Tag Archives: nurkasih

Korang Rasa, Jadi Penyabar Tu Cool Ke?

12 Apr

Kenapa dalam hidup, kita perlu tahu untuk bersabar? Apa yang kita akan dapat kalau kita sabar sabar dan terus bersabar? Saya salah seorang yang pernah suatu ketika dulu, mempersoalkan tentang perkara ini. Saya tahu dan saya mengaku, saya masih bertatih macam bayi yang kecil tentang agama.

Saya tahu siapa diri saya.

Dulu, bila sesuatu perkara buruk terjadi pada saya. Jiwa saya cepat memberontak. Rasa seakan tidak puas hati dengan dunia. Ada masa, waktu khilaf saya tiba. Saya menyalahkan takdir dan sang Pencipta. Hanya lepas puas memaki saja, baru saya rasa berdosa.

Ya, itu saya yang dulu. Saya bukan hamba yang baik. Jangan contohi saya.

Pengalaman banyak mengajar saya tentang hidup. Kisah-kisah lama yang tidak seberapa saya simpan dan ada masa saya kenang untuk bersihkan semula jiwa kecil yang kotor. Kalau diingatkan semula, pasti saya rasa kerdil sangat di sisi Tuhan.  Saya bukan berzina mahupun menogok air haram itu.

Jangan fikir sampai ke situ. Saya tidak terfikir untuk buat itu. Mahu mewarnakan rambut pun saya tidak terfikir, inikan pula mahu ke situ. (tapi yang ini sebab saya tak mahu rosakkan rambut bukan sebab saya warak!)

Kamu tahu, kalau betul pun kamu solat cukup 5 waktu dan solat taubat siang malam sekalipun. Tapi, hakikatnya kamu tak tahu apa yang kamu buat dan untuk apa kamu lakukan itu. Jangan bising-bising nak suruh orang lain solat macam kamu. Soal solat itu antara hamba dengan Pemiliknya.

Jangan melebih bila berdakwah. Saya lebih suka orang yang sederhana. Jangan samakan orang lain dengan diri kita. Mereka adalah mereka dan kita adalah kita. Lain. Kalau solat cukup, tapi soal agama yang lain kamu failed. Maksudnya iman kamu belum sekuat mana.

Ada orang, dia solat cukup semuanya. Tapi, bila ada Tuhan beri dugaan sikit. Hidup dia kacau bilau. Tak habis-habis nak salahkan takdir. Saya tak tahu apa yang dia dapat masa dia bersujud dalam solat tuh. Setahu saya, bila kita bersolat kita serahkan diri kita sepenuhnya pada Tuhan.

Sepatutnya, lebih kuat kita solat. Logiknya, makin kuatlah juga iman kita. Makin tinggilah sifat sabar dalam diri kita ;(

Biarlah. Malas saya nak cakap pasal orang lain. Cerita hal sendiri lebih selamat. Kurang dosa sikit (Inipun dah banyak dosa ni)

Lately, saya rasa macam cool sangat-sangat. Saya rasa tenang. Saya macam orang baru dalam hidup saya. Saya macam sudah tahu menerima apa saja yang terjadi dalah hidup saya hari demi hari.  Mula-mula saya confused. Saya sempat bertanya pada diri sendiri.

“Eh, kenapa aku macam tak ada perasaan nak marah ni?”

Agak lama saya bermonolog sendiri. Akhirnya, saya tahu. Al-Quran itu penyembuhnya. Yes, lama sangat sangat sangat sangat saya tak menyelak. Minta maaf, saya tahu ini statement bodoh yang akan buka pekung sendiri. Its ok, mahu mengumpat. Silakan. Saya izinkan. Dosanya zero.

Kita ni, kalau tak diberi masalah memang selalu alpa. Sekarang, saya tahu kenapa Tuhan beri saya bala tempoh hari. Itu namanya teguran. kuikuikui. Im glad, Al-Quran tu dah buat saya rasa tenang. Saya dah jadi manusia yang agak penyabar. Kalau sebelum ni, jangan main-main. ahaks!

Orang kutuk belakang, dan saya dapat tahu. Memang siap saya kutuk balik. Orang herdik saya, saya herdik balik sampai orang tu kalah. Bila duit saya hilang, saya mengamuk. Now, tak dah (bukan 100%, tapi ada bezanya lah). Saya senyum aja orang nak buat apa kat saya. Suka hati kau lah labu.

Seronok rupanya jadi sabar ye. wahahaha.

Tak sia-sia my mom beri nasihat setiap hari. Maaf, entry ni bukan mahu menunjuk. Saya cuma pacar yang hina. huwaa!!! Kalau sudi baca, bacalah dengan positif. Yang baik, ambil. Yang poyo macam berlagak (sebenarnya tidak pun), abaikan. thanks.

p/s: My mom kata, kalau malas kemas rumah tak apa. Jangan malas baca Al- Quran. Nanti buta hati. Hati saya dah lama buta dulu :(

Drama Nenek Kebaya Lagenda Melayu

7 Dec

Drama Nenek Kebaya pula melabuhkan tirai. Tamat sudah Drama Nenek Kebaya yang penuh pengajaran untuk tontonan semua. Drama Nenek Kebaya, mendapat inspirasi daripada lagenda Nenek Kebayan yang pastinya.

Drama Nenek Kebaya tidak kurang juga hebatnya seperti Drama fenomena, Nur Kasih yang baru-baru ini disiarkan di TV3. Drama yang diterbitkan oleh pasangan suami isteri, Rosyam Nor dan Runika pun tidak kurang hebatnya. Drama Nenek Kebaya ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan juga. Termasuk yang menulis entri ini. kehkehkeh.

nenek kebaya

Sinopsis drama Nenek Kebaya – Credit to hasdiana

‘Nenek Kebaya’ bermula dengan kisah purba mengenai tuduhan percintaan cucu Mak Inang, Indera Laksamana dengan Puteri Sinar Cahaya diketahui oleh Raja Negara Kembayat Cahaya. Indera Laksamana sudahpun bertunang dengan cucu angkat Mak Inang, Intan Sari yang kemudiannya memusuhi Puteri Sinar Cahaya kerana dianggap perampas kekasihnya.
Dendam mula membara apabila Sultan menjatuhkan hukuman mati kepada Indera Laksamana kerana bermain cinta dengan puterinya yang ingin dinikahkan dengan Putera Wira Satria.

Mak Inang yang dianggap menjadi orang tengah kerana memperkenalkan Puteri Sinar Cahaya dan Indera Laksamana telah dibutakan matanya dan dibuang ketengah rimba. Intan Sari mengambil keputusan untuk membalas dendam atas kematian tunangannya itu dan dia telah menuntut ilmu daripada Sang Pertapa yang memiliki ilmu yang membawa kejahatan. Bagaimanapun, Intan Sari hanya mempunyai satu pilihan jika ingin membalas dendam iaitu terpaksa menunggu sehingga tujuh keturunan.

selama ini roh Intan Sari berada dalam badan Nek Putih, untuk mencapai dendam dia.. Dia telah menukar roh dengan Samsiah. jadilah roh Samsiah didalam badan Nek Putih. Tujuan utama Intan Sari ialah nak huru-harakan keluarga Tn. Adam. Sekarang Tn. Adam sayang bangat same Samsiah, Mastura asik bertekak gan adik dia, Marini, laki Mastura bertindak keluar drpd umah tu akibat xthan dgan pragai Mastura, laki Marini pulak mula syok kat mak mentua dia Samsiah, Pak Leh pula dah dapat mengagak ape yg telah berlaku dalam umah tu.. Plot bertambah menarik dengan kemunculan Zed Zaidi dari Mesir

Pada saya, drama lagenda macam Nenek Kebaya ni ada bagusnya juga ditayangkan. Boleh jugaklah anak-anak kecil yang selama ni sibuk tahu sejarah Wrestling, PSP,Wii atau 3gp entah dari mana-mana je kan?????

Drama ni, tak lah sesempurna cerita lagenda mat saleh tapi sekurang-kurangnya ada juga lah pengajaran daripada tiada langsung. Ada juga mesej yang boleh disampaikan. Pilihan yang tepat daripada TV3.

Astro, sudah-sudahlah buat tayangan drama tak berapa nak ada mesej boleh? Drama Kau & Aku tu macam kosong. Kalau ada pun, setakat menonjolkan kekurangan bakat daripada si Mila, Akim dan Airil. Saya daripada ada minat sedikit dengan mereka, dengar dialog kamus dewan bahasa dan pustaka tu dah macam nak pengsan lah. Sorry ek terkomen tak sengaja.

Cuma, apa-apapun diorang teror daripada saya :)

Ok, untuk warga kerja Drama Nenek Kebaya. Terima kasih kerana telah berusaha yang terbaik. OST Drama Nenek Kebaya pun dah macam ada aura. Nak nyanyi sambil-sambil berangan jadi Nenek kebaya, boleh tonton video di sini yek!

Ulangan Drama Nenek Kebaya malam ini, di TV9 pukul 8:30malam.

P/S: Takkan tak berani join contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” kot??? ;)

Download Full series Drama Nur Kasih

1 Dec

drama nurkasih

Drama Nur Kasih dah pun tamat tapi penangan  Drama Nur Kasih belum habis rasanya. kan? Ada juga bertanya mana nak tonton semula Drama Nur Kasih ni, jadi saya pun merajinkan diri mencari sumber download drama Nur Kasih untuk korang yang terlepas. Happy enjoy dengan episod penuh drama Nur Kasih ya!!!

p/s: Kalau ada broken link, habaq naa.

