Mudahnya Buat Duit Dengan Blog

Jika anda adalah seorang penulis blog, saya berani katakan yang anda langsung tidak mempunyai sebarang masalah atau rasa kekok untuk berkongsi pendapat, pandangan, idea atau apa-apa sahaja yang terlintas difikiran anda untuk dibaca oleh orang lain.

Malahan ada ketikanya anda mahukan perhatian, anda mahukan lebih ramai orang untuk baca apa yang anda tuliskan!
Ye la… kita pun faham. Penat-penat perah otak, cari idea, bila dah siap satu artikel, mestilah kita nak orang baca. Lebih-lebih lagi bila dalam entri yang kita hasilkan tu, kita dah selitkan didalamnya link link azimat yang boleh hasilkan pendapatan tambahan untuk kita.

Kalau tak ada sesiapa yang baca apa yang kita tulis, kan buat penat je tu namanya.

Siapa saya ni nak cerita topik pasal penulisan and buat duit pulak ni kan.

Ehem ehem… saya ni pun penulis blog jugak tau. Jadi, sedikit sebanyak saya boleh imagine apa yang penulis blog lain fikirkan dan rasa.

Ini blog saya, sabreehussin dot com. Erk tak pernah dengar?!

Alright, kalau anda tak pernah dengar maknanya saya dah berjaya jadi penulis yang low profile selama saya jadi penulis.
Alhamdulilah, dengan blog yang tak seberapa tu jugak saya dah berjaya dapat income sekitar RM1,000 ++ In Shaa Allah akan semakin meningkat.

Sebenarnya, dalam entri ni saya nak cerita pasal “Mudahnya buat duit dengan blog” 

Don’t worry. Saya tak akan cerita panjang-panjang, jika anda beri tumpuan pada apa yang saya akan tulis ni, tak sampai tiga minit dah habis baca.

Masih bersama saya? Bagus. Anda memang awesome!

Saya tak pasti sama ada anda akan rasa pelik atau tak, sebabnya kalau saya, memang saya akan rasa pelik. Tak kan tak rasa pelik langsung, 1,000 blogger buat benda yang sama, tapi tak semua akan dapat hasil yang sama. Ada yang dapat lebih, ada yang dapat kurang, ada yang tak dapat-dapat langsung.

Dapat apa? La… duit la. Kan kita tengah cerita topik mudahnya buat duit dengan blog.

Setengah orang kata buat duit dengan blogging ni susah. Ye ke, kalau susah, kok boleh ada yang berjaya? Kalau senang, macam mana pulak caranya?

Pelbagaikan pintu wang masuk

Saya pun tak faham kenapa ramai yang masih lagi tak boleh nak grab konsep ni. Alang-alang dah buat blog sebab nak buat duit, kita perlbagaikan aliran masuk duit tu dari pelbagai sumber, yang halal, of course.

Itu yang saya buat, saya combine beberapa kaedah. Antaranya pengiklanan dengan Nuffnang, affiliate marketing dengan jomniaga [daftar percuma], network marketing, dan jual produk digital

Dari masa ke masa, kita boleh lihat sendiri mana satu dari money making tools yang perform. Yang perform kita teruskan, yang tak perform, slow-slow kita tinggalkan.

Fungsi blog


Saya tak pasti tentang pembaca blog anda, tetapi saya dapat baca sesuatu dari statistik pengunjung blog saya.
Mereka yang datang ke blog saya, rata-rata inginkan maklumat, informasi, dan ingin selesaikan isu yang mereka tengah hadapi.

Mereka bukan datang ke blog saya sebab nak tau pasal majlis kahwin saya bila, mereka bukan nak baca cerita-cerita pasal siapa dalam family member saya yang akan sambut hari lahir.

Tak tak tak.

Entri yang paling banyak pembaca dalam blog saya ialah entri yang bantu pengunjung blog saya untuk selesaikan masalah mereka.

Sebenarnya saya tak ada lah hebat sangat sampai mampu nak selesaikan masalah diorang ni semua, tapi ada satu perkara yang saya mampu buat, dan mereka seronok pulak tu bila saya buat macam tu.

Biasanya, apa yang saya buat, saya bantu mereka selesaikan 30% dari masalah mereka dan lagi 70% tu, kalau mereka serius nak selesaikan segera, saya akan cadangkan pada mereka produk apa yang sesuai untuk mereka cuba bagi mengucapkan selamat tinggal kepada masalah mereka.

