seo
Tag Archives: Jaya Jusco

Jaya Jusco Melaka Meletup

15 Dec

Jaya Jusco Melaka pula menerima padah kali ini. Jaya Jusco Melaka mungkin juga terkena badi KB Mall yang runtuh tempoh hari. Bezanya, Jaya Jusco Melaka meletup dan bukan runtuh. Rosaklah rancangan untuk majlis pembukaan rasmi Jaya Jusco Melaka yang sepatutnya diadakan pada Khamis ini.

jaya jusco melaka

Jaya Jusco menerima nasib malangnya itu semalam (14 /12/2009).

Bukan isu nasib Jaya Jusco Melaka sebenarnya yang harus kita debatkan, tapi lebih kepada apa sudah jadi dengan hasil kerja kontraktor-kontraktor Malaysia sekarang! Memikul tanggungjawab sewenangnya ke? Entahlah

Difahamkan, Jaya Jusco Melaka ini meletup gara-gara terdapat kebocoran pada saluran gas di dalam pusat membeli belah tersebut. Dibawah, sedikit info mengenai kejadian yang dilaporkan seperti di dalam akhbar Mstar.

Seorang terbunuh manakala 16 lagi cedera apabila kebocoran pada saluran gas di Aeon Jusco Mall di sini menyebabkan satu letupan besar sehingga menjejaskan persiapan untuk pembukaan rasmi gedung membeli-belah itu Khamis ini.

Aeon Jusco Mall Melaka yang terletak di Jalan Lagenda, Bachang itu bakal menjadi gedung Jusco yang terbesar di Malaysia.

Dan persiapan untuk majlis pembukaannya rancak dijalankan dengan para pekerja dan penyewa sibuk menyiapkan lot/ruang kedai masing-masing apabila malapetak ini berlaku sejurus sebelum jam 1 petang tadi.
Letupan yang berlaku di bahagian medan selera aras bawah Jusco Mall itu sangat kuat sehingga meninggalkan lubang sedalam dua meter.

Kaca dan serpihan yang pecah dari letupan tersebut melayang sejauh 25 meter.

Ketika pihak bomba tiba, terdapat dua orang mangsa ditemui tertiarap di luar bangunan manakala lima mangsa diselamatkan dari runtuhan akibat letupan tersebut.

Bagaimanapun, pihak bomba menemui Tiau See Peing, 25, seorang penyelia Restoran Old Town White Coffee ditemui mati dengan kecederaan teruk pada leher dipercayai terkena serpihan yang terpelanting.

Mungkin tidak adil kalau saya atau mungkin juga yang lain menuding jari menyalahkan sesiapa. Tetapi, kalau perlu nak buat macam mana kan? Mungkin kontraktor, mungkin juga jurutera binaan, mungkin juga buruh yang diberi upah dan tanggungjawab untuk membuat saluran gas itu yang patut disalahkan untuk hal ini.

Atau, ada kemungkinan isu sabotaj? Siapa tahu kan? Kadang-kadang saya rasa Malaysia pun boleh jadi ala-ala Hollywood. Semakin banyak kontroversi merepek tetapi menghiburkan juga kadang-kadang. Hampagas.

Cukuplah. Perkara dah jadi. Mungkin kes Jaya Jusco Melaka meletup menjadi penutup kes-kes malang yang menimpa bangunan pasaraya di Malaysia untuk tahun ini ya. Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan Malaysiawood. Eh salah, MALAYSIA!!!!

Credit to AZFARUL


Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.