Tag Archives: Mawi

Mereka lebih bagus daripada Mawi. Serious!

15 Nov

idola

Saya rasa lagi berbaloi-baloi bila menonton kanak-kanak berumur 7-12 tahun menyanyi daripada menyaksikan tontonan orang-orang dewasa berpusing-pusing dengan baju ala-ala barbie doll dalam Sehati Berdansa tadi.

Sumpah, tak comel langsung pun. Scha saja yang nampak comel. Itupun, sebab dia memang cantik pada dasarnya. wakakaka. Kalau saya yang pakai baju gaun sependek tuh, pasti mak saya lempang pipi saya bertalu-talu macam dia main kompang dulu-dulu.

Nasib baik bulu kaki semua tadi rapi.Tapi, kalau dekat-dekat tak tahulah pulak saya. wakakakaka.

Oh ya, tak mau cakap pasal Sehati berdansa. Saya nak cerita pasal program Idola Kecil 2 dekat TV 9 tadi. Pergh! Berbisa dowh budak-budak tu. Umur 10 tahun, dan ada yang 12 tahun.

Masing-masing bawak lagu Indie Band woo. Tabik spring jugaklah. Faizal Tahir pun saluted ngan budak-budak tuh. Juri tetap Atilia. Shes gojes and i like her style yang tak pernah nak buat budak-budak tu rasa teruk gila even persembahan ada jugak yang tak bagus.

Tapi, honestly. Nyanyian mereka terbaik berbanding budak-budak Akademi Fantasia woo. Kecuali Stacy dan Hafiz. ahaks!

Nak tepek video pun, rasanya belum ada yang upload kot. Pandai-pandai lah korang tengok dekat website TV9 naa. wakaka. Gila kejam aku ni :P Tak rugi pun tengok unless korang ni memang tak suka budak-budak.hahaha.

Ada jugak manusia yang pelik macam tu. Pandang cemetot aja budak-budak ni. Eh, berbaloi dan rasa worth it tau habiskan bil elektrik tengok budak-budak ni daripada korang habiskan duit vote Mawi. hahahaha. *sorry fans Mawi :)


Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.