Tag Archives: Malaysia

Trip to Kota Tinggi Waterfall. Kami Student Tak Sedar Diri Nak Final Exam!

10 Apr

Entri bergambar ni sebenarnya untuk saya simpan kenangan dengan kengkawan masa pergi Kota Tinggi Waterfall last week. Rasanya, last saya pergi waterfall ni masa saya darjah 6 kot. Oh ok. Lebih kurang, umur saya 26 tahun sekarang. So, maksudnya lebih kurang 12 tahun jugak saya tak sampai kat Kota Tinggi Waterfall ni.

Phew, teruja nya Tuhan aje lah tahu. wahahaha. Al-maklum lah orang JB ni ketandusan tempat kalau nak riadah macam ni. Kalau shopping mall tu melambak lah jugak dekat JB ni. Kalau nak jumpa beach ke air terjun, minta maaflah. Silalah drive lebih kurang 2 jam jugak baru nak jumpa Desaru, Air Papan, Batu Layar or at least 1 hour jugak baru dapat tengok Air Terjun. wahahaha.

So, kiranya inilah percutian ke tempat yang ada air, yang boleh berenang dan boleh menikmati keindahan alam dan fauna terdekat dengan bandar Johor Bahru. muahaha. Yehaa, Kota Tinggi Waterfall terbaik ah (Sebenarnya tak pun sangat.kikiki). Kalau rasa teruja tengok gambar we all main air, datang lah lepas ni yek :P

Oh ya, dah alang-alang ni. Saya kenalkan juga classmates saya. Majoriti memang from Iran. Cuma, disebabkan saya dan seorang teman saja yang ada kereta, ini ajalah yang dapat join. huhu. Lagipun, musim final exam. Ramai yang nak study dan kami ni semua tergolong dengan manusia-manusia yang stud last minute. wakakaka. Hampeh. Jangan ikut.

Davoud, me, Syida, Hosein

Mereka jakun.ahaks!

Me, Robab, Behnaz

Pulang, marilah pulang

Robab, Behnaz, Me, Hosein, Saman, Amin, Davoud

Kami Tak Kenal Siapa Bunga di Belakang itew.ahaks!

Yes, Kami mandi dalam hujan lebat.hehehe

Maklumta lanjut mengenai Kota Tinggi Waterfall, klik di sini. Ada gambar air terjun! Masa we all pergi, ramai orang dah. Tak dapat nak lepak bawah air terjun. So, no gambar lah. hohohoho

p/s: Tak payah pandang lama-lama. Memang mata saya sepet. muahahaha. Satu-satunya anak yang mewarisi mata arwah ayah tersayang. Walla!

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009

5 Apr

Akhirnya. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 sudah pun tamat dengan jayanya. Tahniah buat semua para pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian kali ini. Cukup meriah bagi saya. Senarai Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2009 boleh korang baca dalam list di bawah ini ok.

1. Anugerah Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Haji Nawawi

2. Anugerah Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana

3. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

4. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

5. Penyanyi Duo/Artis Berkumpulan – Bunkface (kalah plak Hujan)

6.  Artis Komedi Lelaki Popular – Nabil Raja Lawak

7. Artis Komedi Wanita Popular – Noorkhiriah

8. Artis Baru Lelaki Popular – Black Mentor

9. Artis Baru Wanita Popular – Yunalis Zarai

10. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak

11. Pelakon TV Wanita Popular – Tiz Zaqyah

12. Artis Nasyid Popular – Rabbani

13. Penyanyi Lelaki Popular – Aizat

14. Penyanyi Wanita Popular – Siti Nurhaliza

15. Pelakon Filem Lelaki Popular – Que Haidar

16. Pelakon Filem Wanita Popular – Liyana Jasmay

17. Anugerah Sepanjang Hayat – Datuk Khadijah Ibrahim

18. Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian – Datuk Siti Nurhaliza

Adatlah. Bila bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Tapi, saya rasa keputusan untuk Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2009 ni sangat buat saya rasa berpuas hati.hahaha *tak pasal-pasal

Sekurang-kurangnya, tak adalah saya tengok Fasha Sandha yang tak sehebat mana pun naik terkedek-kedek atas pentas dan berucap gagap-gagap lagi tahun ni. Cuma, sedikit terkila sebab Maya Karin tak ada menang pulak kali ini. Mungkin betul, bila sudah kahwin..publisiti kureng dan nak menang anugerah popular ni macam susah sikit. hohoho.

