seo
Tag Archives: lupa diri

Kronologi Ekslusif Tentang Dia, Hospital Pembunuh dan Dot Dot Dot

14 Apr

Orang yang dah pergi, tetap pergi. Kalau menangis air mata kristal pun jangan harap dia akan bangun. Waktu saya menulis entry ni, otak dan jiwa saya macam damn rindu gile dekat arwah ayahku terchenta. Rindu bukan nak ikut sekali. Saya belum buat solat taubat banyak lagi. Belum bersedia untuk together-together di alam sana.

Maaf, kalau entry ni agak macam sedih tapi macam nak ketawa sikit. Alasan saya kukuh. Saya sedih tapi at the same time, saya tak suka menangis sangat. Berdosa menangis ingatkan orang dah pergi lebih-lebih. Eh, saya pun tahu dosa tau. hehehe. Jadi, entry ni akan ada ayat-ayat spastik. Konon nak cover sedih. phew

7 tahun lepas, saya ada ayah. Yes, saya mengaku saya anak ayah. Kalau saya bergaduh dengan adik, jangan harap dia akan menang. Kalau 10 kali kami bergaduh, cuma 2 kali saja ayah menyebelahi adik. Ayah pengadil yang berat sebelah. hehehehe. Dia sayang anak perempuan dia! yuhuu

Tapi, sampai masa (gua malas nak story panjang-panjang cita sedih ni). 2 jari ayah doktor cilok. Hampeh punya doktor. Rembat jari ayah saya. Tapi, cantik sebab kaki ayah ada bentuk V disebelah kiri. Selepas pulang dari menunikan haji, ayah makin teruk. Kena infection barangkali.

Kaki kiri ayah, mula dari peha sampai ke hujung ibu jari hilang. Taraa! Kena potong dengan doktor hampeh tu lagi. Masa saya lawat ayah first time dengan keadaan tiada kaki sebelah tu, ayah cakap pada saya “abah dah tak ada kaki”. Oh saya jawab “kan ada lagi sebelah.”.

Ayah senyap. Saya tahu dia sedih. Tapi, dia tak tahu anak perempuan dia ni akan jaga dia woo.

Sebulan duduk di private hospital. Boleh keluar. Stay di rumah lebih kurang 1 week kot. Check up sekali lagi dan hampeh. Doktor suruh stay dalam wad. Jantung lemah. Tapi, ayah tak mahu. Dia kata nak duduk hospital yang anak perempuan (arwah kakak gwe) dia stay dulu. Whick is hospital yang saya sampai sekarang saya panggil “hospital pembunuh”.

Bukan sebab ayah saya meninggal dekat situ, tapi memang hospital tu punya cat pun macam mayat. Red color yang dah kurang seri.  Kalau masuk situ, sure rasa macam hospital mayat. Nurse pun mayat hidup. Bukan semua, tapi most of them bangkai punya spesies. Buat orang sakit macam ayam. (ops, terngumpat lak. sorry. sengaja)

Ok, dipendekkan cerita. Sampai masa, ayah pergi. Saya tak rasa ralat. Saya sempat mandikan, sempat pakaikan baju, sempat tolong pegang bekas kencing, sempat kipas-kipas time ayah panas (padahal gua sejuk time tuh), sempat ajar mengucap sampai berapi kali round, sempat letakkan air yasin atas bibir waktu nazak, sempat minta maaf (glad, if tak 100% kompem gua masuk neraka.hohoho).

——————————————————————————————————————————————–

Enuff. Saya bukan nak beri ceramah kekeluargaan. Cuma, pemergian ayah ni banyak ajar saya tentang hidup. Masa sakit, saya kurangkan aktiviti keluar rumah da berseronok dengan kawan-kawan (saya panggil mereka hantuwan now). Tapi, ada yang faham, ada juga yang mulut palat.

“takkan ko tinggalkan bapak ko sekejap pun tak boleh?”

