seo
Tag Archives: love

Dia Bukan Milik Saya Kan?

5 Feb

Dia bukan milik saya. Oklah, kalau dah bukan jodoh…tak ada apa yang boleh kita katakan. Hidup mati, jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Dah ini kesudahannya. Dia bukan milik saya. Saya redha dan akan ikhlaskan saja. Mungkin bukan hari ini, tapi pastinya saya akan ok terima berita ini. Dia bukan milik saya tapi dia milik orang lain.

Tak apa. Jodoh saya mungkin dengan orang lain. Entry ni, sebenarnya saya kuatkan saja jari untuk menaip. hahaha!! Tengah dalam keadaan sedih, stress tapi ok jek. Masih boleh bergelak sakan dalam laman beburung biru. Mereka yang jadi followers saya tu semua baik-baik and lucu ok!!! Ohsem woo. Macam ada kuasa magik. Hilang gundah gulana layan diorang tu.hehehehe! Thanks!!

Cerita tadi. Hal Dia bukan milik saya. Selamat pengantin baru untuk kekasih gelap saya yang paling lama dalam abad ni. bahahaha!! Woi, how come lah sampai hati mengecewakan hatiku ini wahai kekasih gelap tapi cerah sebenarnya??? wakakakaka!!!

Sampai hati. Inilah yang dikatakan kalau tiada jodoh kan? Buatlah apa pun, Usaha lah macam mana pun, memang tak akan ada kesudahan yang menarik pun. Tapi, tak apa. As manusia yang waras and normal. Hoi, saya waras lagi hoi!!! hehehehe. Saya kuatkan semangat.

Selamat pengantin baru buat kekasih gelap. Semoga berbahagia dengan isteri tercinta. Moga kekal perkahwinan korang sampai ke anak cucu. Ada rezeki, kita bermadu ok. kahkahkahkahkah!!!!

Sakit hati tu biasa. Cemburu tu pun biasa. Tapi, kalau ini takdirnya…tak apa. Pulangkan saja urusan ini pada Allah. Takkan nak pertikaikan pulak kan?? Haiyo. Berdosa as orang Islam ada terfikir macam tu kan??? So, konklusinya…hari ini marilah kita belajar erti TAKDIR, JODOH dan IKHLAS!!!! hahahaha. Sekian.

Entry ni personal tapi tak apa. Izinkan lah korang baca. Tapi,jangan emo ok. Tuan blog ni sedih tapi makan tetap makan. bahahahaha!!! Chill babe.

Masalah Dalam Perhubungan, Apa Patut Kita Lakukan? Bertahan atau Berundur

27 Sep

Bertahan atau berundur. Dalam sesebuah perhubungan tu, baik hubungan suami isteri or even hubungan kekasih. Takkan lepas punya daripada masalah. Kan? Saya rasa korang semua sure setuju dengan apa yang saya katakan tu kan? Perkaran biasa babe. Kalau tak gaduh, tak adalah masam-masam manis hubungan tu!hahaha

Ok fine. Masalah tu something yang normal. Kalau kita pandai handle masalah tu, so InsyaAllah masalah tu bukan 1 masalah pun tapi kita boleh anggap dia as “cabaran” dalam hubungan kita. Kan? Ok apa, sesekali ada cabaran. hehehe.

Tapi, itulah. Itupun kalau kita ni someone yang pandai handle masalah. Tapi, ingat eh. Bukan semua orang ada bakat terserlah merlah macam ni.hahaha! Iyalah, lain orang. Lain cara dia handle masalah. Lain otak, lain cara dia berfikir bila berdepan dengan satu-satu masalah tu. Kita semua berbeza sana sini ok!

So, katakanlah. Kita dan pasangan tengah bahagia. Tiba-tiba saja ada masalah yang entah dari mana datang. Mula-mula masalah tu kecil saja. Masing-masing boleh bersabar. Tapi, makin lama makin teruk. Makin dibiarkan, makin hangat jadinya masalah tuh.

Cam mana tu? Lagi-lagi pulak, bila at one time masing-masing dah perasan yang masalah tu memang tak boleh nak selesai. Or, maybe boleh selesai tapi memerlukan salah satu pihak mengalah. Bila dah kata mengalah, maksudnya akan ada 1 pihak yang kalah tanpa rela. Kan?

Sekarang. Saya nak tanyalah kan pada korang. Kalau korang yang berada dalam situasi macam ni,apa korang akan buat? Ada masalah, cuba selesaikan dan sampai 1 peringkat korang sedar dah tak boleh nak buat apa. Jadi, apa korang nak buat waktu tu?

Bertahan atau berundur daripada perhubungan tu?

Simple question but for me ramai je yang sakit hati dengan soalan ni kan?hahaha! Sebab saya sendiri pernah mengalami situasi macam ni. Kita sayang perhubungan kita. Kita nak yang terbaik. Ada masalah, sebolehnya mahu selesaikan dengan cara baik dengan harapan semuanya ok semula. Tapi, last-last baru sedar yang masalah kita tu takkan selesai. So,sudahnya kita dalam dilema.

“Aku nak bertahan dengan masalah ni demi sayangkan si dia atau lebih baik aku beranikan diri berundur saja?”


Hah! Macam mana tuh? Korang pernah tak alami situasi macam ni? Dilema ok. Saya tak tahu orang lain. Tapi, kalau saya perkara macam ni bukan suatu yang mudah sebab kita bermain dengan perasaan dan hati kan? Tapi, apa-apa pun kena fahamlah.

Kita duduk dalam dunia realiti bukan macam cinta fantasi dalam mimpi. Sebarang keputusan kita buat, tak boleh nak patah balik. Once dah buat keputusan, kena bersedialah terima kesudahannya, Kan? Bak kata bahasa kita. Pandai buat,pandailah tanggung!

Susah jugak kan? So, korang macam mana ek? Macam mana korang deal bila ada problem. Takkan nak mengalah all the time?Hmm.

Kalau bekas teman lelaki ajak couple balik, apa reaksi korang?

9 Aug

Kalau bekas teman lelaki ajak kita couple balik, apa reaksi korang? Seronok, excited atau meluat sangat-sangat? Adakah korang rasa macam korang ni barang yang suka-suki je orang nak guna. Waktu perlu, dia jaga kita. Bila dah bosan dia letak kita merata-rata dan bila rasa rindu balik, tanpa segan silu dia pungut semula.

Yucks. Saya yang tulis ayat atas ni. Saya sendiri rasa nak mual.

Mintak dijauhkan kalau dapat teman lelaki macam ni. For me, macam ala-ala psiko jugaklah. Kan? Hello babe, mana ada orang yang waras yang sanggup dah ludah jilat balik. Dah “buang” kita, lepas tu dengan muka slumber ada hati nak kan kita balik. Wtfish.

Entry ni memang khas untuk perempuan ok. So, kalau kaum adam nak mengamuk. Sila jaga tatasusila. wahahaha! *kidding lah

Ok gurl, apa pendapat korang? Korang pernah tak alami situation macam ni? Perasaan macam mana? Korang happy ke bila teman lelaki korang ajak couple balik walhal baru selang beberapa hari atau maybe sebulan putus cinta? Share lah kalau ada cerita.hehehe

Kalau tanyakan pada saya. Ok. Jawapan saya no! Why? Entah, sebab saya memang begitu. Sekali orang buang, jangan harap nak ajak saya balik. Maybe sebab saya sudah diajarkan dengan family soal maruah diri agaknya sedari kecil.

pada saya, kita punya harga diri. Mungkin betul. Soal hati tak boleh nak main-main. Mungkin ada benarnya si dia tu punya niat yang baik untuk bersama dengan kita semula. Fine lah kalau case nya begitu. Tapi, tetap jugak agak susah for me lah nak accept. hehehe.

Bukan berdendam. Cuma, dalam hati saya akan terfikir. Kenapa sebelum putus, dia tak boleh nak fikir panjang? Kenapa sebelum putus dia tak boleh bersabar sikit, kenapa sebelum putus dia tak fikir apa yang akan terjadi dengan kita selepas itu, kenapa sebelum putus dia selfish?

Entahlah. Mungkin itu kalau terjadi pada saya. So, to all my ex boyfie. Memang sorry lah kalau ada niat nak berbaik and ajak couple semula. Jadi kawan, no problemo. Nak loving-loving and say i love u again…minta maaf. Rasanya you guys pun kenal sangat dengan i kan ;P

Tapi, itulah. Kita kan lain-lain. Itu saya. Ada juga kes kawan-kawan saya yang kontra from me. Tapi, honestly memang saya rasa tak respect pun dengan keputusan diorang. Saya beri 1 contoh. Hari ni teman lelaki dia kantoi cuz bercinta tangkap leleh dengan gurl lain, esok malas bergaduh and putus. Selang 3 hari lepas tu katanya dah couple balik. Alasan, sebab teman lelaki dia dah minta maaf dan janji tak buat lagi and the paling “bijak” alasan dia sebab dia memang tak boleh hidup tanpa lelaki tu!!!!

Korang, punya hak masing-masing bukan? Terpulanglah. Fikir mana yang terbaikla untuk diri masing-masing. Hope dapat respon dan kalau tak kisah..share lah cerita sekali if ada.hehehe!

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.