Pengalaman Temuduga Pegawai Penguatkuasa N41

Pengalaman temuduga Pengawai Penguatkuasa N41 memang 1 pengalaman yang agak nightmare pernah saya lalui. Why? Sebab itulah kali pertama saya ditemuduga sendiri oleh pihak SPA. Haruslah nightmare!

Sebenarnya saya macam ala-ala terpaksa juga untuk cuba apply  pengawai penguatkuasa N41 ni. hahaha! Ikutkan memang tak nak pun sebab malaslah bab nak kena transfer negeri ni. Kalau dapat Sabah atau Sarawak memang meraunglah. Jauh kedaung. Kerja pun agak berisiko tinggi untuk dapat ugutan itu ini.

Tapi, dipendekkan cerita saya cuba juga apply dan selepas 1001 onak duri (tipu) saya pun dipanggil untuk jalani ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan ni bulan Disember yang lepas. Sebenarnya saya tahu dah yang saya akan GAGAL sebab pakai cermin mata. hahahaha! Tapi, sebagai calon sedang berkhidmat, saya pergi juga dan memang “diluluskan” pun dan terus proceed untuk temuduga pada keesokkan harinya.

Tapi, kalau ada yang tanya saya pengalaman pergi ujian kecergasan untuk jawatan ni, apa yang saya boleh katakan ialah anda perlu berlaku JUJUR pada waktu kejadian ya. Mana yang memang sah-sah rabun, jangan gatal pakai contact lens dan cuba menipu sebab mereka akan berlaku sangat kejam (hehehehe) dengan suruh semua calon yang berjaya untuk jalani ujian mata tu buat senaman mata.

Kena gosok dan tonyoh mata tu. Cuma pada peringkat ni, ikut luck jugaklah. Ada je calon yang main tipu, tak tonyoh pun mata tu betul-betul. Ada jugak calon yang cuba hafal huruf-huruf pada kertas tu tapi lupakanlah hasrat sebab tukang uji tu dah berpengalaman 20tahun. Mereka akan soal secara rawak je.

Ok, cakap pulak pengalaman ditemuduga untuk jawatan pegawai penguatkuasa N41 ni dengan orang atasan SPA dan penguatkuasa sendiri. Nasihat saya, sila pastikan ilmu berkenaan akta-akta pencatutan tu anda dah teror, bab ops titik bagai pun anda mesti tahu, dan kalau anda betul nak jawatan ni, sila baca dan hafal angka-angka dengan jayanya sebab mereka maybe tanya soalan macam ni “berapa nilai rampasan pada tahun lepas?”.

Saya memang tak kuasa jawab soalan merepek macam tu. Pada saya, soalan macam tu sebenarnya soalan memang nak menggagalkan calon. Mereka dah ada calon untuk diserap sebenarnya. Cakaplah saya fitnah tapi hakikatnya memang macam tulah pun kalau nak dapat jawatan kerajaan. kahkahkah! bye

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts