seo
Tag Archives: tips

Tips Menulis: Masa, Idea dan Mood!

26 Sep

Blogger hanya penulis di dalam blog dan bukannya robot. Kadang-kadang, idea ada tapi mood tak ada pun susah juga. Kan? Mood ni bukan boleh kita paksa-paksa. Pada saya, perkara macam ni biasa. Kita manusia, perlukan masa rehat.

Kalau perasan, hari Jumaat dan Sabtu baru ni saya langsung tak update blog Lizarazak.com ni. Entry terakhir dalam blog ni ialah informasi berkenaan Jadual Peperiksaan PMR 2011 untuk rujukan adik-adik kita. Sebenarnya, saya sengaja tak update.

Jadi blogger perlukan masa rehat. Bila kita menulis, kita berfikir. Lainlah kalau saya menulis entry copy paste. Memanglah senang kerja tapi saya tak nak jadi blogger yang tak ada etika macam tu. Saya minat menulis. Even, kalau saya buat review filem atau drama-drama tv sekalipun. Saya tak akan copy paste kecuali sinopsis je lah.

Pada saya, seorang penulis akan dapat kepuasan bila dia dapat menulis dan bukan mencuri hasl tulisan orang. ahaks!! Berbeza tahu perasaan dia! hehehe.

Blogger kerjanya menulis. Menulis perlukan masa dan idea. Sebab itu kita kena rancang betul-betul bila waktu yang sesuai untuk kita menulis entry, kena cari betul-betul waktu yang kita rasa akan dapat menulis dengan baik dan waktu tulah idea kita kemungkinan akan datang mencurah-curah. wahahaha!!

Bukan main tembak je tau nak jadi penulis ni. Macam saya, biasanya saya akan menulis entry sebelum tidur (2 pagi – 3 pagi) sebab saya tahu waktu ini idea saya akan datang macam air terjun. kahkahkah!!! Alasan? Sebab semua orang dah tidur dan tak ada gangguan bunyi bising.

Sebenarnya, setiap orang ada cara dia. Ada yang suka bising. Ada yan tidak. Tapi, jaranglah saya dengar penulis suka menulis waktu bising. kahkahkah!!! Ok, 2 perkara yang penting. masa dan idea. Lagi 1, ini pun penting juga. Mood menulis!

Pergh. Ini paling kritikal. Korang tak akan boleh update blog kalau tak ada mood nak menulis kan? Setuju tak? penulis ni, biasanya dia tak ada masalah menulis tapi bila mood dia hilang…selamat jalan romeo lah blog! hahahaha.

Tapi, jangan risau. Bukan perkara peliklah pada blogger. Blogger memang perlukan masa rehat! Jangan paksakan sangat diri tu nak update blog sebab risaukan trafik jatuh. Alahai, jangan sampai jadi hamba blog ok. Bahaya! Unless, korang memang full time blogger dan 100% income dari situ. Maybe bolehlah paksa-paksa diri sikit kot.hehehehe

Jangan paksakan diri sangat. Kalau rasa tak ada mood, berehatlah sekejap. Tapi, jangan lama-lama sangat. Tengok macam saya. 2 hari bercuti menulis ok apa!!wakakakaka!!! Now, dah rasa segar bugar balik nak ngadap dashboard. ahaks!!!

Rasa lebih semangat nak menulis!!! wehoooo!!! So, to bloggers jangan lupa rehatkan otak jika perlu. Kita manusia dan bukan robot. ngeh!! Good luck semua! Korang dah register untuk join Denaihati Blog Directory belum? Cepat-cepat buat now! Lagi cepat join, lagi cepat dapat faedah ;)

p/s: Dengar cerita, Filem KL Gangster 2 dah nak mulakan pengambaran!! hebat hebat

p/s/s: Ramai pulak request nak tahu prestasi innity saya ek? Agak-agak innity lagi hebat ke nuffnang? hahahaha!! Nanti sya update ok

Tips SEO Kategori Wajib Buat

11 Aug

tips seo

Ini sumber trafik blog Lizarazak.com

Tips SEO version Lizarazak.com ni tak lah hebat macam blogger otai lain. Tips SEO yang saya nak beri, mungkin sesuai dan mungkin tak untuk korang apply. Tips SEO ini, saya memang guna sepanjang saya menjadi blogger picisan.

Detik Rasullullah SAW Menghadapi Sakaratulmaut

So, minta maaflah kalau korang ikut Tips SEO saya ni tapi tak dapat juga tarik trafik daripada search engine ya. hahahaha!!! Ok, saya rajin nak buat entry ni sebab nak bagi motivasi dekat diri sendiri jugalah untuk terus berblogging.

