seo
Tag Archives: promo

Buat Duit Mudah Dengan Sponsored Tweets!

9 Feb

Buat duit dengan Sponsored Tweets. Alhamdulilah, tak sia-sia saya ikut jejak langkah Denaihati untuk mencuba nasib dengan Sponsored Tweet pula. Akhirnya, pihak Sponsored Tweets menawarkan saya tugasan. Oh, best sungguh.

Sebenarnya, tawaran tugas yang saya perolehi daripada Sponsored Tweets ni bukan lah baru. Saya terima 2 minggu lepas. Saya sengaja tidak mahu war-warkan dahulu. Risau kalau tidak diterima. kehkehkeh. Alhamdulilah, sekarang akaun saya sudah pun ada USD 2.

Tak banyak sebab saya baru bermula. Pelan-pelan kayuh maa. Yang best nya, amaun tu dalam USD Dolar. hehehe. Tidak susah mana pun saya lihat Sponsored Tweets ni rupanya. Cuma, syarat pertama untuk apply saja yang maybe agak cerewet sikit. Korang perlu ada at least 100 followers di twitter, sudah join at least 60 hari dengan Twitter dan ada 100 status update untuk join program Sponsored tweets. hehehe

Mungkin ada yang masih tidak tahu tentang Sponsored Tweets ni kan? Jangan risau, sebab bukan saja yang tidak tahu tentang ini. Pasti ada bloggers lain yang belum pernah dengar pun tentang Sponsored Tweets woo. Relax maa. Sudah ada yang baik hati menerangkan tentang bagaimana korang boleh buat duit dengan Sponsored tweets ni.

Terima kasih buat bro Denaihati kerana merajinkan diri menyediakan tutorial bagaimana mahu sertai Sponsored Tweets ni. Pada sesiapa yang mahu join boleh Lawat website Sponsored Tweets di sini dan kemudian, ikut semua tutorial daripada bro Denaihati. InsyaAllah, korang tak akan mengalami masalah woo. Kacang maa :)

Selain Denaihati, korang boleh jugak gunakan tips daripada saudara Zuls untuk dapat lebih peluang dipilih oleh pihak Sponsored Tweets untuk memilih jika ada tugasan baru oleh pihak advertiser. hehehe. Ikut semua tips oleh saudara Zuls di sini

Once korang dah setting semua cantik-cantik, jadi bolehlah tunggu giliran untuk dapat tugasan ye! InsyaAllah, kalau ada rezeki tak kemana kan? Cuma, kalau tiada usaha pun tidak boleh jugak. Jadi,rajin-rajinkanlah diri belajar dan terus belajar dengan sifu.

Semestinya bukan saya, sifu di luar sana. kehkehkeh. Selamat mencuba nasib dengan Sponsored Tweets!

Hidup Berani Untuk Gagal Bawa Saya ke EzineArticles.com

12 Dec

Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL terlalu istimewa pada saya. Terlalu banyak perubahan yang saya rasai setelah saya menyertai Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL anjuran Denaihati.

Awalnya, saya risau dan ragu-ragu untuk menyertai. Namun, saya punya semangat untuk berjaya dan mengorak langkah ke hadapan di dalam hidup. Jadi, saya beranikan diri. Saya tulis satu entri yang 100% kisah benar saya.

Andai sudi untuk membaca, silakan. Entri HIDUP BERANI UNTUK GAGAL buah tangan saya untuk kalian. Mana yang elok, ambillah. Jika tidak, boleh abaikan saja.

Sejak daripada itu, saya dapat semangat baru. Saya tidak terlalu berharap kemenangan wang RM500 atau RM250 itu. Saya tahu di mana tangga saya berada. Sejujurnya, bukan mudah untuk mencuri hati En Google woo. Saya tidak kisah. Asalkan, saya belajar sesuatu daripada contest istimewa ini.

Saya belajar dan terus belajar. Prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL saya pegang sepanjang jalan. Mungkin saya tidak berpeluang memenangi wang daripada Denaihati. Tapi, tidak apa kerana sudah merasa kebanggaan yang lain.

Sesuatu yang mungkin tiada nilainya untuk korang, tapi ianya terlalu bernilai untuk saya.

expert_author

Alhamdulilah, Artikel saya telah diterima oleh EzineArticles.com!! Kalau bukan kerana saya mendapat inspirasi daripada kenalan yang sama-sama berkongsi cerita HIDUP BERANI UNTUK GAGAL mereka, belum tentu saya akan berani mencuba nasib di EzineArticles.com

Saya nekad menghantar artikel dan alhamdulilah, 2 hari sudah terima jawapan. Artikel saya diterima dan saya juga kini bergelar Expert Author :)

ezine

Ini semua berkat prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Kalau tidak, tak mungkin saya berani mencuba nasib di EzineArticles.com. Apa tidaknya, bila saya lihat senarai nama penulis, kebanyakkannya mat salleh. Terasa kecil pula. hehehehe.

Kini, saya semakin percaya. Di mana ada keberanian, di situ ada kejayaan kelak!

Sekarang, saya masih belajar ilmu SEO untuk mencuba nasib di dalam contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Lihatlah, kalau-kalau ada rezeki lagi. Al-maklum tangga Google dah macam apa je sekarang. kahkahkah!

