PR7. Macam mana?hahahaha *Joke lah yek

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.