Saya lupakan sekejap dunia Twitter, Facebook. Kadang-kadang laman social ni melalaikan saya juga. adoi!!!! hahahaha!!! Saya fokus untuk tulis entry Tips SEO ni just for korang. Chewah!!! Jangan nak percaya. wakaka! Ok, jom ikut apa yang saya buat. Nasiblah kalau tak jadi!!

TIPS SEO KATEGORI WAJIB BUAT

1. Title dan Meta Tag. Ini penting!


Kalau korang guna WordPress, senang! Korang boleh install plugin je. Blog saya guna plugin All In One SEO Pack. Ada macam-macam lagi, pilih jelah dekat senarai plugin yang ada ok. Tapi, kalau korang pengguna blogspot. Korang boleh copy paste code di bawah ni dalam html. Tapi, saya tak tunjuklah ye sebab saya tak guna blogspot dah.

<TITLE>Title Web Anda</TITLE>
<META NAME="Keywords" CONTENT="keyword1, keyword2, keyword3">
<META NAME="Description" CONTENT="Selamat Datang Ke Web Saya">

2. Masukkan Target keyword dalam Tajuk Entri

Ini memang saya buat. Tapi, kadang-kadang tak boleh buat juga sebab macam paksa sangat nak keyword sampai tajuk jadi entah apa-apa! hahaha. Tapi, sebolehnya cubalah buat kalau korang bijak karang tajuk dengan keyword tu.

3. Ulang Target Keyword Dalam Entri Dengan Kerap

Kerap memang kerap, tapi jangan over lah. Apa yang saya buat, saya akan ulang targey keyword saya tu sekali dalam setiap perenggan. Jangan over, nanti Search Engine marah. wakakakaka!!!

4. Linkkan content Ke blog/website yang memang dah “power” kedudukannya di Search Engine

Katakan target keyword saya Tahajjud Cinta. Jadi, saya akan google keyword ni dan mana-mana blog/website yang ada tajuk entry berkenaan di kedudukan pertama, kedua dan ketiga saya akan cuba linkkan. Cubalah!!

5. Linkkan Dengan Entry Lama di Blog Kita

Yang ini saya memang buat. Ini teknik Internal link. Kena pandai buat ayat sesuai, then cari post-post lama yang berkaitan. Link kan!!!

Ok, itu je yang saya boleh share setakat ni. Tak adalah apa sangat kot tips SEO saya ni sebab ini kira tips basic atau dengan kata lain wajib buat. So, memang otai SEO akan gelak if baca. hahahaha!! Tapi, saya assume ada antara readers saya yang tak tahu lagi. Jadi, saya share. ok, bye!!!


10 Pantang Dalam Persahabatan

3 Jan

Bukan senang nak dapatkan someone yang kita boleh panggil dia “sahabat”. Serious, susah. Sepanjang hidup saya selama 26 tahun ni, saya akui lah. Memang dah bosan nak cari siapa yang sesuai to be my bestfriend. Belum ada 1 orang pun yang sesuai dengan saya setakat ni. Biasalah,permata memang susah sikit nak cari kan? hahahaha!

Tapi, tajuk kali ni saya bukan nak share hal cerita-cerita tak best saya dengan manusia yang “konon-konon” berjanji jadi sahabat saya suatu masa dulu. Malas saya ok. Muahaha! Cerita lama, saya dah buang jauh-jauh. Lantaklah. Tapi, kali ni saya nak share dengan korang yang dah ada sahabat aka kawan baik sejati. Yang tak berapa nak sejati, pun boleh ikut!!!hahahahaha.

Pantang ni, bukan saja untuk orang-orang lepas bersalin ok. Dalam persahabatan pun mesti ada pantang larangnya cuma maybe kita je yang amik remeh. Tapi, tak apa. Kali ni, saya bukak kan sikit mata hati korang. So, at least kalau-kalau ada yang tengah ada problem ke dengan sahabat korang…bolehlah fikir-fikirkan. Kot-kot ada terlanggar pantang dalam persabahatan ni!!! Kan??? So, check it out.

1. Mendesak

Even si dia tu sahabat kita, kita tak boleh terus menerus mendesak dia untuk ikut je kehendak kita. Hello, masing-masing ada hak ok untuk buat keputusan sendiri. Beri kebebasan pada sahabat kita babe!!! Kalau tak, dia boring.

2. Pentingkan diri sendiri

Hmm, ini pantang yang sangat-sangat penting dalam persahabatan. Elakkan mementingkan diri sendiri all the time. Kalau kita ada masalah, kita share dengan sahabat kita dan dia bersungguh-sungguh menjadi pendengar yang baik dan cuba yang terbak untuk tolong kita…jangan pulak time sahabat kita SUSAH, kita acuh tak acuh je melayan. Tak baik ok!!!