Dan kalau mereka buat pembelian, ka ching… saya pun dapatlah komisen.

Senang kan kerja kita?

Dalam dunia ni ada macam-macam masalah, dan dalam dunia ni jugak ada ramai orang yang ada masalah. Kita tak perlu nak jadi orang yang bersusah payah nak selesaikan masalah diorang tu semua, cukup kita jadi pemandu arah, navigator, untuk tunjukkan pada mereka jalan yang mereka patut ambil untuk selesaikan masalah mereka.

Ok saya bajet artikel ni pendek je, tapi dia terbabas jadi panjang jugak. Bravo buat anda yang baca sampai ke perenggan ni.

Sebelum berpisah, saya nak share satu nasihat dari seorang kawan, katanya

Ibarat seorang petani yang menanam padi, selepas berbulan-bulan mengusahakan tanamannya, barulah nampak hasil. Itu pun selepas terpaksa berbongkok-bongkok, sakit pinggang, sakit kaki, berpanas, berhujan, berpenat dan bermacam lagi dugaan, selepas hampir setahun barulah dapat hasil daripada padi yang ditanam.

Kita? Ala… kita cuma perlu hasilkan artikel yang berkualiti je pun. Kalau nak dibandingkan dengan petani tu tadi, apa lah sangat.

Artikel berkualiti tu macam mana pulak? 

Yang ni lain kali saya jawab. Tunggu dapat green light dari tuan blog, saudari Liza Razak dulu. Kalau diizinkan, saya akan berikan pula beberapa siri Rahsia blog yang lain untuk pembaca

Sekian, semoga perkongsian ini bermanfaat. Wallahua’lam.

Artikel ini ditulis oleh: Saudara Sabree Hussin

Artikel Berkaitan

Keyakinan Berdasarkan Logik Akal Atau Mata Hati?

Keyakinan Berdasarkan Logik Akal Atau Mata Hati? Bagaimanakah kita sebagai Hamba Allah ini membentuk keyakinan kita pada nikmat pemberian Allah sehari-hari? Sempena hari Jumaat, penghulu segala hari ini marilah kita buka minda dan akal kita untuk berfikir ok.  Sekali lagi, saya mengalu-alukan artikel daripada Saudara Abdul Halim yang merupakan guest blogger tetap di blog picisan saya ini.

Artikel ini ditulis oleh: Saudara Abdul Halim

mata hati

credit

Assalamualaikum W.R.T, sesungguhnya dan pastinya keyakinan serta kepercayaan manusia bukan di bina atas logik akal semata-mata dan illusi tetapi apa yang dilihat dengan mata kepala seseorang itu yang membina keyakinan dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu perkara sama ada zahir atau batin. Apa yang jelas dilihat atau yang tak nampak pada mata kasar akan tetapi boleh dilihat dengan mata hati.

Banyak sekali manusia pada abad yang serba canggih ini percaya bahawa semua perkara mestilah bersandarkan kepada sebab dan musabab. Adakah mungkin makanan atau emas akan jatuh daripada langit tanpa seseorang itu perlu berusaha?? Adakah sesuatu itu akan zahir tanpa usaha daripada tuan punya badan ??

Dan jawapannya benar dan telah terbukti, pernah anda mendengar seorang wanita yang kuat beribadat kepada Tuhannya lalu dianugerahkan makan secara tiba-tiba di sisinya, atau seorang hamba yang beribadat beratus tahun di dalam batu di dasar laut tapi tidak mati kelaparan akibat dikurniakan rezeki daripada Tuhannya?

Dan yang paling benar dan sememangnya benar pernahkah anda berusaha untuk mendapatkan sepasang tangan, dua biji bebola mata, dua helai cuping telinga atau segenggam jantung yang menghidupkan anda hingga saat ini?  Semua itu adalah rezeki anugerah Allah S.W.T yang diberi kepada hamba-Nya sama ada dia beriman atau kufur.

Jadi apakah kita masih ragu-ragu bahawa segala nikmat dan pemberian yang kita kandung hari ini ialah anugerah daripada Allah Tuhan sekalian alam?

