Bukan Semua Pelacur, Perempuan Jahat
21 Jan
Bukan semua pelacur, perempuan jahat. Bukan semua pelacur dengan senang hati merelakan badannya diratah. Saya tidak pernah fikirkan begitu. Pelacur juga manusia biasa macam kita. Kan?
Bagi saya, semuanya berlaku pasti bersebab.
Jangan sesekali korang memandang hina pelacur di luar sana. Pada saya, tidak adil. Sesekali, cuba letakkan diri korang sebagai pelacur
Mungkin korang akan rasa se”best” mana agaknya menjadi pelacur selepas itu kot. hehehehe
Saya terpanggil untuk buat entri ini selepas menonton Malaysia Hari Ini pagi tadi. Wawancara hero tak berapa nak tinggi tetapi seriously saya gilakan wajahnya* kehkehkeh bersama Mazidul Akmal Sidik mengenai rancangan 999 malam nanti
’Kupu-Kupu Malam Batam’. Menarik kan topik ni. hahaha
Selepas menonton Malaysia Hari Ini, saya terus membuka blog milik Mazidul Akmal Sidik. Silakan baca entri terbaru “Eski sudah nenen?” di blog beliau. Kalau korang punya hati, pasti korang akan ada perasaan simpati macam saya juga selepas membaca entri tersebut.
Biarpun batinnya mungkin terseksa, hemat saya, sifat keibuannya tidak pernah luntur dan terkubur. Kepada anak dan keluarga, dia cuba kedengaran bahagia walaupun setakat ini dia mendakwa dipaksa melayan nafsu serakah lebih 100 lelaki berhidung belang.
Pendapat peribadi saya, perempuan ini bukanlah perempuan yang jahat. Kalaulah dia punya pilihan yang jauh lebih baik berbanding menyerahkankan diri kepada bapak-bapak ayam, pasti dia tidak memilih jalan ini.
Sadis kan? Nasib tidak menyebelahi padanya.
Saya teringat kisah seorang teman yang terpaksa melacurkan diri walaupun umurnya waktu itu baru mencecah 16 tahun. Mujur saya tidak cepat melatah. Bukan senang juga mahu mendengar cerita teman saya itu.
Pada awalnya, saya marah. Saya tidak memaki tetapi sekadar menyalah dan terus menyalahkan dia sehingga akhirnya dia menitiskan air mata. Ok, sejujurnya saya rasa bersalah dan saya yang salah!
Saya terdiam. Saya sedar, saya telah menghukum dia tanpa beri masa untuk bercerita. Akhirnya, saya mohon maaf padanya dan minta dia menceritakan pada saya.
Katanya, dia terpaksa. Hutangnya keliling pinggang.
Saya tanya lagi “kenapa kau berani berhutang? “.
Jawab teman saya “Kalau aku tak pinjam duit, dari mana nak bayar yuran sekolah?”.
Oh Tuhan. Saya menarik nafas dalam mendengar alasan itu. Kalau korang yang ada di tempat saya waktu itu, bagaimana rasanya? Hmm. Cukuplah cerita lama. Teman saya itu kecundang di dalam pelajarannya. Sudah begitu nasibnya.
Saya tidak tahu di mana dia berada sekarang. Doakan saja dia hidup bahagia kalau masih ada lagi umurnya dan sedekahkah Al-Fatihah kalau dia tiada lagi bersama kita sekarang. Amin.
Jangan lupa, saksikan laporan khas 999 malam ini,’ Kupu-Kupu Malam Batam’, jam 9 malam.