3. Tidak jujur

Yang ini, bukan saja dengan sahabat…in fact dengan semua orang sepatutnya kita amalkan sifat jujur ni. Tapi, sometimes kalau dengan orang yang kita tak berapa nak rapat,maybe susah sikit kita nak berlaku jujur kan? Ok, tak apalah kalau macam tu cuma kalau boleh dengan sahabat kita…try the best to bersikap jujur dengan dia. Jangan menipu sahabat sendiri. Kalau betul ikhlas dalam persahabatan, kena belajar jadi jujur!

4. HIPOKRIT

sengaja saya besarkan font.hahahahaha!!! HIPOKRIT tu adik beradik dengan plastik ok. Oh no, sila jangan jadi plastik dengan sahabat sendiri. Kalau rasa-rasa korang ni berplastik dengan sahabat korang now, hmmm…bawak-bawaklah berubah ok!!!

5. Mulut celupar

Ok. Pantang yang ini pulak more to adab between kita dengan sabahat lah. Even rapat sekalipun, mesti tahu adab. Ada limit jugak kalau bergurau senda. Kita perlu bezakan mulut celupar dengan mulut slumber ok kawan-kawan semua. Orang mulut celupar ni, dia bercakap beserta dengan maksud. Tapi, kalau orang mulut slumber ni…dia sebut perkataan tu saja suka-suka. Even perkataan tu berbaur mencarut sekalipun. Kena pandai bezakan dan kena tahulah sahabat tu jenisnya macam mana. Jangan main sembur je, kang ada yang terguris hati pulak!!!

6. Mengungkit kesalahan lepas

Jangan sesekali ungkit perkara-perkara lepas. Kalau benda baik, tak apa lah. Tapi, kalau perkara tu sah-sah tak best contohnya kita pernah beri sahabat kita tu pinjam wang or barang ke…atau ungkit yang dulu masa dia susah,kita bersusah payah tolong dia…Eh, tak elok ok!!! No no…buat keadaan tambah teruk je nanti!

7. CEMBURU

Yang ini pun saya guna tulisan besar.hahahaha!!! A’ah. CEMBURU ni penyakit paling bahaya dalam apa-apa perhubungan sekalipun sebenarnya. Jangan ingat CEMBURU ni berlaku between pasangan kekasih je tau. Dalam persabahatan pun selalu juga. Biasalah, manusia kan…dah lumrah. Mana boleh tengok orang lain lebih sikit daripada dia. Tapi, kita kena pandai control dan belajar untuk buang sifat CEMBURU ini woo!!!!

8. Tikam kawan dari belakang

Babe, kalau korang perasan yang sahabat korang ni buat perangai keji ni…apa kata korang buang je dia jauh-jauh.hahahaha!!! Ok, jahat kan saya??? Yelah. Tak baik tau kalau tikam kawan kita sendiri. Jangan sebabkan cemburu atau apa sajalah dengan sahabat sendiri…korang tika kawan korang dari belakang. Depan buat muka malaikat..tapi hakikatnya belakang…Allah je yang tahu. haih!!

9. Mengongkong

Even kita dan sahabat sangat rapat, tapi tak bermaksud kita ada hak untuk mengongkong sahabat kita tu daripada buat apa yang dia suka ok. Takkkan kita nak suruh sahabat kita tu 24 jam bersama dengan kita je kan… Hello, manusia perlukan kebebasan. Sebenarnya, manusia ni..lagi kita kongkong buat itu ini, lagi kuat diorang memberontak dalam hati. Lama-lama, kalau dibiarkan..boleh jadi parah wooo!!!!

10. Copycat!!!

Hello manusia-manusia semua di pelusuk dunia….kikikikiki!!! Sila jangan amalkan perangai suka copycat ni ok. Even korang dengan sahabat tu rapat kaw-kaw sekalipun..kena ingat yek. Sahabat tu bukan kembar kita. Kalau kembar pun, belum tentu suka kalau semua benda kita nak tiru dia.. inikan pulak sahabat. Maybe boleh sama lah,tapi jangan copycat 100%. Kalau yek pun dia cakap tak kisah, tapi kena fikir logiklah kan…unless sahabat kita tu menangis hentak kaki suruh kita tiru dia.bahahahahaha!!!!

p/s:  Oklah, penat dah mengarut ni. Ok, mengarut ye kawan-kawan. Jadi, kalau nak follow tips ni sila fikir 1000 kali.wakakakaka!!!! Have fun with your bestfriends!!! Bye

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.