Tapi sayangnya masih ramai di antara manusia hari ini yakin serta percaya bahawa rezeki dan nikmat kemewahan yang mereka rasa adalah semata-mata hasil usaha mereka sendiri dan lebih parah lagi mereka bergantung kepada makhluk lain seolah-olah makhluk ciptaanAllah itulah yang menaburkan rezeki ke atas mereka.

Ingat, percaya dan yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah lah Tuhan yang memberi rezeki  dan nikmat, sesiapa bersyukur dengan pemberian Allah pasti dilipatkali gandakan nikmat itu tetapi sesiapa yang kufur  tidak bersyukur maka azab Allah itu tersangatlah pedih. Memang, kita semua bukan perfect tapi berusaha menjadi perfect itu adalah salah 1 usaha untuk terus berubah menjadi Hamba-Nya yang bertakwa. Wassalam.

p/s : untuk kak liza dan pembaca blog ni insyalah pada awal bulan Julai setiap entri saya akan saya sertai sekali pembelajaran bahasa arab seberapa mudah yang mungkin dalam penghayatan kita kepada bahasa arab, bahasa al-Quran.

p/s: Jangan lupa baca entry Amalan dan Doa Murah Rezeki. Kita Minta, Allah Pasti Beri! dan juga entry Pemuda: Berusaha dan Berfikir Kunci Yang Sering Dihilangkan oleh penulis hebat masa kini Hilal Asyraf untuk dapatkan informasi berkaitan rezeki ya

Artikel Berkaitan

10 TIPS PERGAULAN YANG HEBAT SESAMA MANUSIA

TIPS PERGAULAN YANG HEBAT SESAMA MANUSIA. Salam, lama rasanya saya tidak membebel kan dekat blog sendiri. Tak apa, rasanya selepas ini mungkin saya perlu mendisiplinkan diri semula untuk terus berkarya dalam dunia blogging ini. Jadi, ini adalah artikel suam-suam kuku daripada saya. hehehehe!

TIPS PERGAULAN YANG HEBAT SESAMA MANUSIA ini saya kongsikan bersama, sebab rasanya perlu. Kenapa? Semua manusia boleh hidup, semua manusia mampu bergaul tetap bukan semua antara kita boleh menjadi orang yang hebat dalam pergaulan.

Orang bijak pandai, mungkin pandai dalam segi pelajaran mereka. Tetapi, belum tentu lagi mereka juga bijak dalam soal pergaulan sesama masyarakat sekeliling. Tak payah masyarakat sangatlah kan, kadang-kadang dengan kawan-kawan sekerja pun ada yang gagal bergaul dengan baik. Terasa? Maaf, sengaja.

Ok, tak perlulah kan nak bebel mukaddimah panjang-panjang sangat berkenaan TIPS PERGAULAN YANG HEBAT SESAMA MANUSIA ni. Buat korang bosan je nanti. hahahaha!!! Ok, dekat bawah ini saya sertakan antara tips yang insyaAllah bersesuaian untuk kita semua. Moga bermanfaat.

TIPS PERGAULAN YANG HEBAT SESAMA MANUSIA

1) Sentiasa menjaga perintah Allah S.W.T (bagi yang muslim)iaitu SOLAT dan peliharalah ibadah-ibadah yang menjadi kewajipan kita.

2) Bila bergaul dengan orang lain, tidak kira siapapun dia. Sentiasalah bersangka baik terhadap diri orang itu (walaupun pada mata kasarnya, mereka jelik tetapi tetaplah bersangka baik)

3) Waktu bergaul dengan sesiapa sahaja, sentiasa tersenyum. Ya, memang bukan semua manusia mampu senyum memanjang. Tapi, mulai hari ini BELAJARLAH!!! senyuman itu sedekah paling mudah 😉

4) 1 rahsia untuk merapatkan hubungan dengan sesiapa sahaja (dengan cara yang betul mengikut Islam ya), adalah dengan BERSEDEKAH. Sedekah ni bukanlah dalam bentuk duit je ok. Korang boleh juga sedekah dengan beri bantuan tenaga kalau diperlukan atau mungkin sedekahlah dengan DOA yang berterusan. Doa tak kena duit kot. kan???

5) Kalau boleh, sentiasa tunjukkan muka yang ceria walaupun dalam kepala korang ada 1001 masalah. muahahaha!!! Apa salahnya berlakon sikit untuk pastikan orang yang bersama kita tu tidak kena tempias masalah kita kan? Belajar cara “control” emosi kita. Biar orang sekeliling kita rasa seronok melihat muka ceria kita!

