seo
Tag Archives: karma

Perlu Ke Nak Tahu Sama Ada Orang Keliling Kita Sayang Pada Kita Atau Tak?

28 Jun

Perlu ke kita nak tahu samada orang keliling kita sayang pada kita ke tak? Apa pendapat korang ek? Semua orang, im sure nak and akan happy kalau orang keliling suka, selesa and sayang pada diri mereka. Mesti rasa macam dihargai. Kan? Tapi, kadang-kadang saya fikir, perlu sangat ke nak suruh orang yang kita sayang tu balas sayang kita balik pada kita. Hmm.

Kalau saya perlu jawab isu ini, saya akan jawab -tak perlu.

Itu jawapan saya. Jawapan jujur saya. Kenapa? Tak percaya? Suka hati . Terpulanglah. Cuma, pada saya tak perlu nak harapkan kasih sayang orang sangat. Kecuali, Allah dan kedua ibu bapa. hehehe. Insan-insan lain, bukan saya kata tidak perlukan kasih sayang mereka.

Cuma, kurang perlu sebab sejauh mana sayang mereka tu pun saya tidak tahu. Kalau kasih sayang Allah dan parent tu sah-sahlah kekal kan?

Sebab itu, saya kata. Saya tak perlu tahu samada orang keliling saya ni sayang pada saya ke tidak. Buang masa dan tak kuasa saya nak perasan. Saya pegang 1 prinsip tentang kasih sayang ni. Bila kita sayangkan someone tu seiklhlas hati, sebenarnya kita tak perlu nak harapkan orang itu untuk sayangkan diri kita balik.

Mak saya kata, kasih sayang macam ini baru ada keberkatan. Mak saya katalah tapi yang ini saya pegang dan saya percaya.

Itu pendapat sayalah dan pegangan saya. Lain orang, lain cara. Lain pendapat saya, lain jugalah pendapat korang masing-masing. Kita kan berbeza-beza. kan? Mungkin, antara korang yang tak sependapat dengan saya tentang isu ini. Well, bukan perkara baru pun.hehehehe.

Mungkin, ada antara korang yang cakap gila apa kalau kita sayang orang mati-matian tapi dapat tahu orang tu tak sayang kita pun sebenarnya! Memang gila dan orang gila saja yang tak akan geram kalau jadi macam ni kat diri sendiri. Im sure, semua akan kecewa kan kalau dalam situasi macam ni.

Atas alasan itulah, saya menyarankan korang tak payah nak mengada-ngada mengharapkan sangat kasih sayang orang lain kat diri korang. Boleh saya paksa macam tu tak? wakakaka! Oklah, sebenarnya. Apa yang saya nak cakap is kita ni hidup tak payah nak menyusahkan diri sendiri.

Jalani hidup dengan tenang. Jangan cari masalah. Biar masalah datang sendiri. muahaha!

Ok. Serious balik. For me, the reason why saya tak berminat nak tahu samada orang yang saya sayang tu sayangkan diri saya atau tidak adalah kerana tidak mahu terlalu berharap dengan orang itu. Itu aja alasan saya.Simple. Iya lah, kita fikir secara logik akal.

Memang sakit kalau ada insan yang kita sayang, kita ikhlas dengan dia, kita ada niat nak jaga dia dan bersama-sama dia waktu susah senang, tiba-tiba bila kita tanya face to face pada dia sendiri samada sayang kita atau tidak dan reaksinya NEGATIF. Jangan fikir hati manusia ni semua sama dengan hati kita ye kawan-kawan ;)

Erk. kalau manusia normal, im sure hati macam kena gilis dengan keretapi kan?

Kecewa beb. So, tak payah lah nak ask sangat hal kasih sayang ni. Lagi satu, tak perlu nak buat strategi merepek macam kawan-kawan saya. Sibuk sangat nak tahu sejauh mana pasangan diorang sayang kat diorang, sampai sanggup menyamar jadi orang lain dah try mengurat. Huwaa!

I called them manusia psiko! Serious ar wei.

