seo
Tag Archives: gagal

Apa Sebenarnya Yang Korang Cari Dalam Hidup?

2 Feb

Entry ni saya tulis tak sengaja. Mulanya nak tidur sebab line internet tak ok at all. Tapi,entah macam mana terfikir something. Something yang buat saya tertanya-tanya diri sendiri tapi tak tahu nak jawab apa. Stupid jugaklah saya ni.hahahahaha!!!

Ok. Macam ni. Kalau saya tanya korang “apa sebenarnya yang korang cari dalam hidup ni?”. Korang akan jawab apa ek?

Saya rasa, soalan ni macam senang sangat tapi sebenarnya nenek susah kot!!!!hahahaha!!! Adoi, dari duduk pandang lappy sampai saya berguling-guling atas katil dok fikir jawapan untuk soalan yang saya create sendiri. Hehehehe!!! So sengalisme -..-

Apa kata,korang jawab dulu. Maybe saya dapat idea ;)

1 big question here: “apa sebenarnya yang korang cari dalam hidup ni?”

Oh Yeah!!Jangan Give Up Please!

23 Dec

Masih ingat dengan entry Anda baca, anda tak dapat apa-apa? Tak ingat tak apa, just click link je. Beres.hahahaha! Oklah, macam saya janji dalam entry tu. Saya nak share something tentang life. Kan? Janji mesti tunai. So, today saya cerita lah!!!

Kira paksa rela lah korang baca entry ni. bahahaha!!!

“Selagi belum kiamat, selagi tu jangan give up”. Ini ayat pemberi semangat for me. hehehe. Korang nak tahu tak, saya berperang dengan masalah yang agak besar jugak sebelum ni. Cuma, rasanya ramai yang tahu. Saya bukan manusia yang suka tunjuk saya tengah ada masalah. Sebab tu, tak ramai yang tahu pun. hahaha! Teror kan?

Ok, bukan teror. Tapi, saya memang tak suka share masalah. Selagi boleh handle sendiri, selagi tu saya jalani saja. Tarahal. Hidup, kalau tak ada masalah..bukanlah hidup namanya babe. Biasalah tuh kan?

Macam ni. Ini hal pelajaran saya. Mulanya, permohonan saya untuk tangguh pengajian macam tak ada masalah. Tapi, entah macam mana bla bla bla dipendekkan cerita kesudahannya tidak diluluskan! Eh, sakit hati ok sebab last minute sangat UTM beri surat. Waktu tu, semua orang dah settle hal presentation. Tinggal buat correction je. Me???

Hallo, kalut macam ayam lah waktu tuh. Korang faham tak, perasaan bila kita “dah rancang something yang lain, tapi last minute perkara yang kita rancang tu jadi lain!” . Adoi. Macam nak gugur kot jantung waktu tu. Faculty cuma beri masa 3 weeks je untuk settle kan semua dan teruskan dengan presentation. Ehem.

Gila tak gila??? Sekarang ni, bukan soal benda yang kita nak buat tapi more to semangat yang ada pada kita untuk buat apa yang kita perlu buat. hahahaha!!

Serious ok. Actually, bahan thesis saya memang dah ada. Kononnya nak tangguh pengajian and nak buat lebih baik. Kalau ada 1 sem lagi, insyaAllah lah kononnya nak buat kaw-kaw. Tapi, sudahnya macam ni lah. Tak adalah kaw mana pun. Tapi kaw yang buat saya hampir gila!hahahaha.

Babe, 3 minggu yang faculty beri tu saya buat everything dalam masa 1 week je. 2 weeks lagi, saya dok memikir nak give up ke tak.bahahaha! Tak senonoh kan?? Now, korang tahu. Betapa tak senonohnya saya. ehem.

Mulanya saya nak give up. Kalau saya tak teruskan, kiranya Master saya “burn” macam tu je. If saya saya yes pada faculty pulak, maksudnya saya akan buat kerja gila. Sumpah, sakit otak waktu tu. Tapi, apa yang saya tahu. Saya bukan type yang mengalah macam tu aje.

If nak gagal sekalipun, biar saya cuba dulu. Cuba dulu ok.

“Selagi belum kiamat, selagi tu jangan give up” . Saya dah tak ingat, ayat ni keluar daripada mulut siapa. Tapi, memang ada someone yang guna ayat ni dan beri pada saya. Thank you so much. Saya pegang je ayat ni.

Betul jugak. Selagi ada masa, selagi ada usaha, selagi tu kita boleh ikhtiar. Kan?

Jadi, sepanjang 1 week. Saya bertungkus lumus menyiapkan semuanya! Semuanya ok. Analyst semua data yang dah ada, 1 week tu juga saya gunakan untuk writing thesis yang masih banyak tahap cipan kot waktu tu tak siap!

Dipendekkan cerita sekali lagi. Alhamdulilah, semuanya siap pada tarikh dan waktu yang faculty dah tetapkan. Ya Allah, sumpah saya sendiri tak percaya saya boleh siapkan thesis dan siap dengan seperti apa yang saya mahukan. Syukur sangat-sangat! Magic sebenarnya!

Kalau ada yang tanya, apa rahsia saya. Saya memang tak ada apa nak beri cuma 3 ni aje. First, bila waktu-waktu nazak macam ni…perkara penting is semangat kita. Kalau tuan badan tak ada semangat, hmm. susah kot! Second, tak guna korang buat apa-apa pun kalau tak dapat restu ibu. Saya memang dari dulu. Since kecil lagi,buat apa-apa saya minta ibu doakan saya. Kalau perlu, saya minta ibu usap ubun-ubun kepala saya. Im sure, waktu tu my mom akan berdoa ;) Buat apa-apa, tanpa restu ibu..cayolah cakap den..susah nak success!!!! Third, tawakal. A’ah, sambil saya buat kerja saya. Saya cakap dalam hati “Kau yang mengatur semuanya untuk aku, terpulanglah Ya Allah“.