6) Jadilah pendengar yang setia. Ini perlu ke saya nak huraikan? Tak kan?

7) “Alert” dengan perubahan orang sekeliling kita. Kalau perlu, bertanya pada mereka. Mana tahu mereka ada masalah kan?

8 ) Sentiasa tunjuk sikap korang yang positif-positif sahaja. Belajarlah kawal peribadi korang yang agak kurang sopan sikit tu bila tengah bergaul dengan orang lain. Jangan sampai orang keliling korang tu rasa “annoying” pula. Bahaya!

9) Ini tips paling mudah. Mengikut ustaz, lakukan Solat Tahajjud secara istiqamah (MUDAH KE???? hehehehe). Kenapa? Tahu tak, solat malam ini mampu MENAIKKAN DARJAT KITA. Secara logiknya, memang orang lain akan SELESA DAN SUKA bergaul dengan kita.

10) Akhir sekali, klise tapi ini penting ya. SABAR!!!! hahahahah. Bergaul dengan orang, kena banyak bersabar. Manusia ada macam-macam karenah. Teruskan bersabar.

Ini sahaja TIPS PERGAULAN YANG HEBAT SESAMA MANUSIA daripada saya yang hina ini. Sekadar berkongsi, kalau ada yang nak tambah lagi..saya alu-alukan. hmm, selepas ini saya akan “publish” pula artikel untuk ruangan Guest Blogging daripada Saudara Abd Halim. InsyaAllah.

Artikel Berkaitan

Kuasa perubahan : Mulakan dengan diri sendiri

Artikel ini ditulis oleh : Saudara Izzat Aziz


Aku pernah menganggap dunia ni sudah tiada masa depan untuk berubah. Bagi aku setiap orang atas dunia, hidup untuk diri sendiri, orang politik inginkan kuasa untuk kesenangan anak bini, cikgu menjadi guru untuk gaji semata-mata, artis menghasilkan musik bukan lagi untuk seni ataupun menyampai mesej tapi sekadar menjerit untuk duit, sikap toleransi antara kaum semua itu adalah untuk kepentingan diri sahaja tetapi bertopengkan sifat keterbukaan, aku sudah tiada perasaan terhadap dunia, tiada apa yang baik dalam dunia akhirnya aku berhenti mengambil kisah.

Berita pembunuhan, rogol, buang anak bersepah di dalam surat khabar bagaikan ia suatu cerita wajib setiap hari, lalu aku berhenti membaca surat khabar. Palestin dari dulu sampai sekarang tidak juga terbebas, aku dengar banyak bantuan dirampas oleh Israel, aku berhenti menderma. Politik Malaysia bagaikan tiada punca, tiada yang baik, semuanya pentingkan diri sendiri, aku berhenti berfikir siapa perlu diundi, aku tak kan mengundi. Aku dah mencapai tahap di mana “biarlah apa pun berlaku, asalkan aku tak terlibat aku tak kisah”


Kemudian aku ada terdengar satu kisah…

Aku (aku dalam ini sekadar untuk penceritaan) pernah terjumpa seorang mak cik tua sedang membawa plastik yang agak berat.. aku lihat dari jauh dan sekadar berkata “mak cik ni tak de anak ke?” aku tambah lagi “dalam ramai-ramai orang ni tak de orang nak tolong ke?” last sekali aku kata “dasar orang bandar, tak kisah sikit, anak pun tak tolong mak sendiri” lalu aku berlalu dan pergi dari situ.. kemudian tidak tahulah dari mana datangnya satu bisikan “habis, apa yang kau buat” aku berhenti.. dan melihat kembali ke arah mak cik tu.. “betul juga, aku duk kata tapi aku tak buat apa pun” lalu aku berlari ke arah mak cik tu, dan menolong dia melintasi jejantas naik dan turun tangga. “Terima kasih” kata mak cik tu, aku sekadar tersenyum.

Kemudian aku kembali ke tujuan asal aku, aku berjalan dan menuju ke arah perhentian bas. Aku menunggu bas, keadaan agak sesak semua tempat duduk perhentian bas penuh diisi, datang seorang perempuan mengandung, dan bangunlah seorang lelaki memberikanya tempat duduk, aku sekadar melihat tanpa sebarang reaksi, kemudian bas sampai, keadaan sesak, sangat sesak, aku berlalu pergi ke bas, begitu juga perempuan tadi, aku naiki bas, perempuan itu tadi berdiri dan seorang mak cik bangun dan memberi tempat duduk, perempuan tadi segan untuk duduk tetapi akhirnya duduk juga, kemudian bangun seorang lelaki memberikan tempat duduk kepada mak cik tadi, aku melihat dan terfikir “kenapa tiba-tiba semua orang baik ni”.

Kuasa perubahan, mulakan dengan diri sendiri

Kisah diatas mungkin betul dan mungkin rekaan, aku menceritakan kembali apa yang aku dengar, dan aku percaya semua yang berlaku bukanlah “tiba-tiba semua orang jadi baik” tetapi semua itu adalah satu kuasa yang aku percaya ada, tetapi kita manusia tidak dapat melihat, apatah lagi menyentuhnya. Ia adalah kuasa yang boleh mengubah pandangan kita mengenai dunia, itu adalah teori yang aku terfikir bila mendengar kisah di atas.

Tetapi semua itu bukan sekadar teori lagi, kerana aku mula cuba membawa diri aku kearah kebaikan, aku berhenti mengkritik, aku berhenti mengata orang jika aku sendiri tidak buat, aku mulakan dengan diri aku dahulu dab akhirnya aku sedar jika aku tidak melakukan kebaikan aku tidak akan percaya dengan kebaikan, lalu aku akan tidak percaya wujudnya kebaikan, tetapi kalau aku cuba hidup kearah kebaikan, aku cuba hidup dengan membantu, tidak berfikiran buruk, aku akan mula dapat melihat kebaikan, aku mula dapat menyanjung beberapa manusia yang bersifat baik walaupun sebelum ini aku tidak sedar wujudnya mereka.

Perubahan perlu berlaku keatas diri kita dahulu, kurangkan mencari, lebihkan menjadi, bila kita mula hidup kearah kebaikan, bila kita hidup dengan membantu, bertimbang rasa, kita akan mula sedar orang lain juga ada yang baik, orang lain juga ada yang bertimbang rasa, ia bukannya hanya ada bila kita menjadi baik, tetapi kita hanya menyedarinya bila kita sendiri yang berubah, sebelum ini kita mata kita ditutup oleh sifat semula jadi manusia iaitu “orang lain pun sama je”. Bila aku mula tidak memikirkan tentang keburukan yang berlaku atas dunia dan sebaliknya aku sendiri berubah melakukan kebaikan, aku mula dapat melihat kebaikan-kebaikan lain, percayalah ia sesuatu perasaan yang cukup hebat, itulah kuasa perubahanan, bila kita mulakan dengan diri kita, kita akan mula sedar dunia ini penuh dengan kebaikan.

Artikel Berkaitan

Ramadhan Bukan Sekadar Soal Berpuasa dan Terawih Sahaja!

Artikel ini ditulis oleh : Saudara Abd Halim

Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapankan kepada kak liza kerana sudi beri peluang kat saya untuk mencelah dalam blog ni. Sahabat-sahabat yang dihormati sekalian, syukur kita panjatkan pada Allah s.w.t atas kurnia-Nya kerana kita masih dapat berada dalam bulan Ramadhan kareem yang penuh dengan rahmat, pengampunan, pembebasan dari api neraka dan janji Allah ke atas mereka yang melakukan amal ibadah pasti benar-benar terjadi.

Saya bukannya nak mengajar tapi nak berkongsi ilmu yang ciput ni dengan sahabat semua. Tentu kita semua pernah dengar, bulan puasa ni kena banyakkan amal ibadah, tahan lapar, dahaga, baca Al-Quran and buat sedekah jariah. Tapi sebelum ramadhan takde pun kita buat benda ni semua.

So persoalannya sekarang, setakat mana kita kena buat amal ibadah ni, sampai nak termuntah ke or nak kena baca Al-Quran sampai jadi Amy Search ke or sembahyang sampai pagi ke….?

So yang pertama sekali saya nak beri satu perumpamaan yang boleh kita semua renungkan. Kalau kita tengok air terjun mula-mula taklah sebesar yang ada sekarang tapi ianya bermula dengan alur air yang kecil or sempit…bile datang hujan lebat alur tadi yang kecil jadi besar sikit demi sikit….lama-kelamaan alur tadi jadi luas sampai jadi air terjun…

So kita pun macam tulah bila buat amal bulan puasa ni, tak semestinya kena buat semua amal sampai kita naik bosan or dah tak larat lagi nak buat semua amalan masa bulan puasa ni tapi kita semua kenalah ikut kemampuan dan kelapangan masa masing-masing.