Tak perlulah nak buat kerja bodoh tu. Eh, sorry ek kalau ada yang terasa. Saya terpaksa guna ayat bodoh neh. Terpaksa sebab tak ada ayat lain yang lebih sesuai. weee. Tapi betul kan? Menyusahkan diri sendiri. If positif, then oklah. Bayangkan kalau negatif, wallawwe! Menangis air mata lumpur jawabnya.

So, tak payahla nak amik tahu sangat kot orang sayang kita ke tidak.

Kalau saya. Cukup saya tahu, siapa insan yang saya sayang. Bila saya kata insan, bukan bermaksud bakal suami saya saja ya. Insan tu manusia-manusia yang saya yakin Tuhan dah berikan dia as “special present” for me dalam dunia neh. Jadi, i will love them seikhlas hati. Soal mereka sayang atau tidak pada saya, bukan urusan saya.

Itu kata saya. Apa kata anda?

Tips Untuk Sentiasa Positif Even Anda Sebenarnya Dalam Dilemma

13 Apr

Semua orang mahukan hidup yang best dan happening. Belum pernah lagi lah saya tanya pada orang, apa matlamat hidup dan jawab “saya mahu hidup dalam rasa kecewa bersama masalah“. Kalau ada, meh let me know siapa manusia berhati zombie tu tuh. phew

Tips simple. Why not saya kongsi bersama anda tips yang macam boleh pakai jugaklah pada saya selama ni. Saya selalu wish untuk sentiasa dalam situasi yang positif. Seronok beb kalau tak ada masalah. Tapi, mustahil lah kan. Bila abad pula nak tunggu hidup kita ni tak ada masalah.

Jangan mimpi. Selagi hidup, selagi tu akan ada yang namanya masalah. Cuma, kenalah pandai handle masalah korang tuh. Tge trick is try to be positive dalam apa-apa pun keadaan. Not big deal lah.

Jom. Guna tips ni kalau korang tengah dilemma. I mean, maybe korang tengah ada masalah dengan kawan-kawan. Or maybe, korang ada masalah kurang keyakinan diri. Boleh jugak guna bila korang tengah hangin 1 badan bila dapat tahu si polan tu baru lepas mengutuk korang.

Pandai-pandai lah guna yek. Tips ni universal style.hehehehe


1- Tarik nafas, dan katakan dalam hati. Sebenarnya masalah yang datang akan nyah juga tak lama lagi. Cuma, perlukan sedikit waktu untuk korang “bermain” dengan masalah itu.  Jangan lupa hembus nafas balik or maybe you will…….DIE :P

2- Pejamkan mata dan cuba ingat semula tentang kejayaan korang melewati masa-masa sukar sebelum ni. Kemudian, katakan dalam hati sekuat-kuatnya. Kalau dulu boleh, kenapa sekarang tak?

3- Elakkan diri korang daripada terus berada dalam kelompok manusia-manusia “penambah masalah”. Adalah lebih baik korang duduk sendiri dan tenangkan diri daripada melayan mulut-mulut manusia ini. Biasanya mulut mereka ni lebih busuk daripada longkang. Jangan cari masalah baru!

4- Selalu katakan pada diri, semua orang akan lakukan kesilapan. Even korang pasti yang masalah tu bukan berpunca daripada korang, tak apalah. Mungkin ada yang korang terlepas pandang. Kalau perlu, minta maaf!

5- Find someone yang korang percaya dan selesa untuk berkongsi masalah. Luahkan semuanya padanya!

6- Sentiasa ingat, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

7- Kalau perlu, switch off handphone korang buat sementara waktu. Berikan sedikit ruang untuk korang berfikir dengan lebih tenang. Jangan layan panggilan yang tidak penting. Ada masa, lebih baik ignore saja atau mungkin korang akan melukakan hati orang lain pula.

8- Baca buku-buku berkaitan self improvement or apa saja yang berkaitan motivasi diri. Kadang-kadang, korang boleh merasa lega dan boleh berfikir lebih positif selepas membaca bahan-bahan macam ni. Saya suka buku-buku macam ni! Sangat membantu.

9- Cuba bersabar. Tunjukkan air muka yang sentiasa tenang pada sesiapa saja di sekeliling korang. Tunjukkan yang korang OK dan tiada apa yang nak dirisaukan. Senyum jika mampu.

