seo
Tag Archives: lelaki

Isu Perempuan Tanggung Kos Sara Hidup Lelaki

24 Oct

Apa pendapat korang tentang isu perempuan tanggung sara hidup lelaki? Tak kiralah samada untuk pasangan yang dah berkahwin mahupun untuk pasangan kekasih. Tanggung di sini, maksudnya kita sebagai orang perempuan terpaksa menyara lelaki ni baik dari segi makan, minum mahupun kos sara hidup lain.

Mungkin agak sensitif kot tajuk ni. Saya tahu, akan ada kaum lelaki yang melenting tapi kalau kita tak bincangkan pun tak best juga kan? Sebab saya percaya, isu perempuan tanggung sara hidup lelaki ni sebenarnya dah biasa berlaku.

Saya tak pernah lagi terkena masalah macam ni. Mungkin, sebab rezeki saya dapat kawan-kawan lelaki semuanya boleh dan mampu sara hidup mereka sendiri. Cuma, saya orangnya jenis tak suka ambil kesempatan. Jadi, jangan risau. Saya tak pernah minta lelaki mana-mana belanja saya kecuali pada hari-hari istimewa. Itupun, saya tak minta.

Saya tak suka berhutang budi. Senang cerita macam itulah. Ok, terlari topik pulak. Berbalik isu perempuan tanggung sara hidup lelaki. Korang ni, pembaca blog ni yang perempuan pernah ada pengalaman menyara kekasih ataupun suami sendiri?

Kita boleh faham dalam falsafah Islam tentant istilah berkongsi. Tapi, kongsi dan sara tu adalah 2 istilah yang berbeza woo. Bila dah berkahwin, memang suami dan isteri dibolehkan berkongsi harta sepencarian kan? Tapi, ada juga kes kawan saya yang cuma dia saja yang cari duit dan simpan duit sedangkan suami dia kerja HABISKAN DUIT saja.

Hah, macam mana tu? Saya dengar pun naik berbulu. hahahaha!! Setahu saya, sepatutnya orang lelaki lah yang kena sara perempuan, tapi ini terbalik. Sumpah, saya boleh berperang kalau ada kawan-kawan yang terkena nasib macam ni. hehehehe!! Tak payah tanya nak bertahan ke berundur, memang saya berundur terus.kahkahkahkah

Rasa macam perempuan tu teraniaya je. Rasa macam lelaki cuba ambil kesempatan dekat perempuan. Memang ada spesies perempuan yang lurus bendul, sayang sangat kekasih / suami sampai tak kisah kena tanggung macam ni tapi kesian lah kan????

Apa pendapat korang? Logik ke perempuan kena sara lelaki ek? Kalau saya, bekas  teman lelaki ajak couple balik tapi perangai macam ni, asyik nak suruh kita je tanggung dia..memang selamat jalan romeo lah. wahahaha!

p/s: Sedih dengar berita marco simoncelli meninggal dunia kan? huhuhuhuhu

Dia Bukan Milik Saya Kan?

5 Feb

Dia bukan milik saya. Oklah, kalau dah bukan jodoh…tak ada apa yang boleh kita katakan. Hidup mati, jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Dah ini kesudahannya. Dia bukan milik saya. Saya redha dan akan ikhlaskan saja. Mungkin bukan hari ini, tapi pastinya saya akan ok terima berita ini. Dia bukan milik saya tapi dia milik orang lain.

Tak apa. Jodoh saya mungkin dengan orang lain. Entry ni, sebenarnya saya kuatkan saja jari untuk menaip. hahaha!! Tengah dalam keadaan sedih, stress tapi ok jek. Masih boleh bergelak sakan dalam laman beburung biru. Mereka yang jadi followers saya tu semua baik-baik and lucu ok!!! Ohsem woo. Macam ada kuasa magik. Hilang gundah gulana layan diorang tu.hehehehe! Thanks!!

Cerita tadi. Hal Dia bukan milik saya. Selamat pengantin baru untuk kekasih gelap saya yang paling lama dalam abad ni. bahahaha!! Woi, how come lah sampai hati mengecewakan hatiku ini wahai kekasih gelap tapi cerah sebenarnya??? wakakakaka!!!

Sampai hati. Inilah yang dikatakan kalau tiada jodoh kan? Buatlah apa pun, Usaha lah macam mana pun, memang tak akan ada kesudahan yang menarik pun. Tapi, tak apa. As manusia yang waras and normal. Hoi, saya waras lagi hoi!!! hehehehe. Saya kuatkan semangat.

