Tag Archives: cerita dalam kelambu

Cerita dalam kelambu tak perlu nak beritahu 1 dunia

24 Feb

Cerita dalam kelambu tak perlu nak beritahu 1 dunia. Cerita hal suami isteri tak usah nak promote. Posisi apa korang buat malam semalam pun, tak payah nak cerita pada orang. Kalau cerita dengan kengkawan time minum-minum kat kedai kopi pun dah buat saya rasa malu, inikan pulak nak heboh seantero Malaya dalam Facebook.

Haiya. Saya kadang-kadang pelik dengan perangan manusia-manusia. Kalau manusia yang bukak cerita dalam kelambu ni kategori bohsia, spesies saya yang tak berapa nak alim ni..saya boleh terima. Oh ini tidak, kami pulak yang macam baik bab-bab ni. hahahaha.

Majoriti kawan-kawan saya yang sudah berkahwin ni memang tak berpelajaran tinggi (sumpah bukan nak menghina), mereka ada alasan untuk belajar sampai tahap itu saja. I dont care about that. Cuma, kadang-kadang disebabkan mentaliti mereka ni yang saya rasa mentaliti yang sangat-sangat rendah buat saya bosan nak bersama.

Sorry to say that. Minta maaf kerana terpaksa membuka pekung kawan-kawan sendiri. Terpaksa sebab dah tak tahan. huhu

Saya tidak kisah nak berkawan dengan sesiapa. Saya pun bukan baik sangat. Saya spesies belum cukup iman di dada. Bukan macam kawan-kawan lain yang ramai juga tudung sentiasa melekat kat kepala, bukan macam mereka yang tak pakai baju ketak-ketat macam sarung nangka, saya tak baik macam mereka yang tak pernah memaki hamun kawan-kawan.

Saya bukan macam mereka. Tapi, saya pelik kenapa diorang ni semua tak tahu malu bila bercerita hal-hal suami isteri kat semua kawan-kawan. Haiya. Dah hilang rasa malu ke? Kata dah baik sangat, kata saya ni tak tahu malu buka aurat sana sini, tapi korang canang cerita malam pertama, posisi terhebat, size bra, aksi suami korang kat Facebook tak kisah ek?

Alahai, pelik bin ajaib.

Pada saya, sebelum sibuk-sibuk menegur si polan tu tak reti jaga aurat, dok berzina ke, berpeluk-pelukan ke..ada baiknya korang lihat diri korang tu. Kalau rasa-rasa diri belum sampai tahap nak nasihat orang, tak usahlah nak tunjuk bagus. Cuma saya sampai saat ni memang tak puas hati kenapa majoriti manusia saya yang selalu cerita dalam kelambu diorang ni semuanya berlagah macam dia ustazah sebelum ni? Lagak macam ustazah tapi nafsu kalahkan bohsia.

Tiada rasa malu. Gwe malu wei dengar cerita korang :(


Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.