Tag Archives: pengkid

Haram Ke Kalau Kita Berkawan Dengan Pengkid?

8 Mar

Isu pengkid bukan hal baru dalam masyarakat kita di Malaysia. Kalau kita lihat hari ini, jumlah pengkid ni bukannya makin menurun, malah makin menjadi-jadi pulak. Jangan salahkan orang lain, tak perlu nak tuding jari ke sana ke mari.

Tanya diri korang sendiri. Apa agaknya penyebab pengkid ni makin meligat.

Saya tak kata yang saya sokong apa yang pengkid-pengkid di luar sana buat. Saya tak pernah beri kata-kata perangsang pada pengkid supaya mereka dapat melebarkan sayap mereka dan terus dalam dunia ciptaan mereka tu. Tak mungkinlah kan?

Cuma, pada saya pengkid ni tak perlulah kita nak pulau-pulaukan. Tak perlu kita nak kutuk-kutuk, tak elok jugak kalau kita nak jauhkan diri daripada mereka. Mereka kan Cuma pengkid, bukannya binatang yang haram untuk kita pegang pun.

Kadang-kadang saya pelik dengan perangai dan mentaliti orang kita ni (saya nak kata melayu sebenarnya). Orang lain yang buat dosa dengan Tuhan, tapi diorang pula yang melebih-lebih. Jijik kononnya nak berkawan dengan si pengkid ni.

Pada saya, masalah tidak akan selesai kalau begini caranya.

Pengkid tu manusia. Mereka  mungkin kurang daripada segi bimbingan agama. Mungkin bukan salah mereka sampai jadi pengkid. Mana kita tahu apa masalah mereka kan? Apa yang kita tahu? Ejek-ejek mereka saja. Kan?

Mengaku sajalah.

Pengalaman saya berteman dengan pengkid taklah seteruk mana pun. Mereka punya masalah sendiri, ada cerita disebalik kejadian abnormal sebagai pengkid tu dalam diri mereka. Saya selesa dan tiada masalah berteman dengan mereka. Bukan dosa pun.

Teman saya, menjadi pengkid kerana trauma dengan kejadian “seks” oleh muhrim sendiri. Sejak itu, teman saya menjadi benci menjadi wanita. Padanya, wanita buat diri dia seperti terlalu lemah. Jadi, menjadi pengkid adalah terbaik baginya. Mahu kelihatan berani seperti lelaki. Bukan salah dia kan jadi pengkid hari ini?

Seorang lagi, mengikut cerita daripada mulutnya sendiri. Dia menjadi pengkid kerana cara asuhan keluarga. Katanya, ayahnya terlalu inginkan anak lelaki tetapi bila lahir si dia adalah wanita.

Dek kerana “tersalah” didikan oleh ayah dan ibu, TERSALAH ya bukan sengaja. (jangan menghukum  sesuka suki), teman saya itu terarah menjadi seorang pengkid. Tetapi, alhamdulilah. Rasanya teman saya sekarang sedang dalam proses pemulihan semula.

Saya difahamkan oleh si empunya badan, dia ingin kembali menjadi wanita yang tulen.

Saya tidak pernah pulaukan mereka. Saya tidak kisah berteman dengan mereka. Saya ikutkan saja rentak mereka selagi tidak melanggar hukum hakam agama. Saya tahu aktiviti mereka tetapi tidak pulak saya memaki.

Saya percaya, orang begini tidak akan lembut hatinya kalau kita terus menghina. Saya lebih suka biarkan mereka dengan cara mereka, dengar cerita mereka tetapi dalam masa yang sama beri contoh yang baik pada mereka.

Percayalah, hati mereka tidak sekeras mana. Akan sampai satu masa, kalau kena caranya…mereka akan tergerak hati untuk berubah!

p/s: Kalau sudi, boleh baca artikel saya bertajuk Pentingnya Ketulenan Gaya Penulisan Seorang Blogger di blog Pengupas Jalanan.


Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.