seo
Tag Archives: review

Macam Menarik Drama Nilapura TV3 Malam Ni

31 Oct

menarik drama nilapura

Menarik Drama Nilapura TV3 ni agaknya kan? Sebab, Drama Nilapura ni macam drama epik je. Tengok Iklan Drama Nilapura baru-baru ni, macam tulah genre nya tapi tak tahulah betul ke tidak. Kena tengok malam ni untuk episod pertama ni.

Drama Nilapura tv3 ni menggantikan drama Supermak yang dah selesai episod akhirnya minggu lepas. Tapi, sayangnya saya tak tengok pula. Ciss. Best ke ending Supermak tu ek? Drama tu best sebab ada Nasha Aziz ke sebab memang jalan cerita lain daripada drama lain dekat Malaysia ni agak-agaknya? hehehehehe

Ok, tak apa. Malam ni, jangan lupa tonton episod pertama Drama Nilapura tv3 ni pada jama 9 malam. Pelakon-pelakon drama Nilapura ni popular lah juga. Antaranya Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Ramona Zam Zam, Hafiz Halim dan Aidil Aziz.

Sinopsis Drama Nilapura

Drama 13 episod ini mengisahkan tentang pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas Lela untuk berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura dalam sebuah peperangan.

Berkonsepkan Cerita epik percintaan ianya berkisar tentang kehidupan seorang lelaki bernama Putera Rangga yang dilakonkan oleh Amar Asyraf merupakan anak kedua kepada Sultan Zainal Abidin dari negara Nilapura.

Setelah abangnya, Raja Murtaza dibunuh dalam peperangan, Rangga menjadi harapan tunggal bagi ayahandanya untuk mewarisi takhta.

Namun, Rangga merupakan seorang yang suka berfoya-foya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya.

Puteri Ratna Emas Lela (Jue Aziz) pula merupakan puteri bongsu kepada Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemar melakukan kerja-kerja amal.

Ratna sangat rapat dengan Dindra (Ryzal Jaafar), seorang pengawal diraja. Bagi menjaga kepentingan negaranya, Ratna sanggup mengetepikan perasaan cintanya terhadap Dindra dan bersetuju dengan perkahwinan diplomatik yang diaturkan.

Walaupun Ratna cuba berbaik dengan Rangga tetapi Rangga masih meneruskan hubungan dengan Ulia serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti.

Maka, Ratna terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut untuk memerintah Bimasakti.

Credit to: Encik Nakal & Nurizspace

Ok, selamat menonton Drama Nilapura malam ni ya. Oh ya, sekadar berkongsi info menarik. Alhamdulilah, ramai yang ada rezeki lebih sikit tahun ini dah buat tempahan Qurban di Kemboja. Rezeki umat Islam di sana untuk merasa makan daging Qurban. Kalau ada yang nak buat tempahan, ada 3 hari saja lagi k.

4 Sebab Kenapa Anda Perlu Sukakan Blogging

26 Aug

Artikel ini ditulis oleh: Saudara Afiq Aiman ( Pemilik dan Pengasas FokusBlogger )

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari Liza Razak kerana sudi menerbitkan post saya di sini.

Sebelum meneruskan post ini, saya ingin bertanyakan soalan; apa yang anda dapat dari blogging? Mungkin anda memulakan blogging secara suka-suka, atau anda menjadikan blogging sebagai “modal” untuk anda memulakan bisnes internet. Walau apa pun tujuan asal anda blogging, pastikan anda menggunakan blog sebagai medium kebaikkan, bukan untuk menjatuhkan mana-mana individu.

Promosi Arak Sempena Hari Raya Aidilfitri?

Sebagai menjawab persoalan saya itu, di bawah ini saya kongsikan antara sebab kenapa anda perlu sukakan blogging.

1: Berkongsi Idea/Pendapat

Dengan blogging, perkongsian idea atau pendapat mampu dilaksanakan dengan mudah. Sebagai contoh, saya sedang berkongsi pendapat bersama anda tanpa perlu duduk semeja. Apa yang saya lakukan hanya menulis, menghantar artikel, dan pendapat saya sedang dibaca oleh anda semua sekarang. Dengan blogging juga, kupasan isu-isu semasa mampu dipercepatkan. Namun, terserah kepada blogger bagaimana untuk kendalikan semua ini; sama ada dengan cara bijak atau sebaliknya.

2: Pembelajaran Secara Tidak Langsung

Adakah anda dikurniakan kepandaian dalam blogging secara semula jadi? Jika ya, maka anda orang yang bertuah. Bagaimana pula yang memulakan blogging dari “0”? Adakah mereka tidak bertuah? Tidak! Mereka sebaliknya beruntung kerana setiap hari mereka belajar bagaimana untuk tingkatkan trafik blog, mendapatkan PR yang lebih tinggi, dan memantapkan ilmu SEO. Kesemua ilmu itu akan mereka manfaatkan suatu hari nanti. Blog bukan medium kejayaan serta-merta sebaliknya ia memerlukan masa untuk membuahkan hasil.

