seo
Tag Archives: friend

Nasib Kita? Tak Payah Nak Debatkan Sangatlah

18 Jul

Hidup kita, ada turun naiknya. Sekejap kita akan berada nun jauh di atas. Esok lusa, tengok-tengok kita dah ada jauh di bawah. Hari ni kita bergelak sakan, silap-silap esok menangis pun sakan juga. Itu semua soal nasib. Tak ada siapa yang boleh tebak nasib kita untuk hari esok. Itu realitinya. Tukang tilik tu pun hakikatnya sekadar mencuba nasib.

Nasib baik, betullah tekaannya. Kalau bukan nasib, totally wrong jugak hasil tilikan dia. Buang duit dan untuk orang Islam, sila elakkan daripada adegan tilik menilik nasib ya. Berdosa besar setahu saya. Kan? Al-maklum, saya ni kurang ilmu agama. Masih bertatih untuk belajar tentang agama.

Bila kita sentuh soal nasib, sebenarnya tak baik nak diperdebatkan sangat. Betul tak?

Why? Ok, for me its simple. Buat apa yang kita nak amik tahu sangat hal nasib kita walhal kita tahu yang diri kita ni bukan “penentu nasib” or even “boleh ubah nasib”. Come on guys, be realistic. Memang susah, tapi perkara untuk terima nasib kita secara ikhlas ni sebenarnya perlukan latihan jugak. Bukan senang-senang kita manusia biasa ni nak terima bulat-bulat nasib kan?

Bila saya sebut latihan, mestilah perlu ada permulaan, kesabaran dan insyaAllah akan sampai 1 tahap korang boleh rasa perbezaannya pada diri korang. Kalau sebelum ni, each time ada masalah, each time tu lah korang akan rasa macam nasib korang selalu malang. Mula rasa Tuhan tak sayangkan korang. Stop thinking like that. Berdosa kan?

Tapi, insyaAllah. Lepas korang berjaya buat sesi “latihan” tu, korang rasa kelainannya.  Sebenarnya bila korang sudah biasa buat “latihan” yang saya katakan di atas ni, korang akan lebih tenang bila terpaksa berdepan dengan nasib yang tak berapa nak best dalam life korang.

Latihan ni, adalah masa yang for me sangat sukar pada awalnya. Saya sudah merasa sebelum ini. Its not tooooo simple sebenarnya. Tapi bukan jugak toooooooooooooooo imposible untuk lakukan. Semuanya adalah soal “masa”. Dari 1 masa ke 1 masa yang lain, kalau korang tetap sabar dan kuat dengan “latihan” ni, akan adalah ganjaran untuk korang!

Trust me. Korang memang tak mungkin boleh ubah nasib yang Tuhan dah tetapkan khas untuk korang. Cuma, apa yang perlu, korang belajarlah how to accept your faith. kan? Kalau hari ni nasib korang perlu putus cinta dengan pasangan korang, memanglah sakit. Tapi be realistic! Tak salah cuba memperbaiki nasib korang tu. Ada rezeki, dapat balik pasangan tu tapi in case tak berjaya jugak. This is the time! Mulakan sesi “latihan”.

Monolog dalam diri masa sesi latihan penting for me. Katakan pada diri korang, ini adalah nasib yang  Tuhan dah tetapkan untuk korang barangkali. Katakan juga, Tuhan tu maha adil. Kalau kali ni nasib korang kurang bagus, mungkin Tuhan ada plan untuk berikan nasib yang jauhhhhhhhhhhhhhhhhhh  lebih bagus untuk korang pada masa akan datang cuma perlu tunggu untuk itu.

Saya dah buat sesi latihan ni. Alhamdulilah, even belum hebat mana pun tahap “keredhaan” saya untuk semua nasib saya, tapi at least ada perubahan berbanding dulu. No more menangis like hell macamlah nasib tu akan menamatkan riwayat hidup saya. Cubalah.hehehe.

Redha! itu saja kunci bagi saya meneruskan hidup dengan aman damai tanpa rasa palat sangat. Palat tetap palat,. tapi bukan macam lalat.hahaha! Bila kita terima nasib kita, redha dan tahu nasib tu pun bukan daripada siapa, “istimewa” daripada Tuhan kita khas untuk kita saja…InsyaAllah lah korang tak akan rasa macam hidup korang ala-ala  tak berguna.

Nasib!!!!!! Redha sajalah.

Memilih Kawan. Anda Fikir Anda Sempurna Sangat?

14 Jul

Jangan terlalu memilih kawan. Setiap orang, ada kelebihan dan kekurangan diri. Itu kata-kata mak saya. Iya, saya setuju untuk itu. Korang macam mana? Ada yang setuju tak dengan mak saya or ada jugak yang geleng kepala? Its ok, up to you.

Secara personal, saya setuju sebab saya sudah ada pengalaman dengan apa yang mak saya katakan itu. Pengalaman kan akan mengajar kita tentang itu dan ini. Cuma, baik dan buruknya saja kita tidak tahu. Pengalaman lepas saya, jujurnya banyak yang buruk daripada yang baik.

Tapi , saya sedikit pun tidak ralat. Semua berlaku bersebab.

Silap saya yang dulu, terlalu memilih kawan. Eh, jangan salah faham. Saya bukan memilih kawan yang kaya raya, anak Dato’. Bukan. Siapalah saya untuk memilih kawan sebesar itu. kan? Totally wrong lah kalau orang kata saya memilih kawan sebegitu.

