seo
Tag Archives: Malaysia

Jual Kondom Dah Macam Jual Gula-gula!

26 Mar

Kadang-kadang, saya malu nak mengaku Malaysia ni negara yang agama rasminya adalah Islam. Bukan apa, saya pening. Saya pelik. Kenapa kondom mesti dijual dengan slumber badak ye?Depan-depan tempat kaunter bayaran pulak tuh. Al-Quran terjemahan tak nak pulak letak dekat situ.

Pelik kan? Manusia memang sukakan fantasi seks.hahaha

Tadi, saya ke kedai. Lepas belek-belek barang yang saya mahu, saya ke kaunter bayaran. Entah macam mana, ada makluk depan saya yang bikin saya nak henyak. Serious, memualkan. Umurnya mungkin belasan atau mungkin juga awal 20-an barangkali.

“Nak yang mana? Yang ini ke yang ni?”, tanya si lelaki pada perempuan.

Sambil tersengeh-sengeh, si perempuan sengal ni jawab “mana-manalah. perisa lain-lain pun ok”

Muka sengeh macam nak suruh saya sepak aja punggung sorang-sorang. huwaa!!! Adoi, pleaselah. Next time saya rasa masa mesyuarat, kerajaan Malaysia kena timbulkan isu ni lah. hahahaha. Nak suruh kawal maksiat, nak suruh orang ambil tindakan bila ada kes pembuangan bayi lah itu ini.

Tapi, apa kejadah benarkan si KONDOM pendorong maksiat tu kat depan-depan kedai wei. Macam ni jelah, saya sebagai rakyat Malaysia yang macam segan nak tengok aksi budak-budak sekolah beli KONDOM dengan slumber badak ayam serama depan kaunter, menyarankan kerajaan Malaysia membenarkan hanya premis-premis TERTENTU sahaja seperti farmasi contohnya untuk hak penjualan KONDOM ini.

Harap maklum. hehehe

Kes Liwat Datuk Anwar Ibrahim, Saya Hakimnya

5 Feb

Kes liwat Datuk Anwar Ibrahim menjadi tajuk bualan di mana saja sekarang. Asal kes liwat Datuk Anwar Ibrahim, masing-masing teruja nak tahu keputusan. Saya tidak. Tidak berminat dengan kes liwat Datuk Anwar Ibrahim tu.

Tak pasti kenapa, mungkin kerana saya tidak berminat dengan isu politik di Malaysia.

Saya rasa, kita rakyat biasa. Rakyat kelas bawahan ni tak perlu nak judge itu ini. Saya beri contoh. Seorang teman saya, pantang melihat wajah Datuk Anwar Ibrahim di dalam TV sekarang. Asal ada saja kelibat, bermacam-macam makian dia lemparkan.


“bodoh punya Anwar. Memang dah salah, lagi nak buat-buat muka baik. Bini pun sama.”

Sorry ar kawan. Rasanya, tak perlu emosi sangat. Kita rakyat kelas bawahan ni tak dapat apa-apa. Kalau sekali dua makian tu, rasanya boleh diterima. Tapi, kalau dah selalu sangat, melampau woo. Kamu siapa? Peguam Datuk Anwar ke peguam si mangsa, Saiful Bukhari?

Kedua-duanya bukan kan? hehehehe

Masalah rakyat Malaysia. Dari dulu, sampai sekarang. Cakap belakang tak sudah-sudah. Depan TV, habis satu buku makian dia berani keluarkan. Kalau suruh jumpa sendiri, terkebil-kebil pulak. Balik-balik suruh wakil rakyat. Bila tak diikut, bising-bising kononnya wakil rakyat tak jalankan tanggungjawab.

Haih. Macamlah rakyat ada 5 orang je kan? ;P

Tiada apa sangatlah nak saya cakap. Hari ini pun, hari Jumaat. Hari berbaik-baik. hahaha. Cuma, saya nasihatkan, kalau hidup janganlah terlalu emosional. Bila nak emo, pandanglah kanan kiri dulu. Terlebih emo, malu nanti orang lain tengok. ahaks!

Permohonan Maaf AdukaTaruna Kepada Rakyat Malaysia, Saya Terima!

25 Jan

Permohonan maaf AdukaTaruna saya terima. Saya berhak masuk campur di dalam isu yang agak hangat ini. Saya anak Malaysia dan lebih membanggakan lagi, saya adalah anak jati negeri Johor Darul Takzim. AdukaTaruna, kamu buat silap besar dengan mencarut tentang kemangkatan Sultan kami .

Kamu tahu?Kamu sedar? Syukur kamu cepat sedar. Alhamdulilah.

Terima kasih buat saudara Rohaizad kerana menyebarkan cerita ini. Kalau tidak, sumpah saya tidak tahu menahu. Terima kasih sekali lagi. Mungkin ada yang masih tidak tahu senario yang sedang saya bicarakan kali ini.

Begini. mengikut pemahaman saya melalui apa yang  saudara Rohaizad tuliskan di blog beliau, ada seorang blogger hebat (katanya) yang sudah tersilap langkah dengan mencarut di dalam entry beliau sebelum ini berkenaan cerita kemangkatan DYMM Sultan Johor.

Malangnya, entry kurang sopan dan penuh tidak beradab itu sudah dibuang oleh AdukaTaruna sendiri selepas mengalami sindrom rasa bersalah. Terkena daulat barangkali. Di bawah, antara isi entry di mana beliau dengan rasa penuh kesedaran memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan Johor khususnya.

Baiklah. Rasanya, mana yang belum tahu tentang kisah ini sudah pun dapat meneka apa perasaan saya waktu ini kan? Wa hangin woo ada manusia yang tidak tahu menjaga adab anak melayu macam ini. Nah, terima padahnya. Mungkin akan ada rakyat Malaysia yang boleh maafkan kamu, tetapi pasti ada juga yang berat untuk terima permohonan maaf kamu juga.

Tidak apalah. Perkara dah jadi, bukan?

Sekurang-kurangnya kamu berani mengaku salah. Jadikan isu ini sebagai pengajaran ya :) Kita anak Malaysia, kita orang Melayu, kita diajar tentang adab dan bukannya biadap. Fikir-fikirkan lah dan jangan lupa berkabung bersama kami pun cool juga ;)

p/s: Saya berkabung selama 7 hari. Apalah sangat susahnya memakai tudung putih setiap hari selama 7 hari dengan harga kesetiaan kan??? Peace korang!

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.