Tak apa, cuba next time ye!

Cuma, dalam ramai-ramai artis. Saya sakit mata yang amat dengan pakaian Watie Elite. huhu. Sekali pandang, macam tak pakai baju aja. Nipis sangat kot. huhuhu. Nasib baik kali ni tak ada Rozita Che Wan :P

Anyway, persembahan not too bad lah tahun ni. Tapi, kalau ditanya pada saya persembahan mana yang paling mantap habis..saya akan pilih persembahan Alyah & Dayang Nurfaizah!!!!! Pergh. Saya bukan peminat mereka berdua tapi saya sangat teruja dengan persembahan diorang woo. Alyah mantap giler dan Dayang sangat-sangat pandai main lenggok ek? hehehe.

Tahniah buat semua! Ops, lupa pulak. Pengacara? Even Kak Engku & Shahira selalu buat sesuka hati mak nenek atas stage tapi saya tetap sukakan keletah mereka dari dulu sampai la ni. muahahaha! Mereka sangat spontan. Cuma, terlalu slumber sangat sampai bawak baby. kikiki. Baby Shahira so cute!!!!

Jual Kondom Dah Macam Jual Gula-gula!

26 Mar

Kadang-kadang, saya malu nak mengaku Malaysia ni negara yang agama rasminya adalah Islam. Bukan apa, saya pening. Saya pelik. Kenapa kondom mesti dijual dengan slumber badak ye?Depan-depan tempat kaunter bayaran pulak tuh. Al-Quran terjemahan tak nak pulak letak dekat situ.

Pelik kan? Manusia memang sukakan fantasi seks.hahaha

Tadi, saya ke kedai. Lepas belek-belek barang yang saya mahu, saya ke kaunter bayaran. Entah macam mana, ada makluk depan saya yang bikin saya nak henyak. Serious, memualkan. Umurnya mungkin belasan atau mungkin juga awal 20-an barangkali.

“Nak yang mana? Yang ini ke yang ni?”, tanya si lelaki pada perempuan.

Sambil tersengeh-sengeh, si perempuan sengal ni jawab “mana-manalah. perisa lain-lain pun ok”

Muka sengeh macam nak suruh saya sepak aja punggung sorang-sorang. huwaa!!! Adoi, pleaselah. Next time saya rasa masa mesyuarat, kerajaan Malaysia kena timbulkan isu ni lah. hahahaha. Nak suruh kawal maksiat, nak suruh orang ambil tindakan bila ada kes pembuangan bayi lah itu ini.

Tapi, apa kejadah benarkan si KONDOM pendorong maksiat tu kat depan-depan kedai wei. Macam ni jelah, saya sebagai rakyat Malaysia yang macam segan nak tengok aksi budak-budak sekolah beli KONDOM dengan slumber badak ayam serama depan kaunter, menyarankan kerajaan Malaysia membenarkan hanya premis-premis TERTENTU sahaja seperti farmasi contohnya untuk hak penjualan KONDOM ini.

Harap maklum. hehehe

Kes Liwat Datuk Anwar Ibrahim, Saya Hakimnya

5 Feb

Kes liwat Datuk Anwar Ibrahim menjadi tajuk bualan di mana saja sekarang. Asal kes liwat Datuk Anwar Ibrahim, masing-masing teruja nak tahu keputusan. Saya tidak. Tidak berminat dengan kes liwat Datuk Anwar Ibrahim tu.

Tak pasti kenapa, mungkin kerana saya tidak berminat dengan isu politik di Malaysia.

Saya rasa, kita rakyat biasa. Rakyat kelas bawahan ni tak perlu nak judge itu ini. Saya beri contoh. Seorang teman saya, pantang melihat wajah Datuk Anwar Ibrahim di dalam TV sekarang. Asal ada saja kelibat, bermacam-macam makian dia lemparkan.


“bodoh punya Anwar. Memang dah salah, lagi nak buat-buat muka baik. Bini pun sama.”

Sorry ar kawan. Rasanya, tak perlu emosi sangat. Kita rakyat kelas bawahan ni tak dapat apa-apa. Kalau sekali dua makian tu, rasanya boleh diterima. Tapi, kalau dah selalu sangat, melampau woo. Kamu siapa? Peguam Datuk Anwar ke peguam si mangsa, Saiful Bukhari?

