seo
Tag Archives: hiburan

Zahiril Adzim Dalam Short Film, The Invigilator!

6 Jun

Zahiril Adzim dalam Short Film, The Invigilator! Yay! Kenapa saya baru tahu Zahiril Adzim dalam Short Film, The Invigilator ni?? Macam tak ada pun yang bising-bising cakap Zahiril Adzim dalam Short Film, The Invigilator sebelum ni.

Short Film? Ok, fine.Mungkin sebab short sangat tak macam video Maharaja Lawak jadi tak perlu diwar-war kan. Merajuk!!hahahaha. Ok, ini joke. Sebenarnya, sebelum saya tulis entry “Zahiril Adzim dalam Short Film, The Invigilator!” ni, saya ada buat sedikit research (Please,bloggers pun kena reti-reti buat research before publish apa-apa entry woo. Bahaya). Ada sebab lain. Baca sampai habis entry ni. bahahaha!!

Entry Zahiril Adzim dalam Short Film, The Invigilator! ni sebenarnya diilhamkan (chewah,ayat!!!) oleh blogger TITAN. Beliau ada meletakkan di dalam blog beliau. Lepas tengok short film ni, saya rasa tertarik dan macam ternganga sekejap. Awesome!!! Jadi, haruslah dikongsikan di sini. hehehehe!!!

Siapa yang tak kenal pelakon berbakat besar, Zahiril Adzim kan? Sekarang ni drama beliau yang tengah hangat di pasaran ialah Drama Juvana. Malu sikit please, kalau belum pernah tonton drama Juvana ni woo. hahaha!! WAJIB TONTON drama ni ok.

Ok, apa kata korang layan video Short Film, The Invigilator di bawah dulu. Lepastu, kalau rajin. KALAU RAJIN ya, tak paksa. Boleh tak korang share pendapat korang tentang short film ni. Termasuk lakonan Zahiril Adzim, Cheryl Samad dan juga Tony Eusoff. Juga, apa pendapat korang tentang sinematografi filem ini. Kemudian, last apa yang korang faham tentang film ini. Maksud saya, ending cerita ni macam mana?

So, layan video Short Film, The Invigilator now guys!!! Awesome!!! Hasil kerja anak Malaysia yang pastinya. Arahan Manesh Nesaratnam. *iklan jap: Jangan lupa tonton drama terbaru Kak Erma Fatima, KITAB CINTA ok.

Ok, Filem The Invigilator ini berkisarkan tentang bidang pendidikan dan hubungan keguruan dengan murid-murid yang bermasalah. Sebuah short film yang aku rasa wajib ditonton oleh semua warga guru, terutamanya guru-guru yang sedang menjalani praktikal dan (malangnya) ditempatkan di sebuah sekolah yang rata-ratanya mengalami masalah disiplin (credit to Blogbustas )

Note: Video ini memang baru je dikongsikan oleh pelakon Zahiril Adzim di blognya. Jadi, memang baru sangat. Masih ramai yang belum tahu pasal short film The Invigilator yang hebat ni!!!! Kalau korang rasa video ni bagus untuk dikongsikan, silalah promote. Tolong warwarkan. Promote hasil kerja anak tempatan Malaysia!!!!

SHORT FILM: THE INVIGILATOR

NotaKakiCicak: Cikgu-cikgu, please tonton video ni. huhuhuhu

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009

5 Apr

Akhirnya. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 sudah pun tamat dengan jayanya. Tahniah buat semua para pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian kali ini. Cukup meriah bagi saya. Senarai Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2009 boleh korang baca dalam list di bawah ini ok.

1. Anugerah Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Haji Nawawi

2. Anugerah Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana

3. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

4. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

5. Penyanyi Duo/Artis Berkumpulan – Bunkface (kalah plak Hujan)

6.  Artis Komedi Lelaki Popular – Nabil Raja Lawak

7. Artis Komedi Wanita Popular – Noorkhiriah

8. Artis Baru Lelaki Popular – Black Mentor

9. Artis Baru Wanita Popular – Yunalis Zarai

10. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak

11. Pelakon TV Wanita Popular – Tiz Zaqyah

12. Artis Nasyid Popular – Rabbani

13. Penyanyi Lelaki Popular – Aizat

14. Penyanyi Wanita Popular – Siti Nurhaliza

15. Pelakon Filem Lelaki Popular – Que Haidar

16. Pelakon Filem Wanita Popular – Liyana Jasmay

17. Anugerah Sepanjang Hayat – Datuk Khadijah Ibrahim

18. Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian – Datuk Siti Nurhaliza

Adatlah. Bila bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Tapi, saya rasa keputusan untuk Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2009 ni sangat buat saya rasa berpuas hati.hahaha *tak pasal-pasal

Sekurang-kurangnya, tak adalah saya tengok Fasha Sandha yang tak sehebat mana pun naik terkedek-kedek atas pentas dan berucap gagap-gagap lagi tahun ni. Cuma, sedikit terkila sebab Maya Karin tak ada menang pulak kali ini. Mungkin betul, bila sudah kahwin..publisiti kureng dan nak menang anugerah popular ni macam susah sikit. hohoho.

Tak apa, cuba next time ye!

Cuma, dalam ramai-ramai artis. Saya sakit mata yang amat dengan pakaian Watie Elite. huhu. Sekali pandang, macam tak pakai baju aja. Nipis sangat kot. huhuhu. Nasib baik kali ni tak ada Rozita Che Wan :P

Anyway, persembahan not too bad lah tahun ni. Tapi, kalau ditanya pada saya persembahan mana yang paling mantap habis..saya akan pilih persembahan Alyah & Dayang Nurfaizah!!!!! Pergh. Saya bukan peminat mereka berdua tapi saya sangat teruja dengan persembahan diorang woo. Alyah mantap giler dan Dayang sangat-sangat pandai main lenggok ek? hehehe.

Tahniah buat semua! Ops, lupa pulak. Pengacara? Even Kak Engku & Shahira selalu buat sesuka hati mak nenek atas stage tapi saya tetap sukakan keletah mereka dari dulu sampai la ni. muahahaha! Mereka sangat spontan. Cuma, terlalu slumber sangat sampai bawak baby. kikiki. Baby Shahira so cute!!!!

Terkini: Yanie Mentor Meninggal Dunia

22 Mar

Al-fatihah buat seluruh keluarga Yanie (Mentor) atas pemergian allahyarhamah pada 21.3.2010. Terkejut saya mendapat tahu berita pemergiannya. Sudah sampai masa untuk pergi, tiada siapa yag boleh menghalang. Sumber ada mengatakan bahawa allahyarhamah meninggal akibat daripada sakit ketumbuhan paru-paru yang dihidapi sejak 4 bulan yang lalu.

Takziah sekali lagi daripada saya buat ahli keluarga allahyarhamah. Moga-moda tabah menerima dugaan Allah ini. Al-fatihah. Maklumat lanjut, boleh dapatkan di dalam blog Zon Artis

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.