Tag Archives: new year

Semua nak pasang azam. Mungkin ini azam terbaik daripada saya!

31 Dec

Tahun baru 2010 tinggal lagi beberapa jam saja. Apa azam Tahun baru 2010 korang ek? Azam tahun baru 2010 saya sangat simple. InsyaAllah, nanti saya kongsikan naa :)

Sebelum tu, saya nak ucapkanĀ  selamat ulang tahun ke ” ” buat teman saya. Beb, sesungguhnya kamu sudah semakin meningkat dewasa tahun ini. Sudah-sudahlah membuli dan menjeleskan empunya blog ini yek. kehkehkeh. Happy birthday ye!

happy_new_year

Ok, berbalik soal azam tahun 2010.

Saya sebenarnya kurang selesa bila menyentuh bab ini. Bukan apa. Cuma tidak mahu meratapi sesuatu yang tidak kesampaian saja. Tapi, kali ini saya perlu positif dengan semua perkara.

Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan menyesal dengan apa saja yang telah berlaku sepanjang tahun 2009 ini. Walau pahit kenangan dan perjalanan hidup, itukan takdir saya. Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Lagi-lagi Tuhan.

Esok, saya dan kamu akan melangkah masuk ke tahun baru 2010.

Saya punya impian dan azam. Kalau boleh, saya mahukan yang terbaik daripada Tuhan. Hidup kita bukan untuk bersedih buat selamanya, jauh sekali untuk berduka. Ayuh, bangun dong! :)

Hah. simple kan azam saya? hahahaha. Maybe orang lain, akan senaraikan perkara yang dia mahu. Tapi, saya tidak . Cukuplah saya minta yang terbaik daripada Tuhan untuk hidup saya.

Perjalanan hidup saya, walau apa yang saya mahu tetapi saya juga tahu. Semuanya kerja yang di Atas. Rasa segan pula bila saya pandai-pandai mahukan itu ini.

For me, mahukan yang terbaik adalah permintaan TERBAIK dan sudah mencukupi daripada hamba untuk Tuhannya ;)

Selamat Tahun Baru 2010 semua!!


Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.