Jangan Pandang Orang Suku Mata, boleh?
1 Jul
Dulu, masa kecil-kecil. Maksud saya, waktu zaman sekolah rendah. Saya budak baik. Malangnya, bila bermula episod saya perlu melangkah ke darjah 6 semuanya berubah. Saya bukanlah someone yang jahat. Jahat pada saya, membunuh. Selagi tak membunuh, saya tak panggil someone itu orang jahat.
Jadi, saya bukan orang jahat. Cuma, saya agak nakal sikit.
Dalam kelas, saya duduk paling depan. Bukan sebab saya budak baik tapi sebab guru kelas kata saya dan rakan-rakan seperjuangan (SEPERJUANGAN ok) perlu dipisahkan. Bersusah payah guru kelas saya pisahkan tempat duduk kami. Paling tidak adil. Kenapa perlu saya diletakkan di barisan paling depan?
Itu persoalannya. Saya rasa tidak adil sungguh! Setiap kali guru kelas saya bersuara, saya terpaksa cover muka dengan buku teks sebab dia ada masalah semburan air liur yang sangat dahsyat. Saya tak suka tau. Demm.
Semua orang nak kata group kami ni group budak nakal. Kaki ponteng sekolah. Tapi, bab ini saya tak boleh bohong sebab memang pun. Arwah ayah selalu jadi mangsa dulu. Setiap kali tak nak datang sekolah, saya paksa ayah buat surat. Saya baca, ayah akan tulis dengan jujurnya.
“anak perempuan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah kerana mengalami cirit birit dan pening kepala”. Itu contoh ayat dalam surat yang ayah dah guna sebanyak 50 kali agaknya sepanjang menjadi penulis surat ponteng saya. Kesian ayah.
Saya malas nak buka pekung diri sendiri lagi. Kadang-kadang ada jugak rasa malu dalam diri ni. Sila percaya sejujurnya saya sedang malu-malu kucing. hahahaha!
Perangai busuk saya ni, dari kecik sampai lah saya menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Sama saja. Setiap kali masuk kelas baru, hari pertama dan kedua akan ada scene saya menjadi rajin dan bercita-cita tinggi untuk menjadi murid yang baik. Semua kerja sekolah saya siapkan.
Tapi, manis tidak lama pun. Masuk minggu kedua, buku kemana. Orangnya kemana. Saya pun tak tahu buku apa yang saya bawa masuk ke kelas. Saya cuma bawa buku latihan aja sebab buku tu nipis dan tidak membebankan bahu saya.
Bebanan dibahu tidak elok. Saya tonton berita, orang kata begitu. kan?
Abaikan semua aksi tak berapa bagus saya di sekolah. Cuma, saya nak katakan bahawa janganlah pandang orang sebelah mata saja. Jangan suka buat kesimpulan sendiri. Bila budak itu nakal sikit, mula nak kata budak itu bodoh. Bila nampak budak tu bawa helmet lawa sikit, bisik-bisik cakap budak itu sekolah lagi dah pandai merempit.
Tak elok woo. Saya tak suka orang buat andaian sewenang-wenangnya.
Yes, saya memang cukup mual kalau ada orang yang buat begitu. Seba itu, even saya agak nakal sikit. Belajar pun bila perlu aja. Ye, saya agak kurang sopan sikit kalau nak dibandingkan perempuan lain. Al-maklum bercakap pun kasar. Tapi, itu bukan alasanlah saya nak biarkan orang pandang saya suku mata.
Motto hidup saya senang. Biar orang nak kata kita ni macam mana. Nak kata kita ni nakal, jahat, budak yang tak menjadi, bohsia, chikaro or whatever. Biarkan. Mulut orang selagi kain kapan tak tutup habis dekat muka, selagi tu tak sedar diri.
Biarkan aja. Saya lebih suka diam dan layankan aja tapi dalam masa yang sama. Tunjukkan yang kita taklah teruk manapun. Kurang dari segi ini, kita tunjuk dari segi yang berbeda. Manusia ni takkan ada yang sempurna. Kan? Alhamdulilah, segila-gila saya. Dapat juga saya bikin mak saya happy sebab tengok saya jejak kaki ke menara gading yang tak semenggah mana.
Thanks mom. Sentiasa menjadi someone yang tak pernah pandang rendah diri gue. I love u so much!
To all, mana yang terbaca entry ni. Be positive selalu dalam hidup korang. Jangan terlalu mahukan kesempurnaan. Memang takkkan ada yang sempurna dalam dunia ni. Tapi, cuba sedaya mungkin untuk buat insan-insan yang kita sayang gembira. Bukan dengan sambutan hari jadi besar-besaran, pemberian hadiah yang mahal tapi cukup dengan something yang boleh buat insay itu tersenyum dan menangis gembira di dalam hati.
Kalau korang rasa, semua orang tak sayang pada korang. Semua orang pandang rendah pada korang. Saya thanks to them sebab akan sampai 1 masa, korang akan tersenyum gembira dengan apa yang mereka dah buat pada korang. Sebab kata-kata busuk mereka akan memotivasikan korang woo!
P/s: To those yang memerli dan malu nak berkawan dengan budak nakal macam saya n gang, terima kasih! Jasamu ku kenang. Kahwin nanti jemput ye.hehehe






