seo
Tag Archives: respect

Apa Sebenarnya Yang Korang Cari Dalam Hidup?

2 Feb

Entry ni saya tulis tak sengaja. Mulanya nak tidur sebab line internet tak ok at all. Tapi,entah macam mana terfikir something. Something yang buat saya tertanya-tanya diri sendiri tapi tak tahu nak jawab apa. Stupid jugaklah saya ni.hahahahaha!!!

Ok. Macam ni. Kalau saya tanya korang “apa sebenarnya yang korang cari dalam hidup ni?”. Korang akan jawab apa ek?

Saya rasa, soalan ni macam senang sangat tapi sebenarnya nenek susah kot!!!!hahahaha!!! Adoi, dari duduk pandang lappy sampai saya berguling-guling atas katil dok fikir jawapan untuk soalan yang saya create sendiri. Hehehehe!!! So sengalisme -..-

Apa kata,korang jawab dulu. Maybe saya dapat idea ;)

1 big question here: “apa sebenarnya yang korang cari dalam hidup ni?”

Tak Payah Nak Hina Orang Sangatlah!

6 Jan

Kesian saya tengok dengan sesetengah orang ni. Silap pada orang lain, pandai dia “listkan”. Setiap inci silap orang, dia nampak. Hebat woo!!! Bila mengata orang laju je itu ini.

“Eh, budak ni seksi nya dia. Tengok budak perempuan tu, pakai baju apa entah.Baik tak payah apa-apa kalau nak pakai seksi macam tu”

Ok, ini contoh dialog yang klise jelah ok. Siapa yang rasa-rasa baru je guna dialog ni siapa-siapa, nasib badan lah. Saya buat dialog ni berdasarkan pengalaman telinga saya yang mendengar mulut-mulut orang keliling or mata yang terbaca dialog sindiran dekat Facebook or Twitter saya je. If terasa, sorry. Saya sengaja kali ni.

Tak baik ok. Ok, saya tahu. Saya bukan perfect mana pun. Even saya dah bertudung (sumpah,baru sangat sebenarnya) tapi saya tetap sedar diri sendiri. Saya bertudung tapi baju saya bukan jenis labuh. Ok,memang berdosa. Saya tahu sebab still nampak bentuk badan. Saya angguk kepala ni. Hahahaha!

Saya bukan tak pernah cuba, dah. Tapi, belum nak biasa. Jadi, daripada saya berubah 100% tapi tak ikhlas..baik saya buat pelan-pelan tapi saya tahu apa yang saya buat. Macam biasa, saya tak kisah people nak cakap apa. Suka hati korang lah. Iye dak.

Berbalik cerita asal. Pasal orang yang suka aka hobi kot mengutuk orang. Orang seksi, terbukak sana sini laju je attack orang. Saya bukan nak kata seksi tu bagus. Tak lah. Tapi, yang saya agak meluat sikit ni..bila orang yang rasa diri tak seksi aka baik ni.. ada mulut dia yang seksi celupar mengata orang.

Wah wah wah. Tak baik ok. Jangan sesekali judge orang daripada luaran je. Kalau orang tu seksi sekalipun, itu hak dia. Ada ke dia kacau hidup kita kan? Ada ke dia mengata hal kita kan? Ada ke dia tak pasal-pasal mengumpat kita? Ada? Ada??? Eh, sebenarnya...korang yang mengata ni lagi berdosa tau.hahahaha!!

Tak pasal-pasal mengata orang. Padahal, orang yang jadi mangsa korang tu..sikit pun tak ada perasaan buruk dengan korang. Alahai. So kesian. Pakai baju labuh mana pun, tudung litup sekalipun tapi mulut tu tak reti jaga…dosa sama je dapat macam orang yang seksi tu.

Cuma cara dapat dosa tu je lain sikit. Sikit lah. Korang je tak perasan. Sebab dok rasa diri tu dah sempurna sangat. So sadis lah macam ni.

Ada baiknya, kita jaga diri sendiri. If rasa diri tu belum sempurna, kita berusaha jadi lebih sempurna hari demi hari. Tak banyak, sikit pun jadilah. If tetap nak poyo rasa diri tu dah sempurna sangat-sangat…ok fine. Tapi, janganlah pulak mengata orang. Tak baik woo.

Agak-agak dah konpiden betul diri dah boleh jadi syurga, nasihat orang baik-baik ok. Jangan perli sana sini. Orang tu seksi je, tapi otak still ada. Agama pun dia masih tahu. So, tak perlu nak hina-hina. Lagi korang hina, lagi teruk jadinya. Oh, sila terasa beramai-ramai siapa yang terkena. Sekian.

p/s: Dah lama sangat dok perhati ayat perli-perli hal ni. So, no choice. Kena jugak buat entry. Siapa terasa, sorry tapi just nak ingat sesama kita termasuk diri sendiri. bahahaha!!! Peace uolsss

p/s/s: Dari mengata orang, baik baca yasin.hahahaha!

Jom Share!! Korang Sambut Raya Haji Macam Mana??

