seo
Tag Archives: money

Page Rank dan Alexa. Blog Korang Di Takuk Mana?

4 Apr

Page Rank sudah updated. Alhamdulilah, blog cap ayam ni naik 1 tangga daripada Page Rank 2 kepada Page Rank 3. Lawak jugak, tak sia-sia baca dan jadi pengikut setia bro Rohaizad. Adalah jugak perubahan dalam dunia blogging yang main lama makin mabeles ni.hehehe

Oh, syukurlah even baru PR3.hahaha

Dapat info pasal Page Rank yang dah di”updated” ni pun daripada blog Rohaizad. Berapa Page Rank Rohaizad tu? Hok olah, blogger tegar tu sure lah lagi ligat woo. Rasanya blog Rohaizad.com tu bukan satu-satunya blog beliau.hehehe. Im sure ada blog lain yang Page Rank dia jauh meninggalkan daku.wahahaha. Tepuk tangan sama-sama.

Rasa seronok juga bila Page Rank untuk blog cap ayam ni naik setapak. Betul orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Rajin usaha, adalah hasilnya nanti. Saya tak kisah, biarpun Page Rank tak sebehat blog-blog kelas atasan pilihan saya pun tak apa.

Masing-masing ada rezeki sendiri. Lebih usasah, lebihlah hasilnya.hehehe

Dengar cerita, blog Nazrien.com pun sudah naik setapak lagi. Kalau dulu, dengan Page Rank 3. Pagi tadi saya terbaca status twitter beliau dan nampak gembira sangat dia. Beb, website dia dah Page Rank 4 woo. Tahniah! * Kau rajin dan sangat kreatif dalam setiap penulisan kau. Good luck ye!

Entri terbaru bro Rohaizad ada mentioned jugak tentang tips untuk sesi kejar-mengejar dalam Alexa. hehehehe. Saya teruja baca entri tersebut. Jauh sungguh blog saya ketinggalan dengan blog Rohaizad.wakakaka. Kalau tak percaya, boleh baca entri tersebut di sini.

Saya kuatkan juga hati nak check  Alexa blog cap ayam ni. Tak kisahlah. Kita kena terima kenyataan dalam hidup.muahaha. Inilah hasil usaha saya selama ni. Gwe redha jugaklah.

p/s: Saya teringin nak ada PR7. Macam mana?hahahaha *Joke lah yek

Saya Menang RM400 Untuk Contest Hidup Berani Untuk Gagal

25 Feb

Keputusan Contest Hidup Berani Untuk Gagal sudah ramai yang tahu. Rasanya. Alhamdulilah, saya tersenarai sebagai pemenang di dalam kategori Top Ranking google.com.my. Oh, tak tahu nak kata apa. Syukur sangat-sangat. First time mencuba join contest yang sangat berilimiah, contest SEO yang saya langsung tak tahu sebelum ni, bergantung harapan dengan blog cap ayam yang baru berusia 3 bulan waktu itu dan akhirnya saya berjaya.

Bro Denaihati ada memperlawa pada para pemenang untuk buat 1 entri khusus berkenaan keputusan Hidup Berani Untuk Gagal ni dan war-warkan hal kemenangan ni. Tapi, dek kerana saya terlalu busy untuk menyiapkan proposal projek Master’s saya. huhuhu. Tak dapat jugak saya siapkan entry ini.

Lagipun, saya tak selesa pula nak canang kat semua orang yang saya menang contest tuh. hehehe.

Mungkin ada yang masih tidak tahu senarai  penuh pemenang contest Hidup Berani Untuk Gagal ni. Jadi, kat bawah ni saya letakkan link blog-blog para pemenang ok. Untuk senarai penuh pemenang termasuk jumlah insentif referral contest ni, bolehlah dapatkan di blog bro Denaihati ok.

Top 10 Ranking @ google.com

1. www.fakhriramley.com/Menang RM400.00 + RM50 (Ranking no 1)

2. www.aenaz.com/archives/2009/12/06/hidup-berani-untuk-gagal/Menang RM400.00

3. melayuboleh.kmzack.com/Menang RM400.00

4. denaihati.blogspot.com/2009/…/contest-hidup-berani-untuk-gagal.htm : Tidak layak menang

5. www.mohdhafizuddin.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal.htmlMenang RM400.00

6. beliamuda.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal/Menang RM400.00

7. www.melayubolehzone.co.cc : Sudah menang dalam katogeri lain.

8. wawwi.comHadiah saguhati RM100.00

9. lili-aimhigh.blogspot.comHadiah saguhati RM100.00

10. sibintang.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal/ : Sudah menang dalam katogeri lain.

Top Ranking @ google.com.my

1. www.aenaz.com/archives/2009/12/06/hidup-berani-untuk-gagal : Hadiah utama sudah menang dalam katogeri lain + RM50 (Ranking no 1)

2. beliamuda.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal/ : Sudah menang dalam katogeri lain.

3. melayuboleh.kmzack.com/ : Sudah menang dalam katogeri lain.

4. www.melayubolehzone.co.ccMenang RM400.00

5. www.azizwan.com/hidup-berani-untuk-gagal/Menang RM400.00

6. sibintang.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal : Menang RM400.00

7. azuanrazi.com/Menang RM400.00

8. www.lizarazak.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal/Menang RM400.00

9. blog.mohdisa.com/contest/hidup-berani-untuk-gagal/Hadiah saguhati RM100.00

10. wawwi.com/hidup-berani-untuk-gagal/ : Sudah mendapat hadiah saguhati dalam katogeri lain.

11. josh.my/2009/…/josh-lim-budak-cina-yang-hidup-berani-untuk-gagal/Hadiah saguhati RM100.00


Pagi ini lepas saya isi minyak kereta buatan Malaysia saya tuh kat Petronas. Tergerak pulak hati saya nak pergi ke mesin ATM. Padahal saya tahu, duit dalam account Maybank saya cuma cukup untuk makan McDonald sekali aje. wakakaka.

Saya slumber check baki duit dan eh eh eh bertambah! Yeah, bro Denaihati dah masukkan “hadiah” saya. Thanks sangat-sangat. Orang kata, Tuhan tahu yang terbaik untuk kita. Sebab itu, saya jarang nak mengungut kalau tak ada duit langsung dalam tangan. Saya percaya, rezeki tu Tuhan dah tetapkan nilai, masa dan waktu bila akan jadi milik kita.

Macam dapat durian runtuh hari ini. Belum habis happy dengan duit dalam akaun Maybank, saya check pulak CIMB. Saya hairan, mana pulak datangnya duit banyak-banyak ni? Dalah hati saya fikir, takkan abang-abang saya? Kalau mereka yang kasi, biasanya tak main masuk akaun. hmm.

Puas saya fikir, sampai nak keluarkan duit dari akaun CIMB pun tak jadi. Tak tahu duit tu dari mana. Saya balik ke makmal komputer tempat saya belajar dan bekerja. Saya check  CIMB click. Saya semak transaksi yang saya lakukan sebelum ni. Oh ok. Duit tu hasik penat lelah saya bersama Nuffnang!!

Saya yang clear kan cheque dan saya lupa. Bagus betul kau Liza! hahaha

Alhamdulilah, tabung saya ada sedikit amaun. Macam tahu-tahu aja saya perlukan duit. Saya bercadang nak jual produk-produk HPA (website lama ni kurang menarik, tak ada feel nak update.ahaks!) dan Cosway secara online. Cuma, tak ada modal nak mula. Bila dapat duit macam ni, rezeki lah kan? kukuku. InsyaAllah, kalau shopping cart saya macam dah cun nanti saya boleh mulakan bisnes online pulak! lalalala.

Pray for me ;)

p/s: baru 4 hari dengan Innity. Tapi, dah nak dekat RM 10 dalam akaun saya dengan 1 aje blog berdaftar. Saya dah start nak jatuh cinta dengan Innity tapi rasa sayang dengan Nuffnang tetap ada. hehehehe. Saya nak tengok performance Innity dalam 2 weeks lagi. If ok, akan saya teruskan tapi setakat ni status Glitterati saya masih maintain. hmm.

Buat Duit Mudah Dengan Sponsored Tweets!

9 Feb

Buat duit dengan Sponsored Tweets. Alhamdulilah, tak sia-sia saya ikut jejak langkah Denaihati untuk mencuba nasib dengan Sponsored Tweet pula. Akhirnya, pihak Sponsored Tweets menawarkan saya tugasan. Oh, best sungguh.

Sebenarnya, tawaran tugas yang saya perolehi daripada Sponsored Tweets ni bukan lah baru. Saya terima 2 minggu lepas. Saya sengaja tidak mahu war-warkan dahulu. Risau kalau tidak diterima. kehkehkeh. Alhamdulilah, sekarang akaun saya sudah pun ada USD 2.

Tak banyak sebab saya baru bermula. Pelan-pelan kayuh maa. Yang best nya, amaun tu dalam USD Dolar. hehehe. Tidak susah mana pun saya lihat Sponsored Tweets ni rupanya. Cuma, syarat pertama untuk apply saja yang maybe agak cerewet sikit. Korang perlu ada at least 100 followers di twitter, sudah join at least 60 hari dengan Twitter dan ada 100 status update untuk join program Sponsored tweets. hehehe

Mungkin ada yang masih tidak tahu tentang Sponsored Tweets ni kan? Jangan risau, sebab bukan saja yang tidak tahu tentang ini. Pasti ada bloggers lain yang belum pernah dengar pun tentang Sponsored Tweets woo. Relax maa. Sudah ada yang baik hati menerangkan tentang bagaimana korang boleh buat duit dengan Sponsored tweets ni.

Terima kasih buat bro Denaihati kerana merajinkan diri menyediakan tutorial bagaimana mahu sertai Sponsored Tweets ni. Pada sesiapa yang mahu join boleh Lawat website Sponsored Tweets di sini dan kemudian, ikut semua tutorial daripada bro Denaihati. InsyaAllah, korang tak akan mengalami masalah woo. Kacang maa :)

Selain Denaihati, korang boleh jugak gunakan tips daripada saudara Zuls untuk dapat lebih peluang dipilih oleh pihak Sponsored Tweets untuk memilih jika ada tugasan baru oleh pihak advertiser. hehehe. Ikut semua tips oleh saudara Zuls di sini

Once korang dah setting semua cantik-cantik, jadi bolehlah tunggu giliran untuk dapat tugasan ye! InsyaAllah, kalau ada rezeki tak kemana kan? Cuma, kalau tiada usaha pun tidak boleh jugak. Jadi,rajin-rajinkanlah diri belajar dan terus belajar dengan sifu.

Semestinya bukan saya, sifu di luar sana. kehkehkeh. Selamat mencuba nasib dengan Sponsored Tweets!

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.