OST Nur Kasih – Yasin
Full: Download here

Nur Kasih Episod 1
Full (LQ) : Download here
Full (HQ) : Download here
*Mirror

Nur Kasih Episod 2
Full (LQ) : Download here
Full (HQ) : Download here
*Mirror

Nur Kasih Episod 3
Full (LQ) : Download here
Full (HQ) : Download here
*Mirror

Nur Kasih Episod 4
Full (LQ) : Download here
Full (HQ) : Download here
*Mirror

Nur Kasih Episod 5
Full (LQ) : Download here
Full (HQ) : Download here
*Mirror

Nur Kasih Episod 6
Full (LQ) : Download here
Full (HQ) :  Download here
*Mirror

Nur Kasih Episod 7
Full (LQ) :  Download here
Full (HQ) :  Download here
*Mirror :  Download here

Nur Kasih Episod 8
Full (LQ) :  Download here
Full (HQ) :  Download here
*Mirror :  Download here

Nur Kasih Episod 9
Full (LQ) :  Download here
Full (HQ) :  Download here
*Mirror :  Download here

Nur Kasih Episod 10
Full (LQ) :  Download here
Full (HQ) :  Download here
*Mirror :  Download here

Nur Kasih Episod 11
Full (LQ) : Download here
Full (HQ) : Download here
*Mirror : Download here

Nur Kasih Episod 12
Full (LQ) : Download here
Full (HQ) : Download here
*Mirror : Download here

Nur Kasih Episod 13
Full (LQ) : Download here
Full (HQ) : Download here
*Mirror : Download here

Nur Kasih Episod 14
Full (LQ) : Download here
Full (HQ) : Download here
*Mirror : Download here

Nur Kasih Episod 15
Full (LQ) : Download here
Full (HQ) : Download here
*Mirror : Download here

Nur Kasih Episod 16
Full (LQ) : Download here
Full (HQ) : Download here
*Mirror : Download here

Nur Kasih Episod 17
Full (LQ) : Download here
*Mirror : Download here

Nur Kasih Episod 18
Full (LQ) : Download here
Full (HQ) : Download here
*Mirror : Download here

Nur Kasih Episod 19
Full (HQ) : Download here

Nur Kasih Episod 20
Full (HQ) : Download here

Nur Kasih Episod 21
Full (HQ) : Download here

Nur Kasih Episod 22
Full (HQ) : Download here

Nur Kasih Episod 23
Full (HQ) : Download here

Nur Kasih Episod 24
Full (HQ) : Download here
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Nur Kasih Episod 25
Full (HQ) : Download here
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Nur Kasih Episod 26
Full (HQ) : Download here
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

* Credit untuk : Hafiz Adam , Aidilx dan watchnurkasih

Episod akhir drama Nur Kasih terbaik

27 Nov

Drama Nur Kasih terbaik! Semuanya perfect for me. Pelakon drama Nur Kasih tak sehebat mana pun. In fact, saya bukan kenal semuanya. Familiar pun dalam drama Nur kasih ni cuma watak Aliya, Mak Aliya dan juga watak Aidil.

Pelakon-pelakon lain, tak berapa kenal. huhuhu.

nur kasih

Baru lepas menonton episod terakhir drama Nur Kasih ni. Terbaik. Kalau drama yang bermotif macam ni, terus dibuat filem pun saya setuju. Im sure akan buat review terbaeeeeekk punya. hehehe.

Pada saya, drama macam ni lah yang Malaysia perlukan untuk tonjolkan nama Malaysia sebagai negara Islam. Drama ni boleh ditonton semua peringkat umur. Walaupun, motif utama dama Nur Kasih ni berkisar tentang Islam…tapi, tidak keterlaluan cara penyampaiannya.

Sederhana saja tapi mesejnya saya pasti sampai pada penonton semua. kan?

Pelakon-pelakon drama Nur Kasih juga, pada saya berjaya membawa watak mereka dengan baik. Main cast, macam watak Nur tak perlulah disangkal. Bila Nur menangis, ramai yang rasa nak menitiskan air mata juga. kan?kan? hehehe

Watak Adam. Perfect! Lelaki kampung, kemudian ke berjaya di negara asing, mula berubah menjadi Islam yang sekadar Islam pada agama  saja, menjadi lelaki yang ingin mengubah dirinya menjadi lebih baik, kemudian menjadi mangsa perang, at the end menjadi lelaki tempang. Wow! Good job lah for him :)

Eh, saya juga suka dengan watak  Sarah! Setiap kali keluar watak Sarah, saya mesti rasa nak masuk tv dan tolong betulkan cara Sarah pakai tudung tuh. Senget-senget lah. hahaha. Tapi, Sarah the best jugak! Sarah pandai bermain dengan ekspresi muka! Mimik muka dah buat saya menyampah. hahaha

Secara keseluruhannya, pada saya drama Nur Kasih berjaya menghiburkan hati saya. Oh, terima kasih TV 3. kwang kwang kwang


Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.