Saya rasa, hantuwan saya tu perlu diajar tentang erti kasih sayang. Saya dah rejected dia as my friend. Dia tak layak jadi anak sekalipun. yehaa! Masa di hopital mayat tu pula. Boleh kata, setiap hari saya lihat orang habis nyawa. Ada yang mati terlentang sebab stroke. Koma dan say bye-bye. Ada yang lepas berbual dengan saya, makan roti dan balim ke katil terus terjelepuk. Mati dengan roti ditangan. Bila masuk ke wad HDU (Khas untuk jantung), 4 jenazah yang cuma ditutup dengan kain putih ada sekeliling ayah saya.

Ada angin, teng teng. Ternampak lah saya kaki, pipi jenazah. hukhuk

——————————————————————————————————————————————-

Abang saya pernah kata, kalau nak insaf pergi aja 2 tempat. First, pergi kubur. Second, pergi lawat orang sakit dekat hospital Sultanah Aminah tu. Jangan pergi hospital swasta tu. hahahaha. Yes,saya setuju!

Oklah. Before saya sambung kerja. Saya cuma nak ask “korang sayang ayah ke sayang boyfriend yang belum kompem lagi jadi laki korang?”, “korang dah duduk bersembang dengan ayah korang masa cuti hari tu? ke korang sibuk 24 jam dengan partner korang?”, “korang ada tolong garukan belakang badan ayah korang tak even dia tak mintak? “.

Honest saja pada diri, Kalau masih kurang tunjukkan kasih sayang pada ayah. Cepat-cepatlah sedar. Once kain kapan dah cover semua jenazah ayah korang. Jangan nak tergedik-gedik nak menangis air mata kristal dah. Time tu ayah korang dah nak say bye-bye buat selama-lamanya dah. yuhuu!

Sorry yek. Entry ni bukan nak tunjuk saya bagus. Saya bukan anak yang baik lagi. Tapi, untuk hiburkan hati sikit dan share apa yang patut saja. kuikuikuikui. DAA~

Korang Rasa, Jadi Penyabar Tu Cool Ke?

12 Apr

Kenapa dalam hidup, kita perlu tahu untuk bersabar? Apa yang kita akan dapat kalau kita sabar sabar dan terus bersabar? Saya salah seorang yang pernah suatu ketika dulu, mempersoalkan tentang perkara ini. Saya tahu dan saya mengaku, saya masih bertatih macam bayi yang kecil tentang agama.

Saya tahu siapa diri saya.

Dulu, bila sesuatu perkara buruk terjadi pada saya. Jiwa saya cepat memberontak. Rasa seakan tidak puas hati dengan dunia. Ada masa, waktu khilaf saya tiba. Saya menyalahkan takdir dan sang Pencipta. Hanya lepas puas memaki saja, baru saya rasa berdosa.

Ya, itu saya yang dulu. Saya bukan hamba yang baik. Jangan contohi saya.

Pengalaman banyak mengajar saya tentang hidup. Kisah-kisah lama yang tidak seberapa saya simpan dan ada masa saya kenang untuk bersihkan semula jiwa kecil yang kotor. Kalau diingatkan semula, pasti saya rasa kerdil sangat di sisi Tuhan.  Saya bukan berzina mahupun menogok air haram itu.

Jangan fikir sampai ke situ. Saya tidak terfikir untuk buat itu. Mahu mewarnakan rambut pun saya tidak terfikir, inikan pula mahu ke situ. (tapi yang ini sebab saya tak mahu rosakkan rambut bukan sebab saya warak!)

Kamu tahu, kalau betul pun kamu solat cukup 5 waktu dan solat taubat siang malam sekalipun. Tapi, hakikatnya kamu tak tahu apa yang kamu buat dan untuk apa kamu lakukan itu. Jangan bising-bising nak suruh orang lain solat macam kamu. Soal solat itu antara hamba dengan Pemiliknya.

