seo
Tag Archives: friend

7 Unexpected things Yang Kita Bersyukur Dengan Kewujudannya

15 Nov

Nak happy ke tak nak, semua bergantung pada diri kita sendiri. Mahu bersyukur mahupun tak, itu sila tepuk dada tanya selera besar korang. Guys, macam-macam ada dekat sekeliling kita ni yang boleh buat kita bersyukur sangat-sangat sebab mampu buat hari-hari kita best ok!!! Tak percaya? Meh baca apa saya nak mengarut dekat bawah. hahahaha!!!

1. Program Spontan (Astro)

Ada sesiapa yang belum pernah tengok Spontan ni ke? Sila rasa bersalah sekarang.hehehehe! Ok, seriously saya cukup suka dengan program Spontan ni. First, pengacara memang sempoi. Tengok dia gelak je dah buat saya gelak. Terus lupa masalah dalam kepala. bahahaha! Astro patut teruskan program ni daripada buat program Sehat Berdansa bagai tuh. Titik

2. Video lawak bodoh di Youtube

Jangan tipu eh cakap tak pernah tengok video-video dekat youtube ni.hahaha!! Bohong agak-agak. Ok, pernah tengok video orang akad nikah banyak kali? Kucing buat lawak sarkas dengan owner die? Video budak yang miming lagu si Bibir? hah, tak payah nak sangkal kan eh. Even macam tak dapat apa-apa tapi seriously rasa bersyukur gak lah ada video bodohlisme ni sebab dapat hiburkan hati ku selalu!!! Keluar air mata i gelak yuuuu.hahahahaha!

3. “PMS” day

Ok. ini untuk readers yang girl aja ok. hahaha! Memang lah PMS ni most of people cakap diorang benci PMS day ni. Semua tu tak boleh nak salahkan siapa-siapa lah sebab ini  ”hadiah” Allah kan? Uniknya wanita ada dengan PMS ni.hahaha! Apa yang buat saya rasa bersyukur dengan PMS ni? Ok,sebab…sebab.. saya boleh mengamuk tak tentu hala dan tak ada sesiapa pun boleh benci dengan saya untuk tempoh itu!!!hahahaha. Alasan klise. I PMS. Sila faham.hehehehe

4. Iklan Tv

Bukan semua iklan TV best ok. Kalau keluar iklan Kopi Janda memang rasa cam nak bakar TV je. Tapi, kalau turn iklan ala-ala iklan Cadbury yang budak-budak angkat kening tu. woootttt!!!!! Buat saya nak dance ok! Bila dah dance tu maksudnya hormon gumbira dah sampai lah tuh. Syukur lah kan, even iklan yang tak sampai pun 5 minit boleh buat kita happy sangat!!!! Syukur babe!!!!

5. Komik murahan tapi bikin gelak air mata!!!

Contoh dialog dalam komik.

“eh,aku ada benda nak tanya kau. Tapi,kau jangan marah ok”, kata kucing.

“Apa dia?”, kata monyet.

“kenapa muka kau macam monyet??”, kata kucing.

“bodohnyer kau ni!!!”, sambil cekak pinggang si monyet tu marah.

hahahahaha!!! Ok, sorry kalau tak faham. Dialog ni lebey kuranglah deNgan dialog dalam komik Ujang rasanya. Keluaran berkurun dah. Lupa. Lantaklah orang nak kata, baca komik tak ada faedah bla bla. Ah, gampang! Hello, komik ni pengubat duka lara tau.hahahaha!!! Thanks untuk komik murahan tapi i love you!!!

6. Baca tweets manusia-manusia pelawak sarkas semulajadi

Part ni malas nak borak lah kan kalau tak ada bukti. Apa kata korang terus je follow manusia-manusia ohsem ni dekat Twitter diorang.hehehehe!!! Sumpah, i love reading their tweets lah. Lantaklah orang nak kata merapu ke ape ke, nak kata buang masa bertweet benda-benda tak penting, Ayat tak senonoh ke ape. Ah, tarahal for me sebab rasa bersyukur lah sebab at least buka semua yang suka buat  tweet cerekarama. hahahahahaa!!! Pening jugak kalau semua orang nak emo, semua nak marah itu ini at 1 time kan…. Tapi, twitter korang. Tulislah sukahati. Tarahal!

Cuma, kalau nak rasa gelak-gelak and hiburkan hati join badut sarkas ni!hahahaha  karrotgold , aidasue , boysebol , nyetok , shahalim and lepas tu sila rajinkan diri korang usha badut-badut yang best-best dalam list diorang ok.bahahaha!   #akunipemalas

7. Korang  semua

Yes, duduk dekat point yang terakhir bukan bermaksud korang tak best dan tak boleh buat saya bersyukur habis-habisan.Nope. Saya ni unik. hahahaha! Thanks korang sebab sudi memeriahkan my life. Even, ada masa ada antara kita yang buat palat sana sini dalam dunia tak berapa nak nyata ni.hahaha. Tapi, hakikatnya korang memang best! Unexpected things yang berlaku dalam life saya. 3 tahun lebih jadi blogger suka-suka, banyak pengalaman saya dapat just dengan spent time dengan korang semua!! Thanks a lot!!

p/s: Sebenarnya, entry ni nak buat diri sedar yang even “something or someone” tu nampak macam useless pada kita. Nampak macam bahan or penghibur sampingan je dalam life kita tapi kita perlu hargai jugak. Owh, ingat tu Liza. hahahahaha!!!!