10- Akhir sekali, ingat. Kita tidak akan mampu buat semua orang happy dan senang dengan kita. Jangan paksa diri buat sesuatu yang kita tidak mampu buat. Ada masa, membiarkan saja apa tanggapan orang pada kita akan membantu untuk buat kita lebih hebat daripada biasa! Be positive selalu!

p/s: Kita yang tentukan hidup kita macam mana. pekakkan telinga apa orang nak kata.

Kalau dah kahwin, wanita yang dulunya bertudung dah boleh togel ek?

3 Mar

Kalau dah kahwin, wanita yang dulunya bertudung dah boleh togel ek? Suami suruh ke apa? Sebelum ni bertudung tujuan asalnya untuk apa? Takutkan Allah atau takutkan tohmahan orang? Sorry, entry kali ini saya berani kata akan buat kawan-kawan saya meluat dengan saya.

Peduli apa. Siapa berani buat, beranilah tanggung rasa malu. yummy!

Saya suka memerhati perangai orang sekeliling saya. Kalau saya berdiam, bukan bermakna saya ada masalah. Tapi, saya diam kerana sedang memerhati! Itu sebenarnya. Perangai manusia memang unik. Saya sedar hal itu. Makin lama, makin saya boleh terima.

Kalau dulu, saya selalu sembur tidak tentu pasal. Kononnya, nak puaskan nafsu sendiri! Nak balas dendam. Ah, itu dulu. Zaman budak hingusan. Publisiti murahan.muahaha



berbalik pada topik saya. Kalau dah kahwin, wanita yang dulunya bertudung dah boleh togel ek? Saya sengaja mahu menyentuh hal ini bukan kerana mahu membalas dendam. Tidak sama sekali. Itu hak mereka untuk mengherdik saya. Itu kisah lama. Mungkin inilah karma saya. Mereka sekarang yang sebenarnya patut diherdik.

Maaf kalau melebih, tapi pada saya. Mereka layak dicaci dan lebih hina sebenarnya. Maaf sekali lagi.

Saya pelik. Semua tahu dengan teknologi Facebook sekarang kan? Masing-masing nak tunjuk gambar-gambar badan terlentok sana sini. Oh itu bukan urusan saya. Badan kamu, buatlah apa saja. Cuma, saya agak mengucap panjang bila terpandang koleksi gambar-gambar “sahabat” lama.

Kalau sebelum ini (sebelum berkahwin), tudung tidak pernah lepas. Melekat. Bukan calang-calang orang, dengan bangganya mereka mengaku yang mereka bersekolah di sekolah agama. Kalau dulu, kemain mempersoalkan kenapa saya tidak mahu bertudung? Tak malu ker? Tak takut dosa? Mak bapak tak marah ke?

Sekarang, saya pula mahu soal pada mereka (im sure tak ada yang sanggup jawab).

Mana tudung atas kepala? Dulu kan paka tudung labuh jugak? Kenapa lepas kahwin boleh buka tudung masa tepi pantai? Kenapa pakai seluar pendek macam anak cina? Tak malu dengan mak mertua? tak malu dengan mak bapak? Eh, suami izinkan yek? Kalau suami dah izinkan, Tuhan pun izinkan jugak?

Jawablah kalau berani. I dont mind if ada nak melaser pun. Silakan.

Saya malas nak panjangkan cerita. Cuma, kesimpulannya. Saya malu bagi pihak mereka. Sorry, tapi saya rasa samada iman mereka masih tidak cukup kuat atau asas agama mereka yang sangat teruk buat mereka jadi sebegitu. Saya tidak pernah berkecil hati dengan herdikan mereka suatu masa dulu. Saya tahu siapa saya, saya sedar dimana silap saya, saya tahu dosa saya, saya tahu itu semua.

Cuma, saya syukur gila sebab tak mulut bangkai macam mereka. Saya berterima kasih sebab Tuhan berikan saya hati yang tidak sesuci mana dek dosa saya sendiri tapi sekurang-kurangnya tidak sebusuk mereka ini. Pada saya, sebelum nak menyusahkan diri menilai buruk baik orang lain..baiklah fikirkan dulu iman sendiri tu dulu.

Chow bebeh. Oh, menarik sungguh hukum karma ni. I like!

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.