Kedua-duanya bukan kan? hehehehe

Masalah rakyat Malaysia. Dari dulu, sampai sekarang. Cakap belakang tak sudah-sudah. Depan TV, habis satu buku makian dia berani keluarkan. Kalau suruh jumpa sendiri, terkebil-kebil pulak. Balik-balik suruh wakil rakyat. Bila tak diikut, bising-bising kononnya wakil rakyat tak jalankan tanggungjawab.

Haih. Macamlah rakyat ada 5 orang je kan? ;P

Tiada apa sangatlah nak saya cakap. Hari ini pun, hari Jumaat. Hari berbaik-baik. hahaha. Cuma, saya nasihatkan, kalau hidup janganlah terlalu emosional. Bila nak emo, pandanglah kanan kiri dulu. Terlebih emo, malu nanti orang lain tengok. ahaks!

Permohonan Maaf AdukaTaruna Kepada Rakyat Malaysia, Saya Terima!

25 Jan

Permohonan maaf AdukaTaruna saya terima. Saya berhak masuk campur di dalam isu yang agak hangat ini. Saya anak Malaysia dan lebih membanggakan lagi, saya adalah anak jati negeri Johor Darul Takzim. AdukaTaruna, kamu buat silap besar dengan mencarut tentang kemangkatan Sultan kami .

Kamu tahu?Kamu sedar? Syukur kamu cepat sedar. Alhamdulilah.

Terima kasih buat saudara Rohaizad kerana menyebarkan cerita ini. Kalau tidak, sumpah saya tidak tahu menahu. Terima kasih sekali lagi. Mungkin ada yang masih tidak tahu senario yang sedang saya bicarakan kali ini.

Begini. mengikut pemahaman saya melalui apa yang  saudara Rohaizad tuliskan di blog beliau, ada seorang blogger hebat (katanya) yang sudah tersilap langkah dengan mencarut di dalam entry beliau sebelum ini berkenaan cerita kemangkatan DYMM Sultan Johor.

Malangnya, entry kurang sopan dan penuh tidak beradab itu sudah dibuang oleh AdukaTaruna sendiri selepas mengalami sindrom rasa bersalah. Terkena daulat barangkali. Di bawah, antara isi entry di mana beliau dengan rasa penuh kesedaran memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan Johor khususnya.

Baiklah. Rasanya, mana yang belum tahu tentang kisah ini sudah pun dapat meneka apa perasaan saya waktu ini kan? Wa hangin woo ada manusia yang tidak tahu menjaga adab anak melayu macam ini. Nah, terima padahnya. Mungkin akan ada rakyat Malaysia yang boleh maafkan kamu, tetapi pasti ada juga yang berat untuk terima permohonan maaf kamu juga.

Tidak apalah. Perkara dah jadi, bukan?

Sekurang-kurangnya kamu berani mengaku salah. Jadikan isu ini sebagai pengajaran ya :) Kita anak Malaysia, kita orang Melayu, kita diajar tentang adab dan bukannya biadap. Fikir-fikirkan lah dan jangan lupa berkabung bersama kami pun cool juga ;)

p/s: Saya berkabung selama 7 hari. Apalah sangat susahnya memakai tudung putih setiap hari selama 7 hari dengan harga kesetiaan kan??? Peace korang!

Merry Christmas!!! Lizarazak hilang

25 Dec

Im now on my way to Bandar Banyak Kereta. Kuala Lumpur! Kadang-kadang, saya kagum dengan manusia yang tetap sabar dengan karenah Kuala Lumpur. Maksud saya, bukan anak jati Kuala Lumpur. Si perantau yang saya tujukan.

merry_christmas_1

Mungkin ada juga tidak selesa tinggal di Kuala Lumpur. Saya pasti, ada yang bosan sudah kan dengar bandar hipokrit Kuala Lumpur. Kadang-kadang, hidup tidak semewah mana, makan minum cukup-cukup aja. Cuma, dah nama orang Kuala Lumpur.

Starbucks jugalah tempat minum paling cikai. Alahai.

Eh eh, tak sengaja pulak terngumpat Kuala Lumpur. hehehe. Sorry. Saya sengaja tetapi tak nak mengaku dah mengutuk. ahahahaha.

Entri ini ditulis sekadar mahu inform yang tuan blog cap ayam akan bercuti sempena Christmas ni. Im supposed to go back to Brunei tomorrow for my cousin’s wedding ceremony. Last minute discussion. Tak jadi sebab macam baru saja naik flite last month. hahaha.