How to tell a secret?

8 Oct

How to tell a secret? Kalau dalam bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu bermaksud bagaimana caranya untuk beritahu sesuatu rahsia ok kengkawan tersayang (translate lah guna google translate if perlu.hehehe ). Jom kita borak suka-suki pasal isu ni. Kalau mahu join lah, kalau tak mahu mentah-mentah pun saya no hal. Nama pun suka-suki.hehehe

Only tell your secrets to those whom you know you can truly trust.
Otherwise, that so-called “secret” won’t be a secret anymore.

Rasanya, korang semua dah biasa kan dengar or maybe terjumpa dekat mana-mana sumber  quote dekat atas ni. Its simple quote but for me memang mengajar sayalah supaya hati-hati bila nak tell something yang “secret” dengan manusia-manusia ni. Of coz lah manusia, takkan nak beritahu dengan haiwan kan? Huwaa, unless korang ada haiwan yang boleh bercakap ok. Sila jangan jadi sewelisme sangat eh.hehehe

Saya tak mahu tulis hal kisah silam. Maksud saya, kisah saya dengan some of my friends yang buat saya sedikit fobia nak ber “tell-tell” ni.hehehe. Kita perlu belajar daripada silap lepas kawan-kawan tersayang. eceh. Tapi, kali ni saya cuma nak share beberapa tips untuk korang semua KALAU BETUL nak sangat beritahu secret pada someone else. Jom guys!!!

- Pilih “someone” yang ada potensi menjadi betul-betul kawan dan bukan  ”lawan”

Ini kena guna instinct lah. Im sure korang semua bijak-bijak kan? Guna instinct yang Tuhan dah beri pada kita dengan sebaik mungkin. percaya pada diri kita. Biasanya, masa kali pertama terlintas dekat kepala kita “maybe dia ni boleh percaya kot”. Ok, maybe korang boleh pertimbangkan yang that person/ friend as orang yang boleh dipercayai dalam ramai-ramai list friendsssss kita. Jangan fikir kita ramai kawan, maksudnya kita bebas beritahu rahsia kita dekat semua kawan-kawan yang ramai ni ok. Choose only potential friend that you can trust!

- Terangkan sejauh  mana serious dan pentingnya “secret” tu

Perlu ingat ok. Bukan semua antara kita ni bijak hal alam ni.hahaha! So, kita anggap kawan kita ni tak tahu apa-apa. Senang cerita, anggap jelah dia sengal.hmm. Sorry.hehehe. Jadi, beritahu dia sejujurnya. “secret” yang akan korang beritahu pada dia tu serious ke, serious tapi tak bawa hal hidup mati ke, serious tapi tak ganggu hidup korang or maybe korang je rasa secret tu serious tapi sebenarnya tak sangat.hahahaha!

Ini terpulanglah cuma yang penting “kawan” korang tu tahulah betapa perlunya diorang jaga secret tu. Anggap macam WARNING pada diorang kot-kot ada terniat nak kepochi dekat orang lain.

- Beritahu dia, kenapa korang pilih dia as someone yang korang can trust! (puji kononnya)

Beb, ini namanya mainan psikologi. hahaha! Nak hidup kena pandai bodek. Manusia kan suka dengan pujian dan ada jugak manusia yang sampai boleh jadi perasan sebab orang puji padahal belum tentu pujian tu ikhlas kan? Ni realiti, nama pun manusia lah wei. Hmm, tapi dalam kes ni. Rasanya logik nya kita akan honest sebenarnya. Kalau tak, masa kan kita pilih dia as someone untuk kita ceritakan hal secret kan? So, beritahu dia sebab musabab kenapa dia jadi insan terpilih. chewah!!!hehehe

- Beritahu harapan korang pada dia untuk tetap keep the secret

Ini korang kena buat muka serious ok. Jangan lah pulak korang pun sengal ubi pergi ikut step ni tapi buat muka tupai macam si Fath ni hah.hahaha! Kena tunjuk pada dia lah yang dia terpilih bukan saja suka-suka tapi bersebab!

- Last, guna instinct korang sekali lagi!

