Tag Archives: nyah

Kekasih Hati Si Polan Lelaki Lembut. Boleh terima ke?

29 Jan

Kekasih hati saya seorang lelaki lembut. Kekasih hati saya tidak seperti lelaki-lelaki lain di luar sana. Kekasih hati saya tidak sempurna macam orang lain. Kekasih hati saya bukan lelaki sejati. Teruja?

Ok, maaf. Bukan cerita saya pun. Sekadar pembuka bicara untuk topik kali ini.

Apa pendapat kamu tentang isu ini? Tentang seorang wanita yang mempunyai hubungan cinta bersama lelaki lembut. Saya perbetulkan perspektif korang semua dulu ok. Lelaki lembut yang saya maksudkan, bukanlah lelaki pondan ya. Pondan lain cara hidupnya.

Pondan berbeza dengan lelaki lembut. Pondan pada pandangan saya, lelaki yang menyerupai wanita dalam pelbagai aspek. Apa yang ada pada wanita, akan ada pada lelaki pondan. Lelaki pondan sedaya upaya merubah diri mereka secara fizikal dan juga nalurinya seperti wanita sejati.

Kononnya. Mahu menjadi wanita sejati. Mereka lupa asal kejadian mereka.

Cuma, kita tidak boleh juga mengejek mereka. Bukan itu caranya. Islam tak mengajar kita sebegitu bukan? Tak perlu lah mengajuk cara mereka berjalan, tidak usah juga buat-buat memuji kecantikan palsu mereka itu. Lebih baik kita berteman dengan mereka saja.

Hari demi hari, kita nasihatkan mereka. Tidak perlu menyakitkan hati mereka. Cukuplah sekadar kita memberi contoh terbaik pada mereka. Mereka tidak buta hati, cuma pincang sedikit tentang ilmu dunia dan agama. Kita pun ada dosa yang lain. Kita serupa saja.

Berbalik isu kekasih hati saya seorang lelaki lembut.

Ada juga saya melihat pasangan kekasih yang sebegini. Si wanita, seperti wanita-wanita lain juga. Lembut, ayu, sopan santun. Sejuk mata memandang. Tapi, bila saya terpandang si lelaki. Saya terkedu. Tiada banyak beza di antara mereka! Macam mana si wanita berjalan, begitu jugalah si lelaki berjalan.

Melenggang lenggok. Agak cute juga sebenarnya :)

Itu soal berjalan. Belum lagi saya sentuh soal memegang dulang makanan. hehehe. Kadang-kadang saya sedikit cemburu bila melihat gelagat si lelaki itu. Gaya memegang dulang beliau sangat lembut dan berhati-hati ok. Sambil membawa dulang, berjalan melenggang lenggok ke sana dan kemari. Boleh korang imagine? ;)

Itu apa yang saya lihat tentang aspek fizikal. Naluri mereka macam mana pula?

Ok, saya pernah juga terlihat satu aksi percintaan yang sangat romantis dan sangat jiwang karat juga. Selalunya, saya meluat dengan aksi-aksi begini. Pada saya, bercinta ada batasnya. Perlu jaga adab, perlu lihat orang kiri kanan bila kita hendak buat aksi macam dalam drama hindustan. hohoho.

Tapi, lain pula kisahnya bila saya melihat adegan asmara pasangan wanita dan si lelaki lembut. Ah, comel. Kalau korang ada peluang, jangan sesekali lepaskannya ok :P

Akan ada aksi begini. Si wanita membelai rambut si lelaki, si lelaki pula akan meletakkan kepala di atas bahu si wanita (yang biasa sebaliknya), cara si lelaki bertutur dengan si wanita..pergh! 110% lembut ok. Kalah suara lembut si wanita itu. ahaks!

Mungkin wanita di sini, ada pengalaman bercinta dengan lelaki lembut. Mungkin juga ada teman korang yang pernah bercinta dengan lelaki lembut, atau mungkin juga korang ada cerita-cerita atau pendapat tentang isu ini, silakan beri pendapat. Saya beri mandat. hehehe.

Macam biasa, jagalah adab korang ya semasa memberi komen. Jangan ada yang terasa dengan kata-kata korang.

Pendapat peribadi saya, begini. Pasangan kita itu lelaki lembut atau tidak, itu adalah pilihan hati kita. Jangan sesekali kita pandang rendah dengan pasangan kita kalau itu sudah jodoh kita. Lelaki lembut, sama macam lelaki biasa. Cuma, mungkin nalurinya ada sedikit kelainan.

Lelaki lembut dilahirkan dengan satu naluri yang sama seperti wanita. Hati mereka mudah tersentuh seperti wanita, mudah terguris barangkali andai ada yang menyakitkan hati mereka. Sama macam naluri wanita, tetapi mereka lelaki! Mereka punya hak untuk bercinta dan punya zuriat juga. Sekian!


Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.