16 Nov

Salam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha untuk semua muslim!!! Alhamdulilah, dapat lagi merasa beraya haji untuk tahun ni kan? Tapi, rasanya ramai tahu, yang kalau dekat Malaysia ni. Bukan semua negeri yang “beriya” sambut hari raya Aidiladha ni.

Kalau hari raya Aidilfitri, tak payah nak cerita lah kan. hahahaha! Meriah woo. Entahlah, tak tahu dekat mana silap. Katanya, negeri-negeri sebelah pantai timur je yang sambut Aidiladha ni lebih sikit daripada negeri-negeri lain dekat Malaysia. Ye ke?

Ok. Kalau saya pulak. Even raya haji Aidiladha saja, tapi kami tetap sambut lebih kurang meriah jugak. Rasanya macam sambut Aidilfitri jugaklah. Petang raya ni, kami 1 famili akan berkumpul dan yang  girl masak-masak untuk esok. Lodeh, nasi himpit, ayam masak merah, kari daging semua mesti ada.

Woi beraya woii!! Mestilah ada food. hahahahaha!!! Yummy! Tak sabar nak masak later.

Sebelah malam pulak, semua berkumpul and layan tv. Al-maklumlah, malam-malam raya ni memang melimbun lah drama dekat tv kan?? Paling hebat si Astro. Cerita yang dah main 30 kali pun, dia tayang lagi. bahahaha!!! woot.

Yang best tu, sambil layan tv. Sambil makan lauk pauk yang dah siap. Awal gilak makan, tak sabar tunggu esok kitaorang ni.muahahahaha! Best bila makan ramai-ramai ni. Kalau ada arwah dad dulu, fuhhh. Mesti lah meriah!!! Aww, i missed him. hehehehe

Ok. Cerita pagi raya pulak. Well, adatlah. Time-time raya ni, we all 1 family memang wajib pergi ziarah kubur insan-insan tersayang dah lama meninggal kami. Even dah berpuluh tahun sekalipun, my mom memang dah didik pergi ziarah kubur since kecil lagi. (sumpah, my mom lah manusia yang banyak ajar tentang hidup dan mati.Shes said, kita hidup lawannya mati. Kalau kita selalu ziarah kubur orang,nanti InsyaAllah bila kita yang berada dalam tanah tu, orang pulak akan ziarah. Thnx mom!!!)

So, pagi-pagi lepas sembahyang raya. We all 1 family pergi ziarah kubur arwah dad, kakak and atok. 3 kubur, maksudnya 3 yasin. Senonoh tak senonoh, saya tetap nak jujur. Penat jugak!!hehehe. Tapi, niat nak bersedekah doa yasin tu, kena gagahkan lah. Kadang-kadang, kesian tengok orang yang datang kubur tapi just bawa bunga je.

Tapi, lets think positif tentang orang. Mungkin dia tak tahu jawi. Mungkin jugak dia dari tempat jauh dan terlupa bawa yasin. Kalau betul yang itu tak apa. Tapi, saya cukup terkedu kalau tengok orang ziarah kubur dengan seluar jeans bagai. Kita boleh bezakan orang yang “terpaksa” dengan “sengaja” buat ni. Segila-gila saya, alhamdulilah. Thanks to my mom yang memang super garang bab agama.

Shes told me dulu-dulu. (Ini time free hair terus. Now, still on off tudung jugak lah. Masih belajar). Adab kena jaga. Tahu bezakan tempat yang kita nak pergi. If selalu tak pakai baju kurung, tudung. Suka hati. Tapi, kalau pergi tempat yang “lebih elok” bertutup. Tutuplah sekadar yang mampu. Comel kan mak saya?? hehehe.

Ok. enuff hal kubur. Next, biasanya lepas habis 3 kubur tu. We all akan pergi beraya ke rumah family kakak ipar. Cool tak, rumah diorang seberang jalan dari kubur tu. hahahaha! Makan time!!! Nasi beriyani biasanya. yummy!!! I cant wait for tomorrow.yeah!!!

Then, balik rumah. Kitaorang ni tak ramai saudara sedarah dekat Malaysia ni. So sadis kan? Itu yang bila raya Aidifitri, masing-masing cabut berayadi Brunei. Dekat sana, memang meriah habis!!!!! Ramai saudara. Tapi, kalau raya haji ni, tak lah ke sana lagi. Biasanya, depends lah. Tapi, tahun ni. InsyaAllah. Esok lepas ziarah kubur we all gerak ke Singapore to meet saudara. Yay!!!! Hope kami tak berebut parking dengan rakyat Singapore.muahahaha!!

Oklah. enuff kot membebel. Korang lak sambut raya haji camner ek? Sama ke tak macam we all? Ke tak sambut at all? Ada masak-masak tak? Lauk apa, please share with us!!!hehehe. Oh ya, tumbang korban berapa ekor kali ni? We all, insyaAllah buat Qiqah untuk adik lelaki saya. Dia je yang belum!! hahahahaha!! So, share ar!!!!hehehehe

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.