Resepi Sup Ikan Salmon Mudah

resepi-sup-ikan-salmon-mudah

credit gambar resepi sup ikan salmon

Resepi Sup Ikan Salmon paling mudah yang pernah saya masak setakat ni. Kenapa mudah? Sebab saya main campak-campak je. Asal ada bentuk ikan salmon, ada bau sup, dan tak bau hanyir tu kira mudahlah.

Ikan salmon ni mahal sikit kalau nak dijadikan makanan ruji. Saya jarang beli. Lainlah kalau masa saya bercuti dekat United Kingdom dulu, harga iklan salmon ni tersangatlah murah. Kalau tak silap saya cuma dalam 1-2 pound sterling je. Dekat Malaysia tak payah nak berangan dapat harga semurah tu.

Oklah, kita jangan banyak sangat merepek. Biar saya berikan saja RESEPI SUP IKAN SALMON cara saya ya. Jangan risau, resepi ni tersangat mudah. Kalau anda dah biasa masak sup ayam, mesti boleh masak yang ini juga sebab saya guna resepi yang sama juga cuma cara penyediaan sedikit berbeza.

RESEPI SUP IKAN SALMON

2 biji bawang merah bersaiz sedang – ditumbuk

5 ulas bawang putih size sedang – ditumbuk

sedikit halia – ditumbuk

bunga lawang, kulit kayu manis dan kawan-kawannya (tak tahu nama sebenarnya. kah!)

lada hitam – ditumbuk halus

serbuk lada sulah dan serbuk sup

sup bunjut adabi

ikan salmon ikut suka hati berapa banyak

Garam dan minyak masak

CARA-CARA PENYEDIAAN SUP IKAN SALMON

Ambil semua bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi tu dan gaulkan pada ikan salmon. Dengan harapan nanti bila kita masak sup, taklah ikan tu terlampau hanyir atau ada bau tak sedap. Peraplah sekejap dalam 30 minit pun cukup

Bila dah puas hati dengan hasil ikan salmon yang diperap tu, anda dah bolehlah panaskan sikit minyak masak dalam periuk untuk tujuan kita menumis nanti. Then, campakkan bunga lawang dan kawan-kawannya tu dalam periuk, lepas tu masukkan perapan ikan salmon tadi, kutip semua sisa-sisa bahan yang digaul sama tadi tu dan masukkan dalam periuk.

Sambil kita tumis nak bagi naik bau, kita gorenglah sekali ikan salmon tu supaya nanti ikan tu tak hancur bila kita masukkan air sup nanti. Ikan salmon ni kalau kita tak goreng sikit, nanti macam tak boleh nak masuk mulut sangat kot. Kalau family sayalah. hehehe! Ok bila ikan tu dah goreng ala kadar dan bau pun dah naik, kita masukkan air dalam periuk. *kalau suka, boleh masukkan kentang*

Gaul-gaul dan jangan lupa masukkan sup bunjut dan masukkan sikit serbuk lada sulah. Masak sup tak letak lada sulah ni memang tak sah! Nanti tak rasa apa-apa sup kita tu. Okay, then masukkan sikit garam. Tunggulah sup tu mendidih dan siaplah SUP IKAN SALMON paling mudah dalam dunia.

Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts