seo
Tag Archives: life

Tak Payah Nak Hina Orang Sangatlah!

6 Jan

Kesian saya tengok dengan sesetengah orang ni. Silap pada orang lain, pandai dia “listkan”. Setiap inci silap orang, dia nampak. Hebat woo!!! Bila mengata orang laju je itu ini.

“Eh, budak ni seksi nya dia. Tengok budak perempuan tu, pakai baju apa entah.Baik tak payah apa-apa kalau nak pakai seksi macam tu”

Ok, ini contoh dialog yang klise jelah ok. Siapa yang rasa-rasa baru je guna dialog ni siapa-siapa, nasib badan lah. Saya buat dialog ni berdasarkan pengalaman telinga saya yang mendengar mulut-mulut orang keliling or mata yang terbaca dialog sindiran dekat Facebook or Twitter saya je. If terasa, sorry. Saya sengaja kali ni.

Tak baik ok. Ok, saya tahu. Saya bukan perfect mana pun. Even saya dah bertudung (sumpah,baru sangat sebenarnya) tapi saya tetap sedar diri sendiri. Saya bertudung tapi baju saya bukan jenis labuh. Ok,memang berdosa. Saya tahu sebab still nampak bentuk badan. Saya angguk kepala ni. Hahahaha!

Saya bukan tak pernah cuba, dah. Tapi, belum nak biasa. Jadi, daripada saya berubah 100% tapi tak ikhlas..baik saya buat pelan-pelan tapi saya tahu apa yang saya buat. Macam biasa, saya tak kisah people nak cakap apa. Suka hati korang lah. Iye dak.

Berbalik cerita asal. Pasal orang yang suka aka hobi kot mengutuk orang. Orang seksi, terbukak sana sini laju je attack orang. Saya bukan nak kata seksi tu bagus. Tak lah. Tapi, yang saya agak meluat sikit ni..bila orang yang rasa diri tak seksi aka baik ni.. ada mulut dia yang seksi celupar mengata orang.

Wah wah wah. Tak baik ok. Jangan sesekali judge orang daripada luaran je. Kalau orang tu seksi sekalipun, itu hak dia. Ada ke dia kacau hidup kita kan? Ada ke dia mengata hal kita kan? Ada ke dia tak pasal-pasal mengumpat kita? Ada? Ada??? Eh, sebenarnya...korang yang mengata ni lagi berdosa tau.hahahaha!!

Tak pasal-pasal mengata orang. Padahal, orang yang jadi mangsa korang tu..sikit pun tak ada perasaan buruk dengan korang. Alahai. So kesian. Pakai baju labuh mana pun, tudung litup sekalipun tapi mulut tu tak reti jaga…dosa sama je dapat macam orang yang seksi tu.

Cuma cara dapat dosa tu je lain sikit. Sikit lah. Korang je tak perasan. Sebab dok rasa diri tu dah sempurna sangat. So sadis lah macam ni.

Ada baiknya, kita jaga diri sendiri. If rasa diri tu belum sempurna, kita berusaha jadi lebih sempurna hari demi hari. Tak banyak, sikit pun jadilah. If tetap nak poyo rasa diri tu dah sempurna sangat-sangat…ok fine. Tapi, janganlah pulak mengata orang. Tak baik woo.

Agak-agak dah konpiden betul diri dah boleh jadi syurga, nasihat orang baik-baik ok. Jangan perli sana sini. Orang tu seksi je, tapi otak still ada. Agama pun dia masih tahu. So, tak perlu nak hina-hina. Lagi korang hina, lagi teruk jadinya. Oh, sila terasa beramai-ramai siapa yang terkena. Sekian.

p/s: Dah lama sangat dok perhati ayat perli-perli hal ni. So, no choice. Kena jugak buat entry. Siapa terasa, sorry tapi just nak ingat sesama kita termasuk diri sendiri. bahahaha!!! Peace uolsss

p/s/s: Dari mengata orang, baik baca yasin.hahahaha!

How to Change Your Life After Doing the Same Thing for So Long!

26 Dec

Hidup ni, kalau buat perkarasa sama je setiap hari, setiap jam pun bosan jugak. Iye dak? So, apa kata kalau hari ini kita sama-sama change life kita sikit. Bukan totally change lah tapi sikit je. Mana tahu, lepas buat ni kita boleh happy.hehehehe! So, check it out guys!!

1. Get a hobby

Ok. Cari hobi babe. Kalau selama ni, korang tak ada hobi. Sekarang masanya untuk korang find at least 1 hobby untuk korang isikan dalam life korang. Cari hobi tu, kalau boleh biarlah yang positif sikit. Jangan pulak korang pilih hobi merepek macam merempit, mencuri, mengacau anak dara orang. hahahaha!!! Find new hobby yang boleh buat korang happy and tak kacau hidup orang lain udah ler.

2. Do something new!

Kalau sebelum ni korang tak pernah pun try main petik gitar, contohnya. Or play piano ke. Katakan lah. So, why not hari ni korang try buat benda ni. Saya pernah buat and memang best gilak!!! Serius ok. Sambil petik gitar, dalam hati cakap “rugi aku tak try main gitar dulu-dulu” .hahahaha!! Try ok!

3. Talk to people that you wouldn’t normally talk to

Yang ini sebenarnya, honestly tak berapa bagus jugak. hahahaha! Kenapa? Sebab, nampak macam kita “menggunakan” orang lah jugak untuk buat life kita happy. hehehe. Macam ni, saya ambil contoh diri sendiri ok. Situasi dalam kelas dengan classmates. Biasalah, dalam kelas ni mesti ada group-group kan? Kalau selalunya kita ego sangat tak nak bertegur sapa dengan group lain, tapi hari ni slumber je tegur diorang. hahahaha!!! Sure ada magic lepas tu. Silap-silap, 2 group tadi boleh bergabung jadi kamcing ;)

4. Re-arrange your usual schedule

Yang ini kacang peas je kan babe???hahaha! Ok, senang je. Kalau selama ni, korang dah set setiap balik dari ofis (contoh) dalam jam 5:30pm. Korang akan siap-siap nak tido. So, kali ni korang tukar. Balik dari ofis, jam 5:30pm tu korang jangan tidur tapi korang jogging lah pulak!!! hahaha. Waktu tidur tu, korang anjakkan ke sebelah malam saja. hehehe. Ini contoh jelah. Pandai-pandai lah kan korang re-arrange jadual hidup korang.

5. Change your diet

New food, new you!!!!!! Ini, for those yang tengah berdiet lah. Sebenarnya, bila berdiet ni memang tak best ok. Tapi, dont worry lah. Menu diet kan banyak…. try lah ubah!!! Takkan nak makan benda yang sama je babe.hahaha

6. Make the right choices

Ini last. Buat lah apa-apa saja, buatlah apa saja perubahan dalam hidup korang tapi make sure pilihan tu tepat!!! Pilih dengan kehendak hati korang. Buat dengan kerelaan hati korang jugak. Pastikan pilihan kawan-kawan dalam life korang selama ni betul. Pastikan jugak apa yang korang tengah lakukan sekarang…semuanya betul mengikut kehendak korang. Kalau rasa macam ada something yang korang sedang buat tapi tak happy, rasa-rasa macam korang dah tersalah buat pilihan…just kaji balik. Samada nak teruskan or say bye-bye :P

Dah!!! Cukuplah 6 ketul. Yang lain korang cari sendiri ye. Selamat beramal.hahahahaha!!

Oh Yeah!!Jangan Give Up Please!

23 Dec

Masih ingat dengan entry Anda baca, anda tak dapat apa-apa? Tak ingat tak apa, just click link je. Beres.hahahaha! Oklah, macam saya janji dalam entry tu. Saya nak share something tentang life. Kan? Janji mesti tunai. So, today saya cerita lah!!!

Kira paksa rela lah korang baca entry ni. bahahaha!!!

“Selagi belum kiamat, selagi tu jangan give up”. Ini ayat pemberi semangat for me. hehehe. Korang nak tahu tak, saya berperang dengan masalah yang agak besar jugak sebelum ni. Cuma, rasanya ramai yang tahu. Saya bukan manusia yang suka tunjuk saya tengah ada masalah. Sebab tu, tak ramai yang tahu pun. hahaha! Teror kan?

Ok, bukan teror. Tapi, saya memang tak suka share masalah. Selagi boleh handle sendiri, selagi tu saya jalani saja. Tarahal. Hidup, kalau tak ada masalah..bukanlah hidup namanya babe. Biasalah tuh kan?

Macam ni. Ini hal pelajaran saya. Mulanya, permohonan saya untuk tangguh pengajian macam tak ada masalah. Tapi, entah macam mana bla bla bla dipendekkan cerita kesudahannya tidak diluluskan! Eh, sakit hati ok sebab last minute sangat UTM beri surat. Waktu tu, semua orang dah settle hal presentation. Tinggal buat correction je. Me???

Hallo, kalut macam ayam lah waktu tuh. Korang faham tak, perasaan bila kita “dah rancang something yang lain, tapi last minute perkara yang kita rancang tu jadi lain!” . Adoi. Macam nak gugur kot jantung waktu tu. Faculty cuma beri masa 3 weeks je untuk settle kan semua dan teruskan dengan presentation. Ehem.

Gila tak gila??? Sekarang ni, bukan soal benda yang kita nak buat tapi more to semangat yang ada pada kita untuk buat apa yang kita perlu buat. hahahaha!!

Serious ok. Actually, bahan thesis saya memang dah ada. Kononnya nak tangguh pengajian and nak buat lebih baik. Kalau ada 1 sem lagi, insyaAllah lah kononnya nak buat kaw-kaw. Tapi, sudahnya macam ni lah. Tak adalah kaw mana pun. Tapi kaw yang buat saya hampir gila!hahahaha.

Babe, 3 minggu yang faculty beri tu saya buat everything dalam masa 1 week je. 2 weeks lagi, saya dok memikir nak give up ke tak.bahahaha! Tak senonoh kan?? Now, korang tahu. Betapa tak senonohnya saya. ehem.

Mulanya saya nak give up. Kalau saya tak teruskan, kiranya Master saya “burn” macam tu je. If saya saya yes pada faculty pulak, maksudnya saya akan buat kerja gila. Sumpah, sakit otak waktu tu. Tapi, apa yang saya tahu. Saya bukan type yang mengalah macam tu aje.

If nak gagal sekalipun, biar saya cuba dulu. Cuba dulu ok.

“Selagi belum kiamat, selagi tu jangan give up” . Saya dah tak ingat, ayat ni keluar daripada mulut siapa. Tapi, memang ada someone yang guna ayat ni dan beri pada saya. Thank you so much. Saya pegang je ayat ni.

Betul jugak. Selagi ada masa, selagi ada usaha, selagi tu kita boleh ikhtiar. Kan?

Jadi, sepanjang 1 week. Saya bertungkus lumus menyiapkan semuanya! Semuanya ok. Analyst semua data yang dah ada, 1 week tu juga saya gunakan untuk writing thesis yang masih banyak tahap cipan kot waktu tu tak siap!

Dipendekkan cerita sekali lagi. Alhamdulilah, semuanya siap pada tarikh dan waktu yang faculty dah tetapkan. Ya Allah, sumpah saya sendiri tak percaya saya boleh siapkan thesis dan siap dengan seperti apa yang saya mahukan. Syukur sangat-sangat! Magic sebenarnya!

Kalau ada yang tanya, apa rahsia saya. Saya memang tak ada apa nak beri cuma 3 ni aje. First, bila waktu-waktu nazak macam ni…perkara penting is semangat kita. Kalau tuan badan tak ada semangat, hmm. susah kot! Second, tak guna korang buat apa-apa pun kalau tak dapat restu ibu. Saya memang dari dulu. Since kecil lagi,buat apa-apa saya minta ibu doakan saya. Kalau perlu, saya minta ibu usap ubun-ubun kepala saya. Im sure, waktu tu my mom akan berdoa ;) Buat apa-apa, tanpa restu ibu..cayolah cakap den..susah nak success!!!! Third, tawakal. A’ah, sambil saya buat kerja saya. Saya cakap dalam hati “Kau yang mengatur semuanya untuk aku, terpulanglah Ya Allah“.

Itu saja. Semangat.Restu ibu.Tawakal. Tak ada rahsia lain dah! hahahaha! Alhamdulilah, even jadi gila sekejap, tapi saya dah kembali normal kot now!!kot lah!!!hahahahaha. Chill semua.

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.