Tag Archives: hacked

Twitter Kena Hacked?

26 Feb

Twitter kena hacked ke? Ada problem dengan Twitter sejak semalam kan? Tak pernah-pernah saya dapat DM daripada Milimilo selama ni, tup-tup dapat DM yang menggoda semalam. kikiki. Mana lah saya nak percaya si Milimilo yang hantar kan?

Tapi saya buat bodoh mulanya. Tapi, selang 2 or 3 jam lepas tu dapat pula DM daripada entah siapa-siapa punya account twitter ntah. Haih, confirm ada something wrong ni dengan Twitter. Im not sure kenapa dan tak ada masa lagi nak buat eksperimen.

So, kalau sesiapa yang tahu apa puncanya. Why not share ek. huwaa!!! Susah lah kalau Twitter kena hacked. Boleh jejas kerja bloggers kan? huhuhuhu. Si burung kena lastik ke apa ni yerk? Haih, asal ada applications yang canggih sikit aje, adalah hantu yang nak dengki. hmm.

Hopefully Twitter akan ok lah lepas ni. Rasa tak keruan jugak kan tiap-tiap hari dapat DM horny-horny. wakakaka! Ngok ngek gila. hahahaha. Tengok ni.

Anyway, masih belum terlambat lagi rasanya kan nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua muslimin dan muslimat. Mudah-mudahan sama-sama lah kita mengikut cara hidup Nabi Muhammad S.AW. Satu je harapan, kalau boleh next year biarlah iklan atau drama-drama dekat TV tu sopan sikit time-time Maulud ni. huhuhu. Ini tak, hari kita ingat junjungan kita Astro dok pasang balik Konsert Akademi Fantasia. Terkinja-kinja.

Ada otak. fikir-fikirkan lah. Jangan rakus sangat nak kan keuntungan, sesekali tayang program berilmiah berkat dan mana tau boleh kaya lepas tu kan?wakakaka :P

Tips Penting Untuk Pengguna Wordpress

1 Feb

Tips penting untuk pengguna Wordpress. Pengguna Wordpress, sila belajar daripada kesilapan saya. Tips penting untuk pengguna Wordpress ini saya berikan atas rasa tanggungjawab sendiri. Tiada yang memaksa. Korang semua perlu baca entry ini kalau tidak mahu kisah sedih yang berlaku pada blog saya lately. ahaks *sengal, still nak gelak

Tips penting untuk pengguna Wordpress. Sila bertindak sekarang pada sesiapa yang masih baru dengan dunia blogging ni.

Begini, mungkin ada bloggers yang sudah tahu apa terjadi dengan blog Lizarazak.com sehari dua lepas bukan? Ada someone yang sudah pun hacked blog cap ayam saya ni dan hahahaha habis semuanya hancur lebur. (ok, cerita yang ditokok tambah semata-mata)

Saya tak sure siapa punya kerja. Mungkin juga sebab kelalaian saya dan saya pasti, itu salah satu puncanya.

Saya lalai untuk mantapkan security blog saya sendiri. Saya tidak kisahkan dengan security FTP saya. Saya senangkan diri saya sendiri dengan memberi password yang paling senang untuk saya ingat, kononnya nak elakkan daripada masalah lupa password macam selalu terjadi untuk blog percuma saya :P

Awas ya. Jangan ulang kesilapan yang telah saya lakukan. Korang yang guna wordpress, sila ambil berat apa yang saya tulis di dalam entry ini. Even blog Lizarazak.com sekadar blog cap ayam, tapi untuk kali ini please take it serious kalau korang sayangkan blog korang woo. ahahahaha.

Antara tips:


1- Pada sesiapa yang still menggunakan password macam ni “sayangkamu”, “love123″ atau “123456″ segeralah bertaubat. wahahaha. Sila tukarkan dengan segera password Wordpress korang ok. Tukarkan dengan password yang boleh buat hackers rasa nak pengsan kalau mereka ada niat nak godam blog korang sekalipun. Ini ada kaitannya dengan serangan Brute Force. sepertimana yang diajarkan oleh saudara Fikri Fadzil. Tolong tukar pada password yang begini contohnya “#@FSWFT%^”. Dapatkan info tentang ini di sini .

2- Biasanya, waktu korang setup blog Wordpress korang akan ada default user “admin” kan? Dan korang akan create 1 lagi user lain untuk diri korang sendiri. Kan? Ok, sila buangkan user “admin” ni dan tinggalkan hanya user untuk korang as administrator login. Kenapa? Ok, macam penyelamat saya katakan. pengodam boleh cuba meneka password korang untuk user admin ni sampai diorang rasa nak muntah. Username diorang dah tahu, tinggal nak teka password aje beb

3- Bukan takat username dan password Wordpress saja yang perlu korang ambil berat ok, saudara Fikri Fadzil juga ada menyarankan saya untuk menukarkan password cpanel jugak. Jangan sesekali guna password yang sama dengan password Wordpress korang!! Sekali pengodam dah berjaya masuk dashboard Wordpress korang, tak mustahil diorang akan cuba serang dengan password yang sama untuk cpanel pulak!!

Ok, itu antara 3 tips yang saya tahu daripada saudara Fikri. Sila ke blog beliau dan baca sampai habis entry Bagaimana Wordpress Anda Boleh Di Godam?

Semuanya terletak pada tangan korang semua now. Kalau tidak mahu nasib yang sama berlaku pada korang pulak, silalah bertindak segera ok. Walau saya sedikit kecewa bila ada bloggers yang  Tweet sana sini, kononnya seolah macam saya sengaja yang menyebarkan virus ke blog mereka. Ah, persetankan saja.

Bukan niat saya. Mana mungkin saya melakukan perkara tak bermoral itu kan? Tapi, biarlah. Mulut manusia, kalau bulut kucing boleh jugak saya tutup. hohoho. Sorry kalau ada yang dah terkena virus yang tak disengajakan tu yek. Gua pun kena beb :)


Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.