Dan yang paling penting sekali kita semua kena tahu, yang buat amal kebaikan ni tak semestinya sembahyang dan baca Al-Quran saja, amal yang baik atau soleh ni boleh jadi kita bagi duit kat orang miskin, kita buat ibu bapa kita gembira, buang kaca kat tengah jalan, senyum kat kawan and kalau nak cerita banyak lagi benda baik dalam bualan puasa yang boleh kita buat.

Amal semua ni tak boleh jadi ibadat kalau niat kita tak baik or kita saja nak tunjuk kat orang lain, insyallah saya jamin kalau kita buat amalan ikhlas kerana Allah dan mengharap keampunan dari-Nya semua dosa kita yang lalu akan diampunkan. Dan pastikan kalau kita tak mampu buat amalan soleh banyak sekali pun biar lah amal kebaikan yang kita buat sedikit tapi ianya konsisten dan berpanjangan daripada buat amalan baik tapi tak tentu time.

Time rajin kita buat tapi time malas or takde mood kita tinggal gitu je.

Last sekali, kalau entry ni ada salah ke saya mohon kawan-kawan semua betulkan lah sebab saya ni bukan pandai sangat cuma nak kongsi apa yang saya ada and inilah kebaikan yang saya harap merupakan amalan saya dalam bulan puasa ni untuk kawan-kawan. Sekian!

Artikel Berkaitan

Idea berblog hilang?

Artikel ini ditulis oleh : Fazreen

p/s: Baca blog personal Een jugak. Tak rugi woo

Ini masalah juga ni kalau tengah nak update blog tiba-tiba idea hilang begitu saja ibarat ditiup angin sepoi-sepoi bahasa di waktu petang. Ish ish ish. Aku yakin 275% yang korang mesti pernah alami masalah tak ada idea untuk menulis di blog bukan? Korang jangan tipu lah kalau korang cakap tak penah tak ada idea untuk berblog. Even orang yang minat menulis, yang memang semulajadi kreatif dalam penulisan pun kekeringan idea inikan kita yang menulis entah apa-apa kan..haha

Ini kes orang putih cakap ‘burn out’ – dah tak tau nak tulis apa. Masa ni lah mood untuk berblogging akan hilang dan seterusnya mati begitu saja. Sampaikan blog sendiri pun kena kebumikan. Apa nak jadi? Penat-penat buat blog, belajar itu belajar ini tapi give up separuh jalan. Tak jantan la kan. Sekarang ni berblog biar sampai dapat kumpul duit untuk kahwin baru rock. Kali ni aku nak kongsi sikit cara aku macam mana nak atasi masalah-masalah kekeringan idea untuk menulis. Dalam erti kata lain cara-cara untuk dapatkan idea untuk entri blog.

1) Membaca!

Dulu masa sekolah, before tamat sesi persekolahan cikgu selalu pesan “murid-murid jangan lupa baca buku kat rumah” . Aku memang mengaku yang aku seorang yang malas membaca terutama yang berkaitan dengan study. Malas tahap langit ke 7 dah aku punya kemalasan ni. Tapi semakin meningkat dewasa minat aku terhadap membaca semakin bertambah. Tambah-tambah bila dapat online.

Aku ada list aku sendiri, blog dan website yang memang akan aku baca untuk tambah pengetahuan aku. Membaca ni perlu bila kita melibatkan diri dalam dunia blogging/penulisan atas talian (ayat tak nak skema kan). Dengan membaca saja apa yang kita tak tau akan kita tau. Tapi..ada tapinya..bila korang baca korang jangan la baca macam tu je. Sebab baca sahaja tak akan kemana.

Apa yang aku buat. aku akan buka notepad dan taip tajuk atau pun isi-isi yang aku rasa menarik. Setiap kali aku jumpa tajuk yang best atau isi yang menarik akan aku masukkan dalam notepad dan save. Setiap kali aku nak tulis entri baru aku akan buka balik file tadi dan tengok balik tajuk-tajuk yang dah aku tulis.

