Adakah Innity Sesuai Untuk Blog Anda?
10 Mar
Adakah Innity sesuai untuk blog korang? Kalau ditanyakan pada saya, untuk saat ni saya terpaksa katakan TIDAK. Saya memang sengaja memasang iklan Innity dalam blog cap ayam saya ni. Sengaja untuk bandingkan program mana yang lebih bagus.
Innity atau Nuffnang.
Sudah 2 minggu saya bersama Innity. Saya tak kata, Innity tak bagus cuma kekurangan content dalam blog Lizarazak.com ni sebenarnya yang buat saya rasa mahu beralih arah kembali bersama Nuffnang. Ahaks. Kena berpijak pada bumi yang nyata lah kan? muahaha
Saya kurang pasti, samada Innity betul-betul wow pada blog teman-teman lain. Mungkin nasib mereka sama juga dengan saya. Ada masa, memang masyuk. Tapi, ada masa ZERO pendapatan untuk hari itu. Saya tak kuasa nak mereka-reka cerita. Ini kenyataannya. ZERO pun ZERO lah. Nak malu apa kan?
Fazreen, seorang blogger yang dalam diam saya sudah jatuh cinta dengan beliau hasil penulisannya di dalam blog Fazreen.com. Een ada meninggalkan komen di dalam entri Saya Menang RM400 Untuk Contest Hidup Berani Untuk Gagal berkenaan tips untuk dapat earnings yg masyuk daripada Innity ni.
Perlu ada niche blog. Its simple. Mungkin itulah sebabnya blog Lizarazak ni tak masyuk sangat pun earnings nya. hahaha.
Ini cuma pendapat saya yang tidak seberapa hebat mana pun dalam dunia blogging ni. Walau korang ada blog sehebat mana pun, ada visitors yang ramai sekalipun, belum tentu Innity akan menjanjikan pulangan yang mangkaw jugak. Ini pengalaman saya.
Cuma, belum masanya saya keluarkan iklan Innity ni daripada blog cap ayam. Saya masih mahu bermain-main dan berasmaradana dengan Innity. hahaha. Cuma, saya perlukan bantuan pakar-pakar Innity lah sekarang. hehehe. Ada sesiapa yang sudi nak share tips? kehkehkeh.
Mr K ada request supaya saya membuat 1 entri tentang Innity versus Nuffnang. Tapi, belum masanya. Saya masih baru dengan Innity ni. Masih belum layak nak buat review. Earnings pun baru dapat RM14.79. Tak layak lagi kan?wakakaka.
p/s: Dah baca entri panas Orang ada blog, dia pun nak ada blog. Tapi sampah! di Justkhai.com? Dah terbaca tak entri baru Bang Nara tentang isu Emosi seorang blogger perlu dijaga?
p/s: Kalau macam rajin, boleh jugak baca entri-entri saya di blog Pengupas Jalanan




Komen Kamu