Saya juga sedang menambah dan khusyuk mentelaah ilmu daripada Geng Newbie. Ebook “Teknik Rahsia Pakar IM Meletupkan Trafik Website Anda”. Ada teknik yang selama ini saya tidak tahu, ada diterangkan di dalam ebook ini.

Mudah-mudahan, lepas ini bolehlah saya praktikkan apa yang diajar untuk kaut duit Nuffnang. Alang-alang, dalam akaun Nuffnang sekarang ada 17 Buffered earnings kan?

Korang perlu ambil sedikit masa untuk download kesemua 16 ebook yang ditawarkan oleh Geng Newbie. Tidak rugi kerana ianya adalah PERCUMA. Itu lebih baik daripada korang semua tertipu dengan produk-produk picisan di luar sana ;)

Ingat, kalau mahu berjaya..kita perlu berani mencuba!!

Drama Nenek Kebaya Lagenda Melayu

7 Dec

Drama Nenek Kebaya pula melabuhkan tirai. Tamat sudah Drama Nenek Kebaya yang penuh pengajaran untuk tontonan semua. Drama Nenek Kebaya, mendapat inspirasi daripada lagenda Nenek Kebayan yang pastinya.

Drama Nenek Kebaya tidak kurang juga hebatnya seperti Drama fenomena, Nur Kasih yang baru-baru ini disiarkan di TV3. Drama yang diterbitkan oleh pasangan suami isteri, Rosyam Nor dan Runika pun tidak kurang hebatnya. Drama Nenek Kebaya ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan juga. Termasuk yang menulis entri ini. kehkehkeh.

nenek kebaya

Sinopsis drama Nenek Kebaya – Credit to hasdiana

‘Nenek Kebaya’ bermula dengan kisah purba mengenai tuduhan percintaan cucu Mak Inang, Indera Laksamana dengan Puteri Sinar Cahaya diketahui oleh Raja Negara Kembayat Cahaya. Indera Laksamana sudahpun bertunang dengan cucu angkat Mak Inang, Intan Sari yang kemudiannya memusuhi Puteri Sinar Cahaya kerana dianggap perampas kekasihnya.
Dendam mula membara apabila Sultan menjatuhkan hukuman mati kepada Indera Laksamana kerana bermain cinta dengan puterinya yang ingin dinikahkan dengan Putera Wira Satria.

Mak Inang yang dianggap menjadi orang tengah kerana memperkenalkan Puteri Sinar Cahaya dan Indera Laksamana telah dibutakan matanya dan dibuang ketengah rimba. Intan Sari mengambil keputusan untuk membalas dendam atas kematian tunangannya itu dan dia telah menuntut ilmu daripada Sang Pertapa yang memiliki ilmu yang membawa kejahatan. Bagaimanapun, Intan Sari hanya mempunyai satu pilihan jika ingin membalas dendam iaitu terpaksa menunggu sehingga tujuh keturunan.

selama ini roh Intan Sari berada dalam badan Nek Putih, untuk mencapai dendam dia.. Dia telah menukar roh dengan Samsiah. jadilah roh Samsiah didalam badan Nek Putih. Tujuan utama Intan Sari ialah nak huru-harakan keluarga Tn. Adam. Sekarang Tn. Adam sayang bangat same Samsiah, Mastura asik bertekak gan adik dia, Marini, laki Mastura bertindak keluar drpd umah tu akibat xthan dgan pragai Mastura, laki Marini pulak mula syok kat mak mentua dia Samsiah, Pak Leh pula dah dapat mengagak ape yg telah berlaku dalam umah tu.. Plot bertambah menarik dengan kemunculan Zed Zaidi dari Mesir

Pada saya, drama lagenda macam Nenek Kebaya ni ada bagusnya juga ditayangkan. Boleh jugaklah anak-anak kecil yang selama ni sibuk tahu sejarah Wrestling, PSP,Wii atau 3gp entah dari mana-mana je kan?????

Drama ni, tak lah sesempurna cerita lagenda mat saleh tapi sekurang-kurangnya ada juga lah pengajaran daripada tiada langsung. Ada juga mesej yang boleh disampaikan. Pilihan yang tepat daripada TV3.

Astro, sudah-sudahlah buat tayangan drama tak berapa nak ada mesej boleh? Drama Kau & Aku tu macam kosong. Kalau ada pun, setakat menonjolkan kekurangan bakat daripada si Mila, Akim dan Airil. Saya daripada ada minat sedikit dengan mereka, dengar dialog kamus dewan bahasa dan pustaka tu dah macam nak pengsan lah. Sorry ek terkomen tak sengaja.

Cuma, apa-apapun diorang teror daripada saya :)

Ok, untuk warga kerja Drama Nenek Kebaya. Terima kasih kerana telah berusaha yang terbaik. OST Drama Nenek Kebaya pun dah macam ada aura. Nak nyanyi sambil-sambil berangan jadi Nenek kebaya, boleh tonton video di sini yek!

Ulangan Drama Nenek Kebaya malam ini, di TV9 pukul 8:30malam.

P/S: Takkan tak berani join contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” kot??? ;)

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.