Lagi satu..kenapa aku syorkan membaca ialah sebab korang boleh belajar macam mana gaya entri yang boleh dibuat baik dari segi penulisan entri atau pun persembahan entri. Ini baru super cool. tak lah entri blog korang rasa mendatar je.

2) Diri sendiri!

Ini yang paling aku suka la. Kat atas tu aku ada bagitau kan yang aku ni bab baca membaca ni memang malas gila lah. Kalau rajin dah lama aku buat medic. haha. Tips ni memang boleh buatkan pembaca blog merasai apa yang korang rasa. Apa yang korang boleh tulis pasal diri korang ialah tentang pengalaman korang sendiri.

Pembaca suka real story yang dapat bagi dorang motivasi. Pembaca tak suka baca entri yang tak ada jiwa. Pembaca akan rasa seronok dan teruja nak baca kalau entri tu penuh dengan jiwa. Biar pembaca dapat rasai apa yang penulis rasai. Kalau korang happy biarlah pembaca blog korang rasa happy juga.

Amacam? ada bran nak buat entri macam tu? Kalau korang tak ada sangat idea nk berblog cuba tengok diri korang. 10001 cerita ada pada diri korang. Tak percaya? Cubalah try dan test..haha
Itu aku punya style lah. Tapi kalau korang nak lagi banyak tips,  aku syorkan korang baca entri blog ini http://mkakan.com/12-bloggers-reveal-how-and-where-to-get-blog-post-ideas/ . Nah 12 blogger seluruh dunia berkongsi tips macam mana nak dapatkan idea untuk berblog.

Aku rasa sampai sini dulu la entri guest blogging kali ini. Jumpa lagi di lain entri. Wishing you all the best!

Artikel Berkaitan

Apa Itu Penulis Jemputan

Artikel Ini Hasil Kerja: Fazreen

Assalaamualaikum dan salam sejahtera. First sekali aku nak ucap terima kasih kepada empunya blog, Cik Lizz kerana sudi benarkan aku mencemar duli blog dia dengan penulisan aku. Terima kasih Cik Lizz atau lebih tepat lagi kakak Lizz. Dia lebih tua dari aku dowh. (Tuan blog boldkan sendiri.hahaha)

Sebenarnya tak ada tajuk khusus untuk entri ini. This idea of mine(guest blogging) just pop out into my head. Seriously, bila dah habis praktikal ni banyak masa yang ada sebelum nak mula sem baru. So daripada membuang masa baik lakukan sesuatu yang berfaedah. Betul tak?

Bukannya tak ada blog yang hendak dijaga, yang hendak diupdate dengan entri. Ada..cuma mencari angin baru dan mencuba sesuatu yang baru. Kalau di luar sana, maksud aku international market, guest blogging atau pun dalam bahasa melayunya ialah penulis jemputan bukan sesuatu yang baru bagi aku. Since aku mula menceburi bidang blogging secara serious, dah banyak kali aku publish artikel di blog orang. Salah satunya ialah di blog Myblog2day dot Com dimana blog tersebut merupakan pemegang ranking pertama bagi keyword ‘Make Money Online’ untuk Google Malaysia.
Sekarang masih menunggu artikel aku untuk keluar di Problogger dot Net dan John Chow. Bukan senang untuk artikel kita diterima oleh blog-blog yang besar. Tapi tak pa yang penting mencuba.

Apa itu penulis jemputan?

Dah banyak aku melalut kat atas tu kan. So sekarang kita cuba fokus dengan apa yang bakal korang baca seterusnya.
Secara ringkasnya penulis jemputan ialah penulis yang dijemput untuk menulis di blog orang lain atau pun seseorang yang mempelawa dirinya kepada blogger lain untuk menulis di blog orang.

Dalam kes aku sekarang, aku meng’offer’ kan diri aku untuk menulis di blog Lizarazak dot Com. Sebenarnya banyak lagi blog lain yang aku dah short listkan untuk buat guest blogging. Cuma tunggu masa saja.

Daripada apa yang aku perhatikan di luar sana (di luar bermaksud english blog/ blog niche) kebanyakkan blogger mencari peluang untuk buat guest blogging. Maksudnya, dorang tak tunggu blogger lain suruh dorang buat guest blogging sebaliknya dorang sendiri yang akan mencari blog-blog yang menawarkan guest blogging dan dorang akan hantar artikel kepada empunya blog.

