Tag Archives: lelaki suka menipu

Lelaki Suka Menipu: Fakta atau Tuduhan?

17 Feb

Lelaki suka menipu untuk selamatkan diri mereka daripada apa? Lelaki suka menipu disebabkan perkara apa? Adakah lelaki suka menipu hanya kerana ada yang memaksa? Ok, lelaki-lelaki sila cool seminit. Intro ini sekadar pertanyaan kosong tanpa maksud ye.ahaks!

Mungkin ada yang sudah tahu, saya lebih ramai kawan  lelaki berbanding wanita. Itu cara saya. Saya selesa dengan cara lelaki walau ada yang agak tidak puas hati. Relax beb. Ini cara gua woo. Jangan ditanya berapa banyak koleksi barbie doll saya ada.

Memang tak pernah ada. Tak ingin ada pun. kihkihkih. Saya tak main cakap sorang-sorang dengan patung tak bernyawa tu. Saya cuma main panjat pokok rambutan jiran, panjat pokok kelapa separuh jalan sebab cuak tinggi sangat, saya main tangkap ikan dalam parit dengan adik dan abang, saya suka main badminton dengan abang-abang even saya selalu jadi mangsa buli tapi saya juara lompat getah jugak. kehkehkeh.

Melalut. Ok, saya teruskan dengan tajuk kali ini. Lelaki suka menipu. Is it satu fakta atau tuduhan ek? hmm. Biar saya senaraikan dulu pengalaman dan pemerhatian saya tentang lelaki-lelaki dikeliling saya. Thats cool gila bila kita dilahirkan sebagai wanita tapi ada sense untuk tahu rahsia lelaki. wakakakaka!* gila kau Liza


Lelaki akan menipu bila ibu bapa mereka bertanya kemana mereka pergi semalaman dan tidak pulang ke rumah.

Kata saya: Anak mana yang suka bila kena marah dengan mak ayah kan? Unless korang ada penyakit keturunan kronik. Itu lain cerita. Tapi, biasanya bukan saja lelaki. Malah kebanyakkan wanita pun akan menipu dengan mak bapak ni. Cuma, nisbah lelaki menipu mak bapak dalam case macam ni lagi tinggi berbanding wanita. Wanita ni agak cuak sikit bab-bab menipu mak bapak. Lelaki ni teror buat muka macho. Konon dia anak lelaki, boleh melepak sampai langsuir nak keluar ajak dating sekalipun. wakakaka.

Lelaki akan menipu bila adik-beradik terjumpa surat cinta di dalam beg sekolah mereka.

Kata saya: Ah, saya 110% berani kata yang lelaki memang akan menipu kalau terkena situasi macam ni. hello, adik-beradik ok. Mana nak letak muka kalau dalam surat tu dok baby baby, sayang, mama papa padahal nikah pun tidak lagi nak berangan jadi parents lak. huwaa!!! Jawapan kalis peluru paling mustajab rasanya waktu tu  cuma 1. “Itu surat kawan aku lah. Aku tolong simpankan aje”. muahahaha. Dasar. Kalau wanita, biasanya kalau dah kantoi terang-terang macam ni..alamat diam seribu bahasa lah gamaknya. Nak cover muka tak boleh dah. Bukan macam lelaki, mereka hebat cover muka bersalah ok!

Lelaki akan menipu bila kawan-kawan marah sebab datang lambat bila ada reunion atau any function

Kata saya: 150% saya katakan IYA. 70% daripada teman-teman saya adalah lelaki. Alahai, dah naik masak ranum dengan alasan tak boleh blah bila dah janji jam 8am tapi batang hidung nampak jam 10:45am. Alasan logik tak logiklah, “mak aku suruh teman  pergi kedai tadi.” gegegege. Masak sungguh deng :p Cuma, ada 1 menda pelik dengan cara menipu yang ini. Betul atau tak, lelaki cuma akan menipu hal macam ni dengan kawan-kawan wanita saja tetapi bila jumpa geng lelaki semula..slumber aja cakap “aku tidur mati tadi dowh. Mengantuk giler.” Dodol kan?

lelaki akan menipu bila girlfriend dah sms ayat merajuk “abang dah tak sayangkan orang, orang nampak abang jalan berdua dengan perempuan tadi…”

Kata saya: kahkahkah. Saya rasa majoriti lelaki akan mula menipu untuk pertama kalinya bila berdepan dengan masalah ni. Mulalah menipu kata perempuan yang berjalan dengan dia tu sepupu dia, adik dia lain nenek lah and whatever lah kan. wakaka! Its reality ok. Ramai kawan-kawan lelaki saya macam tuh. Saya tidak setuju bila hal macam ni. Kalau tak salah, untuk apa menipu? Kalau betul keluar jalan dengan kawan perempuan lain, terus terang kan senang. Nak cari penyakit untuk apa? For me, bila bercinta perlu jujur dan tidak perlu terlalu cemburu. Kalau teman lelaki saya menipu hal ni, sorry to say. Dia lelaki yang tidak jujur dan penakut. Just be honest, tak ada salahnya berkawan dengan wanita lain dan keluar berdua atas urusan “sah” unless urusan “haram” itu lain ceritalah. Come on lelaki. Tak perlu menipu hal kecik ni. Bila dah selesa sangat , bimbang -pulak terbawa sampai ke alam rumah tangga. hmm, susah nanti!

Itu kata saya, pendapat saya tentang isu lelaki suka menipu. Tak ada yang 100% betul dan tak ada juga yang tidak boleh diterima langsung sebab lelaki atau wanita sama aja. Lelaki menipu keranai sebab ini dan wanita pulak kerana sebab lain. Kenyataan sebenarnya begitu. hahahahaha. So, apa kata korang pulak?

Saya benarkan korang nak menghentam atau apa saja tapi please make sure jaga adab ya. Ini soal lelaki dan wanita. Korang pun sure salah satu daripadan tu kan unless korang khunsa. Sekian. lulululu.


Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.