Selamat pengantin baru buat kekasih gelap. Semoga berbahagia dengan isteri tercinta. Moga kekal perkahwinan korang sampai ke anak cucu. Ada rezeki, kita bermadu ok. kahkahkahkahkah!!!!

Sakit hati tu biasa. Cemburu tu pun biasa. Tapi, kalau ini takdirnya…tak apa. Pulangkan saja urusan ini pada Allah. Takkan nak pertikaikan pulak kan?? Haiyo. Berdosa as orang Islam ada terfikir macam tu kan??? So, konklusinya…hari ini marilah kita belajar erti TAKDIR, JODOH dan IKHLAS!!!! hahahaha. Sekian.

Entry ni personal tapi tak apa. Izinkan lah korang baca. Tapi,jangan emo ok. Tuan blog ni sedih tapi makan tetap makan. bahahahaha!!! Chill babe.

Masalah Dalam Perhubungan, Apa Patut Kita Lakukan? Bertahan atau Berundur

27 Sep

Bertahan atau berundur. Dalam sesebuah perhubungan tu, baik hubungan suami isteri or even hubungan kekasih. Takkan lepas punya daripada masalah. Kan? Saya rasa korang semua sure setuju dengan apa yang saya katakan tu kan? Perkaran biasa babe. Kalau tak gaduh, tak adalah masam-masam manis hubungan tu!hahaha

Ok fine. Masalah tu something yang normal. Kalau kita pandai handle masalah tu, so InsyaAllah masalah tu bukan 1 masalah pun tapi kita boleh anggap dia as “cabaran” dalam hubungan kita. Kan? Ok apa, sesekali ada cabaran. hehehe.

Tapi, itulah. Itupun kalau kita ni someone yang pandai handle masalah. Tapi, ingat eh. Bukan semua orang ada bakat terserlah merlah macam ni.hahaha! Iyalah, lain orang. Lain cara dia handle masalah. Lain otak, lain cara dia berfikir bila berdepan dengan satu-satu masalah tu. Kita semua berbeza sana sini ok!

So, katakanlah. Kita dan pasangan tengah bahagia. Tiba-tiba saja ada masalah yang entah dari mana datang. Mula-mula masalah tu kecil saja. Masing-masing boleh bersabar. Tapi, makin lama makin teruk. Makin dibiarkan, makin hangat jadinya masalah tuh.

Cam mana tu? Lagi-lagi pulak, bila at one time masing-masing dah perasan yang masalah tu memang tak boleh nak selesai. Or, maybe boleh selesai tapi memerlukan salah satu pihak mengalah. Bila dah kata mengalah, maksudnya akan ada 1 pihak yang kalah tanpa rela. Kan?

Sekarang. Saya nak tanyalah kan pada korang. Kalau korang yang berada dalam situasi macam ni,apa korang akan buat? Ada masalah, cuba selesaikan dan sampai 1 peringkat korang sedar dah tak boleh nak buat apa. Jadi, apa korang nak buat waktu tu?

Bertahan atau berundur daripada perhubungan tu?

Simple question but for me ramai je yang sakit hati dengan soalan ni kan?hahaha! Sebab saya sendiri pernah mengalami situasi macam ni. Kita sayang perhubungan kita. Kita nak yang terbaik. Ada masalah, sebolehnya mahu selesaikan dengan cara baik dengan harapan semuanya ok semula. Tapi, last-last baru sedar yang masalah kita tu takkan selesai. So,sudahnya kita dalam dilema.

“Aku nak bertahan dengan masalah ni demi sayangkan si dia atau lebih baik aku beranikan diri berundur saja?”


Hah! Macam mana tuh? Korang pernah tak alami situasi macam ni? Dilema ok. Saya tak tahu orang lain. Tapi, kalau saya perkara macam ni bukan suatu yang mudah sebab kita bermain dengan perasaan dan hati kan? Tapi, apa-apa pun kena fahamlah.

Kita duduk dalam dunia realiti bukan macam cinta fantasi dalam mimpi. Sebarang keputusan kita buat, tak boleh nak patah balik. Once dah buat keputusan, kena bersedialah terima kesudahannya, Kan? Bak kata bahasa kita. Pandai buat,pandailah tanggung!

Susah jugak kan? So, korang macam mana ek? Macam mana korang deal bila ada problem. Takkan nak mengalah all the time?Hmm.

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.