Hakikatnya, kawan “golongan elit” tu lah yang saya jauhkan . Saya sangka, semua orang kaya sombong, gila harta dan suka menghina orang yang serba serbi kurang. Saya ada sedikit pengalaman tapi tak perlu disebut di sini. Jadi, dulu memang saya alergi untuk berkawan dengan “golongan elit”. Itu dulu.

Kawan-kawan saya biasanya terdiri daripada kawan yang “sekepala” dengan saya. Perangai “busuk” sama saya, bukan seorang yang skema dan paling teruk saya sangat elak mahu berkawan dengan “orang baik-baik”. Disebabkan perangai jelik kami, “orang baik-baik” ni selalu sangat menghina kami. Menghina dan menegur 2 perkara yang berbeza. kan?

Perkara itu buat saya alergi dengan “orang baik-baik”. Dulu ya dan stop fikir saya begitu hari ini. Nope.

Gambaran di atas, semuanya berlaku waktu saya di sekolah. Tak berapa nak matang rasanya. Sekarang tak lagi. Saya perasan, semuanya berubah bila saya masuk ke Matrikulasi. Ok, first time saya bercampur dengan kawan-kawan pelbagai negeri, macam-macam dialek saya dengar, perangai tak payah cakaplah.

Di sinilah semuanya bermula. Saya belajar sedikit demi sedikit menerima kawan-kawan daripada “golongan lain”. Maksud saya, yang pelbagai ragam dan bukan daripada kriteria kawan-kawan pilihan saya.

Guess what? Ah, seronok rupanya!!!! Macam-macam ragam. Ala-ala perisan dalam makanan kita.hahahaha!! Mereka semua buat hidup saya “seakan sempurna” banget. Saya tak limitkan dengan siapa saya berkawan. Saya elakkan diri saya daripada memikir hal-hal negatif yang mungkin ada andai saya berkawan dengan mereka.

Syurga!!!! Betul, macam berada dalam syurga. Maksud saya, betapa hidup saya bahagia. Punya kawan yang serious, bila masuk waktu azan saja. Pantang saya tidur, terus “kawan” saya ini akan kejutkan saya minta solat. Berdosa lewatkan solat. Even kaki longlai, tapi saya buat sebab saya kagum dengan “kawan” itu. Kalau dia boleh taat dengan solat, kenapa saya tak cuba.

Ada pulak kawan, yang senget subhanaAllah. Hidup saya tak pernah sunyi bila bersama dia dan famili. Honestly, sepanjang hidup saya boleh dikira dengan jari saja bilangan kali saya merasa tidur di dalam rumah papan. Jangan risau, saya tidak kisah langsung cuma rezeki saya kurang sebab tak ramai saudara yang ada rumah papan. Dengan kawan ini, saya merasa tidur di rumah dia yang comel, beratap zink tapi saya suka!!! Mereka bukan golonga elit, kekurangan itu ini tapi TERBAIK bab melayan tetamu. Rumah kecil, saya rasa macam besar yang amat, lauk ikan masin, telur goreng saya rasa sedap kalah ikan siakap! sumpah wei. Im sure, hidup mereka penuh berkat. kan?

Oh ya, ada seorang kawan saya. Sangat bermasalah. Ponteng kelas, ikut boyfie entah kemana saja, menipu sana sini. Eh, tak kenal maka tak cinta. kan? Saya beranikan diri untuk tanya apa masalah dia dan bla bla bla. Ok, pada saya memang dia yang salah. Terlalu ikutkan sangat nafsu orang bercinta sampai lalai itu ini. Tapi, tak apa. Itu bukan urusan saya. Sesungguhnya, kawan saya ini baik orangnya. Mungkin, 1 sisi dia silap besar. Tapi, 1 sisi yang lain dia masih ada baiknya. Dia yang saya kenali, baik, pemurah, hatinya mudah tersentuh kalau tengok orang susah dan banyak lagi. Entahlah, even ramai kata dia jahat tapi saya sukalah kawan dengan dia! hahahaha.

Sorry, terpanjang macam biasa. Pelajaran harini, based on my previous mistake.hehehe. Sila berfikiran positif selalu terhadap orang keliling anda. Jangan judge orang sebelum anda cuba untuk mengenali diri empunya badan dulu. Jangan fikir buruk tentang orang lain selagi orang itu tidak “burukkan” anda. Jangan dengar-dengar saja daripada mulut orang lain, terus anda cop orang itu jahat. Jangan memilih kawan sangat!!!! Cuma bijak bezakan mana yang elok dengan yang tidak pun mencukupi. Maceh.

p/s: Yang baik itu anda yang membaca, yang tak berapa nak baik tu saya. wakakaka!

Need Your Opinion. Boleh?

3 Jul

Entry ini memang super pendek. Jadi boleh tepuk tangan bergembira bagai sebab biasanya saya buat korang menangis air mata kristal kan dengan entry panjang berjela. Baca ayat di bawah dah kalau sudi, berikan komen tentang apa yang korang fikir dengan ayat itu. Saya cuma mahu baca pendapat comel kamu semua.hehehehe

Dalam hidup, kita memang perlukan insan-insan lain kan? Kita perlukan mereka untuk “support” hidup kita. kan? Tapi, perlu ke kita terlalu ambil tahu tentang insan itu dan mengongkong dan “mengikat” hidup insan tuh supaya dia hanya sayang dan “support” kita all the time? PERLU ke????? hahahahaha.

Saya nak baca komen bernas korang kat sini. Kalau ada lah.ngehehe. Nanti saya akan buat entri untuk ini, InsyaAllah.

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.