Jangan melebih bila berdakwah. Saya lebih suka orang yang sederhana. Jangan samakan orang lain dengan diri kita. Mereka adalah mereka dan kita adalah kita. Lain. Kalau solat cukup, tapi soal agama yang lain kamu failed. Maksudnya iman kamu belum sekuat mana.

Ada orang, dia solat cukup semuanya. Tapi, bila ada Tuhan beri dugaan sikit. Hidup dia kacau bilau. Tak habis-habis nak salahkan takdir. Saya tak tahu apa yang dia dapat masa dia bersujud dalam solat tuh. Setahu saya, bila kita bersolat kita serahkan diri kita sepenuhnya pada Tuhan.

Sepatutnya, lebih kuat kita solat. Logiknya, makin kuatlah juga iman kita. Makin tinggilah sifat sabar dalam diri kita ;(

Biarlah. Malas saya nak cakap pasal orang lain. Cerita hal sendiri lebih selamat. Kurang dosa sikit (Inipun dah banyak dosa ni)

Lately, saya rasa macam cool sangat-sangat. Saya rasa tenang. Saya macam orang baru dalam hidup saya. Saya macam sudah tahu menerima apa saja yang terjadi dalah hidup saya hari demi hari.  Mula-mula saya confused. Saya sempat bertanya pada diri sendiri.

“Eh, kenapa aku macam tak ada perasaan nak marah ni?”

Agak lama saya bermonolog sendiri. Akhirnya, saya tahu. Al-Quran itu penyembuhnya. Yes, lama sangat sangat sangat sangat saya tak menyelak. Minta maaf, saya tahu ini statement bodoh yang akan buka pekung sendiri. Its ok, mahu mengumpat. Silakan. Saya izinkan. Dosanya zero.

Kita ni, kalau tak diberi masalah memang selalu alpa. Sekarang, saya tahu kenapa Tuhan beri saya bala tempoh hari. Itu namanya teguran. kuikuikui. Im glad, Al-Quran tu dah buat saya rasa tenang. Saya dah jadi manusia yang agak penyabar. Kalau sebelum ni, jangan main-main. ahaks!

Orang kutuk belakang, dan saya dapat tahu. Memang siap saya kutuk balik. Orang herdik saya, saya herdik balik sampai orang tu kalah. Bila duit saya hilang, saya mengamuk. Now, tak dah (bukan 100%, tapi ada bezanya lah). Saya senyum aja orang nak buat apa kat saya. Suka hati kau lah labu.

Seronok rupanya jadi sabar ye. wahahaha.

Tak sia-sia my mom beri nasihat setiap hari. Maaf, entry ni bukan mahu menunjuk. Saya cuma pacar yang hina. huwaa!!! Kalau sudi baca, bacalah dengan positif. Yang baik, ambil. Yang poyo macam berlagak (sebenarnya tidak pun), abaikan. thanks.

p/s: My mom kata, kalau malas kemas rumah tak apa. Jangan malas baca Al- Quran. Nanti buta hati. Hati saya dah lama buta dulu :(

Blogger Hebat Takkan Mudah Rasa Diri Mereka Bagus.Setuju?

6 Apr

Kalau dulu, berblog macam satu perkara yang susah gila kan? Mungkin, bila kita tanya pada 50 orang individu. Cuma 10 orang saja yang punya blog. Ah, itu zaman tok kaduk beb. Sekarang ni zaman ekspress. Semua benda nak ekspress. Kahwin ekspress. Dunia blogging pun maju macam ekspress now.

Hari ini, jangan kan kata yang sudah berumur. Budak sekolah rendah pun terhegeh-hegeh nak berblog juga. Punyalah ekspress budak-budak zaman sekarang ni naa? Maju gila! hahaha.

Tanya orang sebelah sini, sudah ada blog. Tanya pula pada orang sebelah sana sudah ada 5 blog. Kalau yang dah otai, siap ada 10 blog. Pergh! Dunia Plastik makin lama makin menarik. Masing-masing berlumba nak dapat title Blogger tegar seantero dunia, kepingan nak masuk senarai antara blogger kelas atasan dan antara aktiviti harian mereka pulak dok check Page Rank dan Alexa masing-masing. Perkara ni bukan omong kosong. Ini kenyataan dunia blogging kita.

Kadang-kadang, saya terfikir. Blogger ni sebenarnya berblog untuk kepuasan diri atau mahukan populariti?

Saya tidak mahu kupas lagi tentang isu kepuasan atau populariti di sini. Saya sudah kupaskan dengan cukup panjang lebar dalam blog Pengupas Jalanan sebagai pengupas jemputan. Klik sini jika ada hati nak baca penulisan saya yang tidak seberapa tu. Sila-sila :P

Sejujurnya, pendapat peribadi saya sangat positif.  Saya happy sangat bila dunia blogging ni makin lama makin galak.

Tidak kisahlah apa orang nak kata tentang blog kita. Kita tidak boleh nak paksa-paksa orang untuk baca apa yang kita coretkan. Itu bukan hak kita. Sudah-sudah lah dengan cara kurang bijak. You follow i, i follow you. Ya Allah, janganlah buat dekat sini.

Serious, saya tak suka cuma tak cakap aja selama ni. Konon nak jaga hati semua pihak. So, lepas ni if rasa suka nak baca blog cap ayam saya ni. Silakan. Jika tak suka pun saya tak kisah. Saya tak suka nak buat orang lain kecil hati bila saya balas macam-macam tentang isu follow memfollow ni. hehehehe. Faham-fahamlah lepas ni ek ;)

Macam-macam isu dalam dunia blogging ni.

Memang seronok kadang-kadang bila setiap entri yang kita tulis, mendapat respon. Jangan bohonglah kalau kata korang tak happy kan? Cuma, kita perlu tahu satu perkara. Sehebat mana pun kita, kalau mudah sangat lupa diri..agungkan sangat dengan pujian orang…takkan kemana lah kita.

Lambat laun, kita akan jatuh juga nanti. Saya tidak hebat pun. Tapi, saya berpegang pada perkara yang 1 ni. Bila ada yang menghina, kita terima kritikan tu dengan hati yang terbuka. Hati mana yang tak sakit, tapi kalau itu saja daya kita. Macam mana kan? Bila ada yang memuji, kita terima sebagai satu hadiah. Tapi, jangan pula pujian tu buat kita jadi sombong!

Saya tak kata semua. Tapi, ada jugalah segelintir blogger yang pada awalnya saya ikut blog mereka. Cuma, entahlah. Dimana silapnya, bila ramai yang memuji mereka ni..mulalah berlagak sombong. Berlagak otai, ilmu yang dia tahu selama ini dijadikan bahan untuk minta pujian ramai.

Alah, boringlah. Manusia ni memang mudah lupa kan?

Alangkah bestnye dunia blogging kalau semua bloggers ada sikap humble macam Denaihati, Bang Nara, Rohaizad dan blogger lain yang tak mudah lupa diri :P Oh, saya sangat kagum dengan mereka ni. Mereka punya sebab untuk berlagak, mendabik dada dan mengaku mereka otai tetapi hakikatnya. Mereka TETAP HUMBLE!!!

Doakan saya untuk menjadi seperti mereka satu hari nanti. hehehe. Saya memang mahukan yang terbaik di dala dunia blogging ni. Saya mahu jadi mereka sebagai contoh. Berjaya tetapi tidak mudah diri. Pray for me guys. I wish, korang pun sama ok! Love all

p/s:Sorry, memang 3 blog ni akan selalu ada dalam entry blog ni cuz gua memang layan gila blog diorang.wahahaha *jangan mare :P

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.