Gaya Penulisan Blogger Dan Personaliti In Real Life
6 Nov
Happy Deepavali untuk semua rakyat Malaysia yang menyambutnya ok! Main mercun hati-hati. Jangan masuk hospital pulak nanti. Menyesal tak sudah je nanti.hahaha! Berpada-pada lah kan main mercun tu. Tapi, memang happening lah dekat kawasan rumah saya ni. Bunyi mercun non-stop ok daripada tadi. Yay!!!!!
Cukup cerita Deepavali. Hmm, kali ni saya nak ajak korang fikir-fikir dan share dengan we all semua dekat sini hal topik “betul ke gaya penulisan dalam blog mencerminkan peribadi penulisnya”. Nak tak? Jom jom!!! Iyelah. selalu sangat saya dengar orang cakap, komen sana sini. Katanya, gaya penulisan kita dalam blog ni boleh beritahu pembaca blog kita. Macam mana peribadi kita sebenarnya in real life.
Betul ke? Korang setuju ke kenyataan macam tu?
jujurnya, saya tak setuju. ahahaha! Jujur je ok. Pada saya, kita tak boleh nak ambil jalan mudah untuk “cop” perangai, peribadi dan personaliti penulis sesuatu blog dengan hanya melihat gaya penulisannya saja. Macam mengarut je. Iyelah, bila someone tu menulis, dia hanya menulis tanpa suara kan? Kita as pembaca, bukannya boleh dengar suara si penulis kan? Inikan pulak nak tengok mulut dia bergerak, anak mata dia macam mana, bahasa tubuh dia tu macam mana pulak…kan??
Semua yang saya tulis dekat atas tu, penting ok. For me lah. In real life, kalau kita nak tahu personaliti someone tu macam mana..kita akan lihat dari semua aspek yang saya tuliskan kat atas tuh. Hallo, baca buku mengenali personaliti diri pun ada kot!!!hahahaha.
Sebab itu, saya tak setuju bila orang selalu beri komen pada saya “kalau baca blog, ayat punya skema. Ada ala-ala sastera tapi bila borak dekat tweet lain pulak”. Hmmm, sebenarnya malas nak komen panjang hal ni. Silap sikit boleh meleret nanti.hahaha!
Tapi tak apalah. Jawab pun dekat blog sendiri kan..InsyaAllah, tak ada boleh marah.muahahaha!!!
Macam ni. Masa mula-mula saya berblog di blogspot dulu, memang saya menulis hal peribadi saya. Macam diari saya tapi bila “konon-konon” ramai yang dah tahu blog saya tu. Saya rasa macam tak selesa nak share hal peribadi. Memang, waktu tu saya menulis santai sangat sebab hal personal kan. Tapi, 1 day saya tukar style saya menulis. Sebab saya dah stop tulis hal-hal hidup saya. Tapi, saya banyak menulis hal isu semasa.
Cara saya, bila menulis hal yang agak serious. Saya lebih selesa tulis dengan ayat yang lebih formal. Saya rasa mcam perlu. Dengan harapan, tak adalah orang komen. “Entry kau ni lawaklah!!!” hahahahaah. Hah,sebab selalu jugak dapat macam tu dulu-dulu. Padahal,penat saya buat-buat muka serius masa menulis.hahahaa!!! Ok, joke.
So, ada pembaca blog saya yang awal-awal beri komen. Katanya, dah tak best entry baru sebab gaya penulisan dah tak sama macam dulu. Nampak skema sangat. its ok. Saya belum pernah paksa orang baca blog saya. Sumpah tak pernah woo.hehehehe. Cuma, saya ada cara saya tersendiri untuk sampaikan info di sini.
Bila rasa perlu untuk formal, saya jadilah blogger yang macam skema sikit. Bukan berpura baik or menipu personaliti cara saya yang sebenar in real life ke apa. Nope. Cuma, mak saya pesan buat apa-apa biar sesuaikan keadaan!!! So, saya rasa menulis pun sama konsep lah kot. If blog personal, bantailah buat ayat apa pun. Tapi, kalau blog yang bercerita isu semasa or isu harian.PADA SAYA kalau boleh formal is better. Eh, tengok ye.Saya tulis PADA SAYA bukan korang. thanksssss.hehehehe.
Terpulanglah senang cerita.iye dak???
Jadi, if tanya saya. Memang saya tak setuju kalau orang kata dengan baca entry someone tu, kita boleh tahu perangai or personaliti dia in real life. Mungkin ada benar or kebetulan sama, tapi percentage sangat rendah lah kot.hehehehe. KOTlah!!!!
Apa pendapat korang pulak ek???