3: Membina Rangkaian

Dengan blogging, anda mampu membina rangkaian sesama blogger dan pembaca blog. Dari situ, anda mula kenal mereka yang datang dari pelbagai latar belakang berbeza. Ada yang bergelar guru, akauntan, pelajar, dan macam-macam lagi. Rangkaian yang terbina digunakan untuk membantu diri sendiri atau membantu orang lain seperti menyelesaikan masalah seseorang blogger atau yang sedang diamalkan sekarang, membantu mencari insan yang hilang 

4: Menjana Pendapatan Pasif

Tidak mustahil jika ada yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk fokus 100% terhadap blogging kerana blogging mampu menjana pendapatan lumayan jika kena pada caranya. Tetapi saya tahu, tidak ramai yang blogging kerana wang (walaupun blog dipenuhi iklan). Apa pun, hasil yang kita dapat melalui blogging boleh dianggap sebagai hadiah selepas penat membangunkan blog.

Apa Yang Anda Suka Tentang Blogging

Kini tiba masa untuk anda pula berkongsi apa yang anda suka tentang blogging. Adakah dengan blogging, anda mampu membina personaliti atau identiti tersendiri? Apa kata anda kongsikan bersama kami di sini.

Gambar: thezartorialist.com



Tingkatkan Trafik Blog dan Kumpul Insentif 1.0

18 Aug

Trafik Blog memang menarik kita dengar kan? Trafik blog tinggi, tuan blog boleh tersenyum. Trafik blog jatuh bergolek, tuan blog pun stress. hahahaha!!! Ok, tipu saja. Mana ada stress.

Ok, entry ni bukan nak cerita pasal tips tarik trafik blog, tips jadi penulis blog yang bagus atau seangkatan dengannya. Tapi, entry kali ni saya tulis untuk share dengan korang tentang 1 lagi peluang untuk korang buat duit. Mana tahu rezeki murah kali ni kan? hehehehe.

Bertudung Lawan Tidak Bertudung, Siapa Menang?

Ingat lagi tak entry yang saya tulis berkenaan MyNewsHub merupakan portal berita terkini? Ok, entry kali tingkatkan trafik blog dan kumpul insentif 1.0 ni kira kesinambungan daripada entry sebelum ni. Iyalah, sah-sahlah kan sebab ada MyNewsHub tu.hahahaha



Apa kaitan Trafik blog dengan insentif 1.0? Apa itu insentif 1.0? Ok, saya terangkan secara ringkas ok. Sebenarnya Insentif 1.0 ni peluang kita sebagai blogger untuk jana duit dengan menjadi top referrer kepada portal berita terbaik masa kini, MyNewshub!

Norman Berbuka Dengan Anak, Bekas Isteri

Simple je syarat nak join program top referrer ni. Semua blogger layak join program insentif 1.0 ni dan tak kisah blog korang PR 0 ke PR 1 atau PR6 ke apa. hahahaha!! Bebas as long as ada blog lah kan sebab nak sumbang trafik blog macam mana kalau tak ada blog.hehehehe

Setiap 1 trafik blog yang disumbangkan ke portal MyNewsHub, akan diberikan insentif sebanyak RM0.03 dan kiranya kalau blog korang boleh beri sebanyak 1,000 trafik maka jumlah insentif terkumpul RM30. Tingkatkan trafik blog korang dan sumbangkan ke portal MyNewsHub! Korang boleh baca keterangan berkenaan program insentif ni dekat bawah untuk lebih jelas ok.

Memperkenalkan insentif untuk top referrer kepada portal berita MyNewsHub.


-Insentif ini istimewa untuk blog yang memberi top referrer mengikut pengiraan Google Analytics.

-Setiap bulan 10 blog yang mendapat pengiraan tertinggi layak menerima insentif ini.

-Insentif ini bermula 15/8/2011 sehingga dimaklumkan kelak.

-Bayaran akan dibuat setiap 15hb bulan berikutnya

-Hanya perlu like Fanpage Facebook dan follow Twitter MyNewsHub.

-Semua blogger Malaysia layak tanpa mengira ranking.

-Setiap 1 trafik yang disumbangkan ke portal berita MyNewsHub akan dibayar RM0.03

-Blog yang menyumbang 1,000 trafik maka insentifnya 1,000 x RM0.03 = RM30

-Blog yang menyumbang 10,000 trafik maka insentifnya 10,000 x RM0.03 = RM300

-Emel butiran peribadi seperti nama penuh,no kad pengenalan dan alamat blog ke insentif@mynewshub.my untuk proses pendaftaran.

-Pihak MyNewsHub berhak meminda syarat-syarat di atas pada bila-bila masa.

Mudahkan? So, kalau korang ada yang berminat nak join program sumbang trafik blog ke MyNewsHub ni dan dapat insentif..bolehlah hantar email cepat-cepat. Good luck!!

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.