Free ke kena bayar ek jadi penulis jemputan?

Kebanyakkan guest blogging free. Tadi masa aku bagi idea ni dekat Lizz, aku terkejut juga lah sebab dia tanya aku FOC ke bayar? hehe. Guest blogging ni free je. Asalkan korang ada artikel yang bagus insyaallah blog lain akan publish.

Tapi..ada juga blog yang akan bayar kepada penulis jemputan. Selalunya bila blog itu yang menjemput blogger tersebut dan blogger tersebut bukan sebarang blogger.

Kenapa menjadi penulis jemputan?

Dulu sebelum aku menjebakkan diri dalam dunia guest blogging, aku pun skeptikal juga pasal ni. Kadang-kadang terfikir kenapa perlu menulis artikel di blog orang. Kan baik kalau menulis artikel di blog sendiri. Boleh juga pembaca blog baca.

But once aku dah cuba dia jadi macam sesuatu yang addicted. Bagi aku lah, guest blogging ni merupakan salah satu teknik marketing yang terbaik dan aku yakin ramai lagi diluar sana yang setuju.

Why guest blogging is a great marketing tool?

First, sedar atau pun tak dengan guest blogging korang boleh dapat satu solid backlink. Kalau korang beruntung mungkin dapat dua atau pun tiga solid backlinks. Itu semua bergantung kepada empunya blog. Mesti yang masih blur tentang backlink ni kan. Tak pa if ada peluang lagi aku akan bercerita tentang backlink. So anyone nak offer blog dia untuk aku menulis?

Second, blog korang akan mendapat pembaca baru. Contohnya lah kan, blog aku sekarang pembaca dari india, australia, indonesia, africa, filipines boleh dikatakan 99% dari luar negara. Dengan menjadi penulis jemputan disini aku dapat pembaca baru which is you all. Dan mungkin secara tak langsung korang akan menjadi loyal readers kat blog aku. Secara teorinya lah.

Third, korang dapat tunjukkan siapa korang, apa yang korang ada, apa kemahiran korang ada dan seterusnya menjadikan korang authority dalam bidang/niche korang. Bagi sesiapa yang banyak membaca atau blogwalking korang mesti tau kebanyakkan blog-blog besar yang ada sekarang mereka mengamalkan guest blogging pada awal dorang berblogging.
Itu  sebab aku jadi penulis jemputan

Tadi aku cerita pasal sebab-sebab yang umum. Sekarang aku nak bagitau sebab personal kenapa aku buat guest blogging especially untuk blog-blog melayu.

First, sebab aku nak bantu blogger-blogger lain. Blog aku tak ada artikel-artikel tutorial which means tak ada artikel-artikel yang berilmiah. Mostly semua tentang collection of my thoughts. Aku bukan jenis blogger yang suka buat entri tutorial, atau pun mengulas isu-isu semasa. Which means, hari ini aku tengok blogger ni buat artikel pasal budak umur 15 tahun kena tembak oleh polis and esok aku buat entri pasal benda yang sama. Aku bukan macam tu. Aku lebih suka menaip entri yang light, short tapi ada makna. I’m writing with heart. So bila ada orang tanya aku itu ini, at least dengan buat guest blogging aku boleh bantu dorang setelkan masalah dorang.

Second, I just love the art of blogging. Nothing more than that.

My last two cents

Kalau korang nak buat guest blogging pastikan korang hantar artikel yang berkualiti kepada blog lain. Jangan lah pula bagi entri kisah cintan korang. Ini melibatkan kredibiliti korang. Dan bagi yang berkemahiran dalam bidang grafik seperti photoshop dan illustrator korang boleh jadi guest blogging kat blog-blog berniche kan webdesign. Kebanyakkan blog-blog macam tu memang memerlukan guest blogging untuk tutorial-tutorial grafik. Bukan free ye dorang bayar at least 200USD untuk satu artikel.

Thanks pada korang yang sudi baca artikel ni walaupun panjang tapi aku harap sedikit sebanyak dapat membantu korang. Terima kasih juga pada kak Lizz. Minta maaf kalau bahasa tunggang langgang.  🙂 dan kalau ada yang ingin menjemput aku menebas lalang di blog korang sila contact aku. Jangan malu jangan segan sebab aku pun nak bermesra dengan korang. =D

Artikel Berkaitan