Pengumuman pemenang contest 3 in 1 akan diumumkan minggu hadapan. Minta maaf atas kelembapan saya sendiri.Bukan apa, semua yang join bagus-bagus banget. Pusing gwe mahu pilih yang mana woo :P

Buat mereka yang menyambut hari Natal, Merry Christmas guys!

Tadi, mak berlaku kejam dengan saya. Saya kata, “kan bagus kalau masa raya ada Santa yang hantar present kan?”. My mom bagi jawapan menusuk peparu, “present dengan pahala yang malaikat bawa dari langit, nak yang mana satu?”

Pergh. Masih terasa kemaluan teramat sangat.wakakaka! Oklah, nak undur diri dulu ya. Bersuka ria lah korang selagi boleh. Jangan sesekali merasa give up untuk terus hidup ok. Dunia Tuhan ni menarik woo! Love you all :)

I’m supposed to go back to Brunei this Saturday

Jaya Jusco Melaka Meletup

15 Dec

Jaya Jusco Melaka pula menerima padah kali ini. Jaya Jusco Melaka mungkin juga terkena badi KB Mall yang runtuh tempoh hari. Bezanya, Jaya Jusco Melaka meletup dan bukan runtuh. Rosaklah rancangan untuk majlis pembukaan rasmi Jaya Jusco Melaka yang sepatutnya diadakan pada Khamis ini.

jaya jusco melaka

Jaya Jusco menerima nasib malangnya itu semalam (14 /12/2009).

Bukan isu nasib Jaya Jusco Melaka sebenarnya yang harus kita debatkan, tapi lebih kepada apa sudah jadi dengan hasil kerja kontraktor-kontraktor Malaysia sekarang! Memikul tanggungjawab sewenangnya ke? Entahlah

Difahamkan, Jaya Jusco Melaka ini meletup gara-gara terdapat kebocoran pada saluran gas di dalam pusat membeli belah tersebut. Dibawah, sedikit info mengenai kejadian yang dilaporkan seperti di dalam akhbar Mstar.

Seorang terbunuh manakala 16 lagi cedera apabila kebocoran pada saluran gas di Aeon Jusco Mall di sini menyebabkan satu letupan besar sehingga menjejaskan persiapan untuk pembukaan rasmi gedung membeli-belah itu Khamis ini.

Aeon Jusco Mall Melaka yang terletak di Jalan Lagenda, Bachang itu bakal menjadi gedung Jusco yang terbesar di Malaysia.

Dan persiapan untuk majlis pembukaannya rancak dijalankan dengan para pekerja dan penyewa sibuk menyiapkan lot/ruang kedai masing-masing apabila malapetak ini berlaku sejurus sebelum jam 1 petang tadi.
Letupan yang berlaku di bahagian medan selera aras bawah Jusco Mall itu sangat kuat sehingga meninggalkan lubang sedalam dua meter.

Kaca dan serpihan yang pecah dari letupan tersebut melayang sejauh 25 meter.

Ketika pihak bomba tiba, terdapat dua orang mangsa ditemui tertiarap di luar bangunan manakala lima mangsa diselamatkan dari runtuhan akibat letupan tersebut.

Bagaimanapun, pihak bomba menemui Tiau See Peing, 25, seorang penyelia Restoran Old Town White Coffee ditemui mati dengan kecederaan teruk pada leher dipercayai terkena serpihan yang terpelanting.

Mungkin tidak adil kalau saya atau mungkin juga yang lain menuding jari menyalahkan sesiapa. Tetapi, kalau perlu nak buat macam mana kan? Mungkin kontraktor, mungkin juga jurutera binaan, mungkin juga buruh yang diberi upah dan tanggungjawab untuk membuat saluran gas itu yang patut disalahkan untuk hal ini.

Atau, ada kemungkinan isu sabotaj? Siapa tahu kan? Kadang-kadang saya rasa Malaysia pun boleh jadi ala-ala Hollywood. Semakin banyak kontroversi merepek tetapi menghiburkan juga kadang-kadang. Hampagas.

Cukuplah. Perkara dah jadi. Mungkin kes Jaya Jusco Melaka meletup menjadi penutup kes-kes malang yang menimpa bangunan pasaraya di Malaysia untuk tahun ini ya. Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan Malaysiawood. Eh salah, MALAYSIA!!!!

Credit to AZFARUL

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.