Macam awal-awal saya katakan, instinct ni penting sangat-sangat ok. So, last step is korang gunakan lah instinct korang ni elok-elok. Kalau orang yang korang nak share hal secret tu ada depan mata, pandanglah dekat mata dia. Biasanya, kalau orang tu jujur dan boleh kita percaya dia takkan takut kalau kita pandang mata dia. Tapi, kalau kita pandang and cepat-cepat dia jadi kalut. Sorrylah. Korang silap orang kot. MAYBE tapi if berani nak try silakan.hehehe

Kalau orang tu tak ada depan mata? Ok, ini memang korang guna word “tawakal”. Kalau rasa instinct tu kuat kata, dia boleh dipercayai then silakan dan tawakal lah tapi instinct macam ada berbelah bagi antara nak ke tak nak dan berat kepada tak nak..maybe korang perlu katakan TIDAK sajalah!!!hehehehe.

Ok. done with my simple tips. Ada hati, gunakanlah sebak mungkin. Ada otak fikir-fikirkan mana yang terbaik. Bye!

3 dalam 1 Cerita untuk Permulaan Bulan Ramadhan

15 Aug

Macam-macam peristiwa terjadi kan lately. Ribut di bazaar Ramadhan Jasin, pemergian salah seorang blogger Malaysia, kes sengal Salleh Gregor Samsa yang keliru dengan agamanya sendiri pun tak kurang hebat jugak. Fuh, baru awal puasa ni, nanti dah dekat nak raya lagilah banyak cerita sedih kes kemalangan maut pulang ke kampung pulak. Oh, tak sanggup.

Kejadian ribut di bazaar Ramadhan Jasin dan Pemergiaan seorang sahabat blogger dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini agak memberi kesan dalam life saya dan im sure pada diri korang yang lain juga. Kan? Apa tidaknya, both berlaku masa umat Islam baru saja beberapa hari menunaikan ibadah puasa.

Agak terkejut tapi semuanya dah tersurat.

Takziah saya ucapkan pada semua mangsa yang terlibat dalam kejadian ribut di bazaar Ramadhan Jasin dan mengikut sumber, dua peniaga dan seorang pengunjung bazaar Ramadhan berkenaan terbunuh, dua daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi beberapa jam selepas dimasukkan di hospital. Takziah saya ucapkan buat keluarga mangsa. Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Berita penuh tentang kejadian ini boleh lah korang baca di sini dan boleh tengok video kejadian kat bawah ni.

Takziah juga saya ucapkan pada keluarga Allahyarhamah Zaza, salah seorang rakan blogger kita semua yang telah dipanggil menghadap Illahi baru-baru ni selepas terlibat dengan 1 kemalangan jalan raya. Masa dapat tahu berita ni, saya terkejut sangat sebab jujurnya saya baru sangat-sangat usha blog arwah. Sebelum ni, saya tak pernah berpeluang kenal pun sebab blogger pun bukannya sikit kan? huhuhu.

Itu yang bila terbaca hal pemergian arwah buat saya mengucap panjang. Selalu macam tu kan? Baru nak kenal atau baru nak cuba dekat, “sesuatu/seseorang” tu akan tinggalkan kita. So sad. Lagi-lagi pula, bila saya baca entry arwah yang seolah tahu yang dirinya akan “pergi” tinggalkan kita. Tanda dah ada, tapi tak ada sapa yang perasan kan? Sedekahkah Al-Fatihah buat arwah ya. Mudah-mudahan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin. Info lanjut, boleh korang baca di blog ini dan kalau mahu,jengah saja ke blog arwah Zaza sendiri di sini

Untuk kes Salleh Gregor Samsa ni saya tak tahu nak ucapkan apa. Nak ucap takziah juga kang nampak macam doakanbeliau meninggal pulak kan.hohoho. Apa saja, tapi untuk sesiapa yang still ketinggalan keretapi Tanah Melayu (hahahaha!). Salleh Gregor Samsa dan selepas ini saya sebutkan sebagai SGS dan bukan GCB ye ialah seorang manusia yang telah mempermainkan hukum berpuasa. Bolehlah korang berhibur sambil hentak kaki membaca diskusi “kurang bijak” SGS dalam imej bawah ini ok.

Dah baca diskusi “kurang bijak” si SGS tu? Ok, sekarang bolehlah beri komen yang bijak-bijak untuk beliau. hahahaha! Simpati sangat dengan orang macam ni. Dia hampir terlupa siapa diri dia jika bukan Allah S.W.T yang berkehendak menjadikannya di dunia ni. Dia terlupa yang hidup mati dia di tangan Allah yang berkuasa. Dia memang manusia yang tidak tahu bersyukur pada tanggapan saya dan untuk itu, saya ucapkan salam PEMALANGAN untuk dia. maceh.

Boleh baca entry-entry blogger lain berkaitan kes SGS ni di blog mofasad, ohtidak dan Rohaizad

Mudah-mudahan,kita semua dapat ikhtibar dan sedikit pengajaran dengan apa saja yang telah berlaku sekeliling kita ok. Ajal maut itu boleh datang menjemput bila-bila masa saja. Beringatlah (untuk saya yang hina ni jugak) sebelum terlambat dan selalulah berbangga menjadi manusia yang beragama ISLAM!

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.