Itu saja. Semangat.Restu ibu.Tawakal. Tak ada rahsia lain dah! hahahaha! Alhamdulilah, even jadi gila sekejap, tapi saya dah kembali normal kot now!!kot lah!!!hahahahaha. Chill semua.

Jangan Pandang Orang Suku Mata, boleh?

1 Jul

Dulu, masa kecil-kecil. Maksud saya, waktu zaman sekolah rendah. Saya budak baik. Malangnya, bila bermula episod saya perlu melangkah ke darjah 6 semuanya berubah. Saya bukanlah someone yang jahat. Jahat pada saya, membunuh. Selagi tak membunuh, saya tak panggil someone itu orang jahat.

Jadi, saya bukan orang jahat. Cuma, saya agak nakal sikit.

Dalam kelas, saya duduk paling depan. Bukan sebab saya budak baik tapi sebab guru kelas kata saya dan rakan-rakan seperjuangan (SEPERJUANGAN ok) perlu dipisahkan. Bersusah payah guru kelas saya pisahkan tempat duduk kami. Paling tidak adil. Kenapa perlu saya diletakkan di barisan paling depan?

Itu persoalannya. Saya rasa tidak adil sungguh! Setiap kali guru kelas saya bersuara, saya terpaksa cover muka dengan buku teks sebab dia ada masalah semburan air liur yang sangat dahsyat. Saya tak suka tau. Demm.

Semua orang nak kata group kami ni group budak nakal. Kaki ponteng sekolah. Tapi, bab ini saya tak boleh bohong sebab memang pun. Arwah ayah selalu jadi mangsa dulu. Setiap kali tak nak datang sekolah, saya paksa ayah buat surat. Saya baca, ayah akan tulis dengan jujurnya.

“anak perempuan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah kerana mengalami cirit birit dan pening kepala”. Itu contoh ayat dalam surat yang ayah dah guna sebanyak 50 kali agaknya sepanjang menjadi penulis surat ponteng saya. Kesian ayah.

Saya malas nak buka pekung diri sendiri lagi. Kadang-kadang ada jugak rasa malu dalam diri ni. Sila percaya sejujurnya saya sedang malu-malu kucing. hahahaha!

Perangai busuk saya ni, dari kecik sampai lah saya menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Sama saja. Setiap kali masuk kelas baru, hari pertama dan kedua akan ada scene saya menjadi rajin dan bercita-cita tinggi untuk menjadi murid yang baik. Semua kerja sekolah saya siapkan.

Tapi, manis tidak lama pun. Masuk minggu kedua, buku kemana. Orangnya kemana. Saya pun tak tahu buku apa yang saya bawa masuk ke kelas. Saya cuma bawa buku latihan aja sebab buku tu nipis dan tidak membebankan bahu saya.

Bebanan dibahu tidak elok. Saya tonton berita, orang kata begitu. kan?

Abaikan semua aksi tak berapa bagus saya di sekolah. Cuma, saya nak katakan bahawa janganlah pandang orang sebelah mata saja. Jangan suka buat kesimpulan sendiri. Bila budak itu nakal sikit, mula nak kata budak itu bodoh. Bila nampak budak tu bawa helmet lawa sikit, bisik-bisik cakap budak itu sekolah lagi dah pandai merempit.

Tak elok woo. Saya tak suka orang buat andaian sewenang-wenangnya.

Yes, saya memang cukup mual kalau ada orang yang buat begitu. Seba itu, even saya agak nakal sikit. Belajar pun bila perlu aja. Ye, saya agak kurang sopan sikit kalau nak dibandingkan perempuan lain. Al-maklum bercakap pun kasar. Tapi, itu bukan alasanlah saya nak biarkan orang pandang saya suku mata.

Motto hidup saya senang. Biar orang nak kata kita ni macam mana. Nak kata kita ni nakal, jahat, budak yang tak menjadi, bohsia, chikaro or whatever. Biarkan. Mulut orang selagi kain kapan tak tutup habis dekat muka, selagi tu tak sedar diri.

Biarkan aja. Saya lebih suka diam dan layankan aja tapi dalam masa yang sama. Tunjukkan yang kita taklah teruk manapun. Kurang dari segi ini, kita tunjuk dari segi yang berbeda. Manusia ni takkan ada yang sempurna. Kan? Alhamdulilah, segila-gila saya. Dapat juga saya bikin mak saya happy sebab tengok saya jejak kaki ke menara gading yang tak semenggah mana.

Thanks mom. Sentiasa menjadi someone yang tak pernah pandang rendah diri gue. I love u so much!

To all, mana yang terbaca entry ni. Be positive selalu dalam hidup korang. Jangan terlalu mahukan kesempurnaan. Memang takkkan ada yang sempurna dalam dunia ni. Tapi, cuba sedaya mungkin untuk buat insan-insan yang kita sayang gembira. Bukan dengan sambutan hari jadi besar-besaran, pemberian hadiah yang mahal tapi cukup dengan something yang boleh buat insay itu tersenyum dan menangis gembira di dalam hati.

Kalau korang rasa, semua orang tak sayang pada korang. Semua orang pandang rendah pada korang. Saya thanks to them sebab akan sampai 1 masa, korang akan tersenyum gembira dengan apa yang mereka dah buat pada korang. Sebab kata-kata busuk mereka akan memotivasikan korang woo!

P/s: To those yang memerli dan malu nak berkawan dengan budak nakal macam saya n gang, terima kasih! Jasamu ku kenang. Kahwin nanti jemput ye.hehehe

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.