Kenapa Perempuan Suka Main Duit Kutu?

Dulu dan sampai sekarang saya tertanya-tanya KENAPA PEREMPUAN SUKA MAIN DUIT KUTU atau bahasa bertamadun sikit iaitu duit undi. Saya perempuan juga tapi saya bukan jenis suka sangat main duit kutu ni.

Seumur idup saya, baru 2 kali saya terjebak dengan kancah duit kutu ni. Kali pertama masa zaman sekolah menengah dulu. Itupun tak main sampai habis sebab ada yang menipu duit tu. Mungkin itu puncanya kenapa saya tak suka sangat nak main duit kutu. KENA TIPU! Tapi, haritu bila kawan ofis ajak main, saya terjebak sekali lagi.

Kenapa perempuan suka sangat main duit kutu ni?

Kalau ada yang jawab sebab untung, tipulah. Mana ada dapat keuntungan apa-apa pun kalau main duit kutu ni. Saya malas nak main duit kutu pun sebab tak ada keuntungan dari segi pertambahan duit pun sebenarnya. Duit kutu ni bukan duit macam kita laburkan dalam “unit trust” yang ┬ápernah saya share sebelum ni (maaf, sekarang saya demand. Terpaksa layan ┬ákalau investor yang nak melabur dengan modal minima RM100 ribu sahaja).

Duit kutu ni lebih kepada simpanan duit yang tak bertambah atau berkurangan tetapi lebih kepada duit kita sendiri yang kita kumpul tiap bulan dan akan dipulangkan semula pada kita bila tiba giliran kita nanti cuma yang bestnya bila main duit kutu ni, kita bolehlah pilih nak bulan berapa untuk dapat duit kutu tu.

Main kutu ni tak ada unsur riba’ atau tak ada unsur yang salah di sisi agama pun. Sama je konsepnya kalau kita simpan duit dalam tabung ayam kita sendiri cuma, kalau nak harapkan kita kumpul duit tu sendiri memang jenuhlah nak tunggu sebab biasalah, bila kita tak ada komitmen pada orang lain, rasanya payah sikit nak konsisten bab menabung ni. Kan?

Lagi satu, kalau nak tunggu duit simpanan kita sendiri tu banyak bila sampai masa yang mana kita memang perlukan sangat duit yang banyak (bayar insurans kereta, bayar cukai harta dan macam-macam lagi), alamat sakitlah kepala kita. Tapi, kalau kita ada main duit kutu ni sekurang-kurangnya kita boleh anggar bila yang kita perlukan bantuan dana duit kutu tu nanti.

Apa-apapun, terpulanglah pada individu samada nak main duit kutu ataupun tak. Macam saya, main kutu dekat ofis sebab so far gaji agak mencukupi dan syok juga bila tiba giliran dapat duit kutu tu nanti! Kita enjoy!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts