seo
Tag Archives: cinta

Lelaki Tak Boleh Simpan Rahsia Orang Perempuan

23 Jul

Lelaki tak boleh menyimpan rahsia orang perempuan. Ok, kawan-kawan. Mari kita kupas tajuk ini dengan jayanya. Hopefully. Ada bakat nak jadi wartawan tak bertauliah tak saya? hahaha. Back to our topic. Lelaki memang tak boleh menyimpan rahsia orang perempuan!

Korang setuju?

Kaum lelaki, saya tak harap sangat akan beri komen yang positif. Kenapa? Of course lah lelaki akan membela kaum sendiri kan? Iya tak kawan-kawan perempuan ku? Sila angguk cepat. hehehe. Oklah. Actually, janganlah salah faham sangat ok. Kita bincang cara dewasa.

Sebenarnya, saya terfikir untuk bincang hal lelaki tak boleh menyimpan rahsia ni pun sebab teringatkan statement jujur beberapa orang kenalan lelaki saya. Most of them, lelaki yang agak close dengan saya. Baik dari zaman sekolah or zaman universiti.

“Kalau kau nak tau, lelaki ni tak akan boleh simpan rahsia perempuan lama-lama ok. Baik kau jangan cerita semuanya kat lelaki even dia boyfriend kau”, si polan dan polan beri saya peringatan terbaik. Akan ku kenang sampai bila-bila. hahaha

Bukan cuma 2 polan saja yang beri statement jujur lurus bin bendul macam ni ok. Agak ramai jugak sebenarnya. Bila saya tanya, kenapa pulak boleh jadi macam tu, wah beri jawapan yang memang tak boleh nak bidas sangatlah.

“Tak tahulah. Tapi, memang macam tulah sebenarnya. Jadi, kau jangan baik sangat nak share-share dengan lelaki kecuali lelaki tu bisu.”. Sorry, ada ayat kurang sedap.hahaha!

Bila saya tanya, memang perangai semua lelaki macam tu ke dan katakan yang tak baiklah kan kalau lelaki buat awek sendiri macam tu. Ada yang jawab “lelaki ni, tak macam perempuan. Suka main secret-secret. Kalau lelaki dah duduk bersembang dalam group memang bahayalah. Semua cerita awek masing-masing diorang boleh bukak”.

Scary kan? Ish, waktu dengar mula-mula..dalam hati sempat jugaklah bermonolog “nasib baik aku tak suke cerita hal merepek”. hahaha! Sumpah menakutkan ok.

Tapi, pendapat personal saya ya. Mungkin tak adil kalau nak cakap semua lelaki berperangai kepochi mak ayam ni. Tak boleh jugak kan? Mungkin ada betulnya jugak apa yang kawan-kawa lelaki saya cakap tu tetapi kena tahu jugaklah macam mana “perangai” kawan-kawan lelaki saya ni. Apa? Fikir sendiri ye.

For me, perkara macam ni depends on pembawakan diri orang tu jugak. Kalau dah dasar kepochi, baik lelaki or perempuan. Alah, memang kepochi jugaklah kan. Tak ada istilah lelaki tak boleh simpan rahsia perempuan or perempuan yang tak boleh nak simpan rahsile lelaki.

Sama saja. Cara susun ayat tu saja yang lain. wakaka!

Tapi, nak nafikan 100% pun rasa macam rugi aja ek? Mana tau betul kot apa yang kawan lelaki saya cakap. Hmm, nak tahu jawapan, kenalah tunggu komen-komen jujur, telus, mulus bloggers lelaki kat sini. muahaha! Ada tak yang nak volunteer beri komen tentang hal ni?

Silakan!

Lelaki Kalau Dah Sayang, Awek Buat Palat Pun Tetap Setia ek?

8 Jul

Lelaki kalau dah sayangkan awek, even awek buat palat bagai pun memang akan tetap tunggu dan sabar ek? Saya betul-betul nak tahu jawapan jujur daripada lelaki. Bukan apa, mendengar masalah kawan-kawan buat saya berfikir dan terus berfikir tentang hal ini.

Betul ke? Sejauh mana kebenarannya dan saya nak tahu jugak sebab apa perlu nak setia sangat dengan janji padahal pihak yang satu lagi (girlfriend) tu dah buat macam-macam yang buat hati lelaki ni kecewa dan sakit hati gila. Cuma, belum gila sangatlah.

Oklah, lain orang lain kan cara dia berfikir. Rasanya tak fair kalau saya sendiri tak beri pendapat kali ni. Sudahlah entry sebelum ni yang saya minta pendapat you all semua, saya tak buat entry. Bukan apa, sebenarnya tak bajet pun akan dapat komen-komen bernas dan kaw-kaw. Rasa macam tak payah buat entry pun masing-masing dah boleh dapat something.

So,kali ini. Biarlah saya terus beri pendapat saya aje ok!!

Kalau sebut pasal hubungan antara lelaki dan perempuan ni, sejujurnya kalau saya tak ada apa yang lebih penting daripada soal respect each other. Baik lelaki, mahupun perempuan. Sama-sama kena respect. Kalau tidak, memang tak kemana lah hubungan tu.

Mungkin pada awalnya, nampak ok. Tapi, lama kelamaan salah satu pihak akan terasa “sesuatu” yang tidak kena dengan hubungan tu. Bukan sekali dua ya saya dengar kes macam ni. Maksud saya. Bila sebelah pihak tak ada rasa respect pada pihak yang satu lagi. Tapi, pihak yang “teraniaya” ni macam penuh kesabaran masih lagi tercongok untuk tunggu keajaiban berpihak pada dirinya.

Wah, boleh gitu tunggu keajaiban? Ok,untuk kali ini. Kita amik contoh lelaki ok as orang yang teraniaya tu.

Apa yang lelaki rasa bila pasangan dia buat macam ni? Couple tapi tak ada rasa respect langsung. Susah sangat ke? Respect yang saya maksudkan dekat sini macam, si awek  nak kemana-mana beritahu pada si lelaki ni. Kemana-mana bukan maksudnya nak masuk toilet or nak pergi kedai depan rumah ya kawan-kawan semua. Sila matang sikit bila berfikir. hahaha! Susah sangat ke nak respect pasangan sendiri??

Susah ke? Ok, macam mana pula dengan yang ini. Bila awek nak buat sesuatu dengan lelaki lain macam ada pekerjaan yang memerlukan mereka berdua saja dan ini boleh menimbulkan rasa cemburu kalau pasangan lelaki dia jenis agak cemburu, susah ke nak beritahu pasangan dia awal-awal. Bukan apa, tunjuk rasa respect, tunjuk walau apa-apapun pasangannya akan tetap diutamakan. Susah ke???

Lagi 1 contoh apa yang susah sangat nak respect pasangan sendiri. Ok, si awek ni tahu dia ada pasangan dah. Perlu dijaga hati, secara logiknya. Kalau dia waras. Tapi, bila ada lelaki lain yang cuba “test” nak mengorat dia. Dia tak bersungguh-sungguh menolak pelawaan lelaki lain tu padahal dia tahu perkara ini akan buat teman lelaki dia kecewa. Macam mana?

Lelaki, apa yang korang rasa kalau ada teman wanita tapi tak tahu nak respect korang. Bukan respect yang gila-gila macam korang ni anak raja. Tak, respect yang berpada-pada lah. Tahu korang ni pasangan dia, tahu jaga hati korang dan seboleh-bolehnya tak mahu buat korang kecewa dan sedih.

Bila dah tak ada rasa respect, macam-macam perkara palat boleh jadi and boleh rasa. So, lelaki. Korang akan “simpan” jugak ke teman wanita macam ni? Just give your opinion. Maybe ada yang perlukan opinion korang kat sini ;)

Need Your Opinion. Boleh?

3 Jul

Entry ini memang super pendek. Jadi boleh tepuk tangan bergembira bagai sebab biasanya saya buat korang menangis air mata kristal kan dengan entry panjang berjela. Baca ayat di bawah dah kalau sudi, berikan komen tentang apa yang korang fikir dengan ayat itu. Saya cuma mahu baca pendapat comel kamu semua.hehehehe

Dalam hidup, kita memang perlukan insan-insan lain kan? Kita perlukan mereka untuk “support” hidup kita. kan? Tapi, perlu ke kita terlalu ambil tahu tentang insan itu dan mengongkong dan “mengikat” hidup insan tuh supaya dia hanya sayang dan “support” kita all the time? PERLU ke????? hahahahaha.

Saya nak baca komen bernas korang kat sini. Kalau ada lah.ngehehe. Nanti saya akan buat entri untuk ini, InsyaAllah.